Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2011

Hotel Sentral, Kuantan Pahang

Semalam Kak Noor hantar anak balik ke kampus UMP di Gambang, Kuantan, Pahang.  Hai... nampaknya semenjak anak belajar kat Kuantan ni, banyak kali juga Kak Noor berpeluang ke Kuantan.  Sambil menyelam minum air. Kalau  tak ada urusan kat sana, sampai hari ini pun Kak Noor tak jejak kaki di Kuantan. Kali ini Kak Noor menginap di Hotel Sentral Kuantan yang terletak di No. 45-P, Jalan Besar, 2500 Kuantan, Pahang Darul Makmur. Maklumat mengenai hotel ini boleh diakses di http://www.hotelsentral.com.my.  Email: hmkuantan@hotelsentral.com.my.  Nombor telefon pula ialah 09-5659999. Buat masa ini harga promosi yang ditawarkan ialah RM118.00 termasuk sarapan pagi untuk dua orang. Suasana dalam bilik Kaunter pendaftaran masuk Lobi  Kak Noor sempat juga berkunjung ke bazar malam yang terletak di Dataran Kuantan. Bazar malam di Dataran Kuantan Antara barangan yang dijual Kudapan dijual dengan harga 4 bungkus RM10.00 Air pancut yang terletak di Dataran Kuantan Menikmat

EKSPO BUKU ISLAM DI KL SENTRAL

Sekarang ini sedang berlangsung Ekspo Buku Islam bertempat di Aras 2, Stesen Sentral Kuala Lumpur @ KL Sentral. Terdapat buku-buku Islamik terbitan Sinergi Ilmu, Telaga Biru, Galeri Ilmu, Jemari Seni, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia,  Mustread & MMP Communications. Ekspo bermula pada 26/10/2011-1/11/2011. Terdapat pelbagai aktiviti menarik boleh disertai dan dapatkan juga potongan hingga 50% bagi harga buku-buku terpilih.  Memandangkan Kak Noor bekerja di kawasan KL Sentral, maka Kak Noor tidak mahu melepaskan peluang untuk mengunjungi ekspo buku ini.   Antara gambar-gambar yang sempat diabadikan. Booth Telaga Biru Booth Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Buku-buku terbitan Milenia  Antara buku-buku yang diberi potongan diskaun Antara buku-buku yang dipamerkan Pengunjung Ekspo Ekspo di Aras 2, Stesen Sentral Kuala Lumpur Buku-buku juga dipamerkan di rak bagi memudahkan pengunjung membuat pilihan.

DURIAN BELANDA ADALAH PENAWAR SEBENAR KANSER

Durian Belanda atau Soursop , buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu? Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser. Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus. Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat

Asikah Telefon Anda?

Emel ini Kak Noor terima daripada rakan sepejabat.  Tak tahu sama ada benar atau tidak, tetapi tidak rugi kalau kita mencuba. Telefon bimbit sekarang ni bukan lagi dianggap sebagai barang luxury tetapi sudah dianggap sebagai satu keperluan. Rasanya, sekarang ini kalau keluar rumah tanpa membawa telefon bimbit seperti ada yang tidak lengkap. Ramai yang sanggup berpatah balik ke rumah semata-mata untuk mengambil telefon bimbit yang tertinggal. Begitulah pentingnya telefon bimbit sekarang ini kepada kita. Permintaan yang terlalu besar oleh pengguna terhadap telefon bimbit menjadikan barangan tersebut dijual secara berleluasa di pasaran.Harga telefon bimbit ada yang mahal dan ada yang murah mengikut jenama dan fungsi-fungsi sampingan yang terdapat pada telefon tersebut. Kerana permintaan yang tinggi, ramai penjual telefon bimbit yang mengambil peluang untuk menjual telefon-telefon bimbit yang tidak berkualiti kepada pelanggan untuk mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda. Sekali

DOA PENGGERAK

Doa yang menjadi amalan para amilin pagi dan petang yang terkandung dalam Al-Mathurat.   DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN DI ZAMAN INI (AYAT PENGERAK) Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut; Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut: Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut: 1. Tidak beruntung, menanggung Rugi 2. Tidak berhasil, tidak berjaya, gagal 3. Berbahaya 4. Melarat, bertambah payah Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, Insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan

ANGRY BIRD ON 8TH CHEELA's BIRTHDAY

Pada hari Ahad baru-baru ni (23 Oktober 2011), Kak Noor telah mengadakan majlis kecil-kecilan sempena ulang tahun kelahiran anak bongsu Kak Noor, `Cheela'  yang  ke-8 tahun.    Sebenarnya Kak Noor tidak pernah mengadakan majlis hari lahir untuk anak-anak Kak Noor yang lain.  Kebiasaannya Kak Noor hanya akan membeli sebiji kek dan meraikannya di kalangan ahli keluarga sahaja.  Tetapi anak bongsu Kak Noor ni lain sikit (anak zaman ciber lah katakan...), dia  pandai meminta untuk diadakan majlis ini. Sebenarnya tarikh hari lahirnya ialah pada 14 Oktober.  Tetapi disebabkan minggu itu adalah minggu peperiksaan akhir, maka terpaksa ditunda. Sekarang ini di mana-mana saja famous dengan `Angry Bird' di kalangan kanak-kanak.   Cheela demand nak kek Angry Bird for her birthday.  Puas juga Kak Noor cari kat kedai kek dan akses laman-laman web untuk menempah kek Angry Bird ni.  Last sekali Kak Noor tempah kat kawan sekerja Kak Noor yang dikenali sebagai Kak Cah.  Kek ini adalah inspiras

AMALAN YANG BAIK OLEH IBUBAPA SUPAYA ANAK-ANAK DAPAT MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN DENGAN MUDAH DAN TENANG

Assalamualaikum rakan-rakanku... Minggu ini adalah `demam' peperiksaan. Tidak kira anak-anak yang belajar di sekolah rendah mahupun menengah, semuanya  sedang menghadapi peperiksaan akhir tahun.  Bagi keluarga Kak Noor, Kak Noor mempunyai seorang anak di sekolah rendah dan dua orang anak di sekolah menengah.  Salah seorang anak Kak Noor bakal menduduki peperiksaan SPM yang akan bermula pada 14 November ini.  Justeru itu sebagai ibubapa yang prihatin dan mahukan anak-anaknya berjaya, sudah tentu kita akan cuba membantu anak-anak kita untuk mencapai apa yang mereka impikan. Doa ibu bapa amat mujarab, dan oleh itu  Kak Noor ingin kongsi dan war-warkan kepada rakan-rakan semua mengenai amalan baik ini di mana ia dilakukan oleh ibubapa ketika anak-anak sedang menjawab soalan di Dewan Peperiksaan. Ibu atau bapa yang berada di rumah boleh melakukan amalan ini supaya anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan mudah dan tenang. KETIKA ANAK-ANAK SEDANG MENJAWAB SOALAN DI DEWAN PEPERIKS

SWEET SOUR CHICKEN BALL

Hari ini Kak Noor ada tugasan di luar.  Pagi-pagi lagi Kak Noor dah bangun dan menyiapkan sarapan untuk keluarga dan sekali gus masak untuk makan tengah hari.  Memandangkan kesuntukan masa dan banyak lagi kerja rumah yang perlu dibereskan (maklumlah hujung minggu), maka Kak Noor hanya menyajikan simple dish sahaja hari ini untuk anak-anak di rumah.  Kak Noor masak sweet sour chicken ball dan gandingannya sup sayur.   Lauk ini memang favourite anak-anak Kak Noor.  Kalau tak makan dengan nasi, dia orang akan makan chicken ball sahaja. Bahan-bahannya: 1 kg chicken ball digoreng 3/4 masak (Boleh dibeli di pasar raya. Jenama ikut citarasa masing-masing.  Kak Noor guna Ayamas) 3 sudu besar gula merah 3 sudu besar sos cili 3 sudu besar sos tomato Gula putih dan garam secukup rasa Perisa (Kak Noor guna perisa Tumix) Minyak untuk menumis Bawang goreng. Bahan-bahan dikisar: 1 mangkuk cili yang telah dikisar (anggaran RM2.00 cili kering) 1 biji bawang besar 3 ulas bawang pu

SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH (SAPS)

Kerajaan telah melaksanakan penggunaan modul Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dalam toolkit pembangunan sekolah (SIT) bagi program pembangunan sekolah di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan. Ibubapa sekarang boleh menyemak semua keputusan ujian dan peperiksaan anak-anak sama ada yang bersekolah rendah ataupun di sekolah menengah di halaman web ini.  Layari laman web http://saps.moe.gov.my/access-denied.php dan klik di menu semakan ibubapa dan masukkan nombor kad pengenalan atau nombor sijil lahir pelajar.

BAYI AJAIB

Gambar ini amatlah menakjubkan! Gambar ini telah disiarkan di dalam ruangan sebuah akhbar tempatan di USA. Gambar menunjukkan seorang bayi yang belum lahir lagi, berumur 21 minggu (~ baru 5bulan) yang diberi nama Samuel Alexander Armas. Bayi ini perlu menjalankan satu pembedahan khas oleh pakar bedah bernama Dr. Joseph Bruner. Bayi itu telah di sahkan melalui diagnosis sebagai mengidap sejenis penyakit bernama “spina bifida”, dan tidak mungkin ia boleh hidup jika tidak di bedah dahulu sebelum dilahirkan ke dunia ini. Ibu Samuel pula adalah seorang jururawat perbidanan di Atlanta, Georgia. Beliau dapat tahu bahawa Dr. Joseph Bruner merupakan seorang pakar bedah yang handal melalui prosedur pembedahan uniknya. Dr. Bruner bertugas di Vanderbilt University Medical Center di Nashville, USA. Beliau telah melakukan pembedahan yang unik ini ke atas Samuel semasa bayi ini masih lagi berada di dalam rahim ibunya. Semasa pembedahan sedang berjalan, doctor tersebut telah membuka rahim si ibu

WONDERFUL DEFINITIONS

School A place where Parents pay and children play . Life Insurance A contract that keeps you poor all your life   so that you can die Rich. Nurse : A person who wakes u up to give you sleeping pills .   Marriage It's an agreement in which a man loses his bachelor degree  and a woman gains her masters... Divorce Future tense of Marriage. Tears The hydraulic force by which masculine willpower is defeated by feminine water power... Lecture An art of transferring information from the notes of the Lecturer to the notes of the students without  passing through "the minds of either" . Conference The confusion of one man multiplied by the number present. Compromise The art of dividing a cake in such a way that everybody believes he got the biggest piece. Dictionary A place where success comes before work. Conference Room A place where everybody talks, nobody listens and everybody disagrees later on. Father A banker provided by nature. Criminal A person no differe

Cium Anak Dapat Pahala

Sesungguhnya Islam telah mengangkat darjat kaum Hawa....memuliakan kaum Hawa....dan janganlah kita berdukacita hanya kerana Allah mengurniakan kita anak perempuan tanpa anak lelaki.... Allah menjanjikan satu jilbab di dalam api neraka pada setiap seorang anak perempuan bagi bu bapa yang mendidik anak perempuan mereka dengan didikan agama yang sebaik-baiknya.... bagaimana kalau kita dikurniakan 4 orang, 5 orang, 6 orang anak perempuan......? Sangatlah beruntung bagi orang-orang yang mengetahuinya......  Sayangilah anak-anak perempuan kita dengan didikan agama...sesungguhnya dunia ini penjara bagi orang-orang Islam tetapi syurga bagi orang-orang kafir...... Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang senantiasa menangis kerana takutkan Allah.  Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya. Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga.  Nisbah antara dua darjat ialah 50

Unbelievable Birth Cases on Earth

The world always brings to human such kinds of wonderful and miracle records that you have never imagined about. When it comes to productive ability of woman, there are some incredible survival birth cases that surprise the whole human beings. World’s Youngest Mother (5 years old)  Lina was pregnant when she was just 5 Lina Medina, is the youngest confirmed mother in medical history, who was born on September 27, 1933 in the small village of Paurange and was only 5 years 8 months old to give birth to her child on May 14, 1939. To be specific, Lina Medina’s parents thought their 5-year-old daughter had a huge abdominal tumor and when her father carried her to a hospital. However, it turned out that she was pregnant, and the baby weighed 2.7 kg. More information about The World's Youngest Mother at http://youngest_mother.tripod.com/ World’s Tiniest Baby Rumaisa Rahman was born on 19th September 2004 with 10 inches long and 8.6 ounces heavy. His mother Mahajabeen Sheik