Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2011

Percutian di Cameron Highlands

Memang agak lama Kak Noor tidak menulis mengenai percutian dalam blog ini.  Ini adalah kerana  Kak Noor dan keluarga tidak pergi bercuti, maklumlah sibuk dengan kerja.  Kak Noor lebih suka memaparkan cerita-cerita percutian yang Kak Noor dan keluarga alami sendiri.    Hujung-hujung tahun begini apabila hubby Kak Noor ambil cuti, barulah kami sekeluarga berkesempatan pergi bercuti.  Itupun tidak cukup forum.  Anak Kak Noor yang sulung tak dapat ikut sebab belum cuti semester, anak lelaki Kak Noor yang kedua majikannya tak luluskan cuti.  So tinggalkan kami lima beranak sahaja.  Kalau dulu semasa anak-anak masih kecil, semua mesti ikut sekali.  Tapi sekarang apabila anak-anak telah remaja, masing-masing ada haluan sendiri. Hujan mengiringi perjalanan pergi dan balik Kak Noor sekeluarga.  Masa pergi mengikut jalan mendaki ke Cameron Highlands dari Tapah melintasi perkampungan orang asli.  Jalan bengkang-bengkok dan anakku yang bongsu sampai termuntah. Kak Noor sendiri pun dah mula penin