Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2012

Tanda-tanda Awal Kanser yang Tidak Diendahkan

Malaysian Health Journal (cancer / kanser) Biasanya pesakit kanser hanya  menyedari dia mengidap kanser bila penyakitnya sudah pada peringkat 4. Dan, selalunya keadaan ini dianggap sudah terlalu lewat. Sebenarnya. dari peringkat awal kanser menyerang tubuh kita, tanda-tanda penyakit ini sudah ada tetapi kita sering mengandaikan yang tanda-tanda itu sebagai 'Tidak apa-apa', cuma sakit biasa sahaja. Kita pun mengambil langkah 'bijak' kita sendiri iaitu menelan panadol atau membeli ubat di farmasi. Adakah anda pernah membuat pemeriksaan tahunan seperti ujian colonoscopies atau ujian PSA? Tentu ramai yang menggelengkan kepala. Tidak mengapa kerana meskipun penting, setakat membuat ujian seperti itu belum tentu dapat melindungi anda daripada kanser. Anda tentu tidak mahu menyertai barisan pesakit kanser yang terlambat menyedari, bukan? Jadi, perhatikan perkara-perkara berikut. Mungkinkah ia merupakan penggera awal, notis pemberitahuan bahawa sel-sel kanser sedang mula b

Mati Sebelum Ajal by Dr. Azhar Hj Sarip

Mungkin kita tertanya-tanya mengapa dikatakan mati sebelum ajal, bukankah mati berlaku apabila ajal menjelma. Setiap hari, setiap saat pasti aka ada kematian di atas muka bumi ini, pasti ada yang bertukar tilam, dari empuk dan berhawa dingin kepada tanah yang keras dan sempit lagi gelap. Ada orang bertanya kepada saya, mengapa saya gemar membicarakan topik kematian. Saya mempunyai alasan saya yang tersendiri kerana mati itu juga adalah titik permulaan kehidupan seorang spiritualis. Jika matinya membawa bahagia maka beruntunglah dia namun jika mati itu pembuka pintu neraka jelas kerugian sudah melanda. Apalah gunanya kita hidup bermewahan tetapi apabila mati kemiskinan menjadi teman. Apalah gunanya kita dikelilingi sanak saudara serta teman taulan tetapi sewaktu di alam barzah kita keseorangan tanpa bekal, tanpa pertolongan. Pada saya, setelah mengamati kehidupan yang berlalu setiap hari, saya melihat tidak kira siapa pun kita, sedalam mana kasih sayang anak-anak kita kepada kita, seku