Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2011

HOT SPRING RESORT, SG. KLAH, SUNGKAI

Bagi memenuhi hasrat suamiku untuk merendam badan dan kaki dalam air panas, maka pada 1 Februari 2011, kesempatan cuti Hari Wilayah Kuala Lumpur aku isikan dengan membawa keluarga ke Hot Spring Resort, Sg. Klah, Sungkai.   Walaupun resortnya jauh ke dalam iaitu kawasan petempatan  Felda, tetapi ketenangan dan panorama flora dan fauna resort telah menggamit kami ke sana untuk kali ketiga. Lagipun harga rumah penginapan pada hari biasa adalah lebih murah jika dibandingkan dengan harga hujung minggu dan cuti am persekutuan. Aku dan keluarga cuma menginap semalam sahaja; keesokan harinya 2 Februari 2011 kami check out.  Antara gambar-gambar yang sempat diambil menggunakan telefon bimbit (kamera suamiku rosak semasa kat resort, nasib baik ada telefon bimbit).  Merendam kaki dalam air panas; mula-mula panas, lepas tu biasa.... Laluan ke kolam air sejuk Landskap pokok menambahkan ketenangan di resort ini.  SPA untuk sesiapa yang berminat.  Merebus telur dalam air panas.  Telur