Langkau ke kandungan utama

Catatan

Carta Perencanaan Anak Soleh

لسلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Catatan terbaharu

Jom singgah makan di JOMBALI

Assalamualaikum dan Selamat Petang,

Hari ini nak kongsi tempat makan yang sedap yang terdapat di Wangsa Maju.  Kalau anda pergi membeli belah di Carrefour Wangsa Maju yang sekarang ini telah di rebranding namanya kepada Aeon Big,  anda mesti terjumpa sebuah kedai makanan francais yang dikenali dengan JOMBALI. Kalau nak cari kedai makan ini, cari butik pakaian First Lady dulu.  Kedua-dua kedai ini bertentangan antara satu sama lain.

Mungkin dah lama tak ke Carrefour Wangsa Maju, tiba-tiba aje namanya dah bertukar. Selepas selesai shopping bersama Mr. Hubby, perut dah mula berkeroncong.  Eloklah tengok jam pun dah pukul 1.30 tengah hari.  Patutlah perut dah mula meragam.  Kebiasaannya kami menjamu selera di KFC atau medan selera sahaja.  Tetapi hari itu ternampak kedai makan JOMBALI ini.  Memang ramai orang sedang menjamu selera.  Maklumlah lunch time.  Berbelah bagi juga sama ada nak masuk ke tak masuk.  Takut juga kalau makanannya tak sedap.  Kalau mahal, tetapi sedap, kira berbaloi…

ANGIN AHMAR DAN DOA MENGHINDARINYA

Pada satu ketika semasa Nabi Sulaiman A.S. di atas singgahsana kerajaannya di hadapan manusia, jin dan juga binatang, ia merasai bahawa ia berkuasa memerintah semua makhluk Allah di dunia ini. Dalam keadaan demikian itu, tiba-tiba datang satu Lembaga yang besar lagi dasyat rupanya. Nabi Sulaiman merasa takut dan gementar melihatnya. Lalu ia bertanya siapakah sebenarnya Lembaga itu dan apakah tujuan kedatangannya.

Lembaga itu menjawab, ia bernama "Rihul Ahmar". Satu penyakit yang merbahaya diantara lain-lain penyakit. Allah mencipta dirinya sedemikian rupa dan diberi kuasa mendatangkan kesakitan kepada anak-anak Adam. Ia boleh meresap di tubuh manusia seperti darah mengalir di dalam urat saraf. Tatkala Allah hendak memberi azab kepada sesiapa yang dikehendakiNya ia memberi kuasa kepadanya supaya masuk ke dalam badan. Jika ia masuk ke dalam otak hilanglah akal seseorang itu. Kalau ia masuk menerusi hidung maka akan lahir penyakit bengkak-bengkak, sembam dan sehingga binasalah…

6 PERKARA ALLAH SEMBUNYIKAN

"Ya Allah SWT ,kau ampunilah dosa dosaku walau sekecil dan sebesar mana pun ia."
6 perkara Allah sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara
timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu
Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muha…

Lawatan ke Pusat Sains Negara

Sempena Festival Sains 2012, semalam aku telah mengambil kesempatan ini membawa anakku ke Pusat Sains Negara yang terletak di Persiaran Bukit Kiara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Festival ini berlangsung dari 10 Disember 2012 dan berakhir pada 16 Disember 2012, bermula dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Masuk adalah percuma.
Latar belakang PSN:
Pusat Sains Negara telah dibuka secara rasmi oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Yang Amat Berbahagia  Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 29 November 1996. PSN yang terletak di Bukit Kiara, Kuala Lumpur, sebuah kawasan yang aman permai dan harmoni, merupakan mercu tanda kebangsaan yang mempunyai reka bentuk bangunan yang unik menyerupai sebuah kon yang terpotong kemuncaknya dan ditutupi dengan sebuah kubah geodesik. Sebagai sebuah institusi pembelajaran tidak formal, Pusat ini berharap dapat meningkatkan minat, penghargaan dan kefahaman orang ramai terhadap Sains dan Teknologi demi peningkatan ilmiah rakyat Malaysia.
Pusat ini menyediaka…

Fenomena Budak Tahfiz Kutip Derma, tersentuh hati nurani keibuanku..

Fenomena pelajar-pelajar Tahfiz mengutip derma  telah menjadi perkara biasa sekarang ini.   Walaupun perkara ini telah dibangkitkan oleh pelbagai pihak, namun ia semakin berleluasa dan pihak  berkenaan yang menghantar budak-budak ini tidak takut lagi tindakan daripada pihak berkuasa dan mata-mata yang melihat.

Aku bukan apa, kasihan sungguh dengan budak-budak ni.  Hati nurani keibuanku terusik setiap kali bila melihat perkara ini. Aku selalu meletakkan anakku dalam situasi begini.  Hai.... kalau ketika ini anak-anak kita sedang bersama kita  menikmati juadah yang sedap-sedap atau sedang santai menonton rancangan-rancangan di TV, tetapi budak-budak Tahfiz ini masih ke hulu ke hilir dengan wajah yang lesu dan penat meminta sumbangan daripada orang ramai.  
Aku tak kisah menderma untuk budak-budak Tahfiz ini.  Walaupun rata-rata orang mengatakan bahawa ada dalang yang menghantar budak-budak ini untuk mengutip derma, tetapi aku tetap memberi.  Niat aku cuma satu, nak sedeqah sahaja untuk …

HARI KELUARGA DI MES PDRM, GREYSAND RESORT PORT DICKSON

Best gak tempat ni, tapi cuma untuk anggota PDRM ajelah..  Namapun mes PDRM kan! Sempena hari keluarga yang diadakan pada minggu terakhir bulan Jun 2012,  maka berpeluanglah aku bersama keluarga untuk menginap di sini.  Best juga lah.... dari segi penginapan agak selesa sebab ada dua bilik, peti sejuk dan ruang tetamu.  Pemandangannya pun sejuk mata memandang.  Bagi anak-anak kecil yang gemar mandi kolam, terdapat kolam kecil yang disediakan.  Taklah sebesar kolam  di resort yang bertaraf 4 hingga 5 bintang tu... Tetapi itulah kanak-kanak, walaupun kolam itu kecil, mereka masih seronok kerana dapat mandi kolam sehingga tidak mahu ambil bahagian dalam sesetengah acara-acara yang dipertandingkan.

So... tak nak ceghite panjang-panjang, kita layan aje gambar-gambar yang sempat di `snap' secara spontan oleh anak-anakku.  Walaupun majlis ini telah lebih kurang tiga bulan berlalu, tetapi hanya pada hari ini aku sempat uploadkan gambar-gambarnya.