Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2012

Lawatan ke Pusat Sains Negara

Sempena Festival Sains 2012, semalam aku telah mengambil kesempatan ini membawa anakku ke Pusat Sains Negara yang terletak di Persiaran Bukit Kiara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Festival ini berlangsung dari 10 Disember 2012 dan berakhir pada 16 Disember 2012, bermula dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Masuk adalah percuma. Latar belakang PSN: Pusat Sains Negara telah dibuka secara rasmi oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Yang Amat Berbahagia  Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 29 November 1996. PSN yang terletak di Bukit Kiara, Kuala Lumpur, sebuah kawasan yang aman permai dan harmoni, merupakan mercu tanda kebangsaan yang mempunyai reka bentuk bangunan yang unik menyerupai sebuah kon yang terpotong kemuncaknya dan ditutupi dengan sebuah kubah geodesik. Sebagai sebuah institusi pembelajaran tidak formal, Pusat ini berharap dapat meningkatkan minat, penghargaan dan kefahaman orang ramai terhadap Sains dan Teknologi demi peningkatan ilmiah rakyat Malaysia. Pusat