Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2011

Permaisuri Resort, Port Dickson

Idea untuk bersantai di Permaisuri Resort, Port Dickson ini timbul apabila aku terbaca blog yang memaparkan percutian di tempat ini.  Dalam blog berkenaan ada menyatakan bahawa kakitangan kerajaan mendapat harga istimewa apabila menginap di sini. Lagipun gambar-gambar percutian yang dipaparkan membuat aku semakin teruja untuk menginap di sana.  Bukan aku dan keluarga tidak pernah pergi bercuti dan menginap di resort-resort di Port Dickson, tetapi nama hotel tersebut amat baru bagiku.  Aku dan keluarga pernah bercuti di Tiara Beach Resort, Guoman Resort (sekarang ini Thistle), Sunshine Bay Resort, Corus, Casa Rachado, Ancasa Resort All Suites, Bayu Beach Resort, Glory Beach Resort, dan beberapa resort lain.  Tetapi aku tidak pernah mendengar dan mengetahui tentang kewujudan resort ini.  Hanya baru-baru ini bila aku cuba mencari hotel baharu yang terdapat di Port Dickson, aku terjumpa halaman web resort ini. Seperti biasa aku menelefon pihak hotel untuk...