Idea untuk bersantai di Permaisuri Resort, Port Dickson ini timbul apabila aku terbaca blog yang memaparkan percutian di tempat ini. Dalam blog berkenaan ada menyatakan bahawa kakitangan kerajaan mendapat harga istimewa apabila menginap di sini. Lagipun gambar-gambar percutian yang dipaparkan membuat aku semakin teruja untuk menginap di sana. Bukan aku dan keluarga tidak pernah pergi bercuti dan menginap di resort-resort di Port Dickson, tetapi nama hotel tersebut amat baru bagiku. Aku dan keluarga pernah bercuti di Tiara Beach Resort, Guoman Resort (sekarang ini Thistle), Sunshine Bay Resort, Corus, Casa Rachado, Ancasa Resort All Suites, Bayu Beach Resort, Glory Beach Resort, dan beberapa resort lain. Tetapi aku tidak pernah mendengar dan mengetahui tentang kewujudan resort ini. Hanya baru-baru ini bila aku cuba mencari hotel baharu yang terdapat di Port Dickson, aku terjumpa halaman web resort ini.
Seperti biasa aku menelefon pihak hotel untuk bertanyakan mengenai resort ini. Memang resort ini baru, tetapi baru dari segi pengurusannya. Dahulu resort ini adalah rumah peranginan persekutuan kerajaan. Di bawah pengurusan baru, bangunan blok baru telah dibina; ada bilik studio, apartment 1 bilik, apartment 2 bilik, apartment 3 bilik, dan apartment 3 bilik VIP. Walau bagaimanapun, kakitangan kerajaan masih dapat menikmati keistimewaan harga bilik yang ditawarkan oleh pihak resort.
Memandangkan suamiku adalah seorang kakitangan kerajaan, maka aku mengambil peluang ini untuk menempah apartmen 3 bilik yang aku rasa amat selesa untuk kami seramai 7 orang. Harga yang ditawarkan amat berbaloi jika dibandingkan dengan harga yang diwartakan untuk orang luar yang bukan kakitangan kerajaan. Dalam masa yang sama, aku mempelawa rakan sepejabatku untuk bersama-sama beristirehat di sana. Beliau juga menempah apartmen 3 bilik. Apartmen 3 bilik ini memang besar, lebih-lebih lagi bilik utama
Bagi sesiapa yang berminat untuk beristirehat di resort ini, sila layari laman web http://www.mitcchainhotel.com/
Di lobi hotel
Semua bilik `seaview'
Ruang dapur dalam apartmen 3 bilik
Dining Hall
Promosi `coconut milk shake'
Jambatan yang merupakan sebahagian daripada lanskap kolam renang
Pemandangan kolam renang yang diambil dari atas bilik
Taman mainan di tepi kolam renang. Anak-anak tentu suka!
BBQ pun boleh... tapi hari itu kita buat masa nak makan tengah hari
Gerai di tepi pantai, dibuka dari waktu petang sehingga jam 12.00 malam
Mandi laut!
Bermain pasir di pantai
Gazebo, tempat untuk beristirehat di waktu petang sambil melihat pemandangan laut
Jetski juga disediakan dengan sewa yang berpatutan
Pemandangan waktu senja tatkala matahari terbenam, romantik suasana.
Ulasan