Langkau ke kandungan utama

HOT SPRING RESORT, SG. KLAH, SUNGKAI

Bagi memenuhi hasrat suamiku untuk merendam badan dan kaki dalam air panas, maka pada 1 Februari 2011, kesempatan cuti Hari Wilayah Kuala Lumpur aku isikan dengan membawa keluarga ke Hot Spring Resort, Sg. Klah, Sungkai.   Walaupun resortnya jauh ke dalam iaitu kawasan petempatan  Felda, tetapi ketenangan dan panorama flora dan fauna resort telah menggamit kami ke sana untuk kali ketiga. Lagipun harga rumah penginapan pada hari biasa adalah lebih murah jika dibandingkan dengan harga hujung minggu dan cuti am persekutuan. Aku dan keluarga cuma menginap semalam sahaja; keesokan harinya 2 Februari 2011 kami check out.  Antara gambar-gambar yang sempat diambil menggunakan telefon bimbit (kamera suamiku rosak semasa kat resort, nasib baik ada telefon bimbit).

 Merendam kaki dalam air panas; mula-mula panas, lepas tu biasa....
Laluan ke kolam air sejuk








Landskap pokok menambahkan ketenangan di resort ini.



 SPA untuk sesiapa yang berminat.



 Merebus telur dalam air panas.  Telur rebusnya sedap dan lebih kental.



 Taman Terapi

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

FOLIO GEOGRAFI TINGKATAN 2 (2012)

1.0         TAJUK PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI TAMAN KERAMAT AU3, KUALA LUMPUR, WILAYAH PERSEKUTUAN 2.0         SENARAI KANDUNGAN Bil Perkara/Butiran Halaman/Muka Surat 1.0 Tajuk 2.0 Senarai kandungan 3.0 Penghargaan 4.0 Pendahuluan 5.0 Objektif kajian 6.0 Kawasan kajian 7.0 Kaedah kajian 8.0 Dapatan Kajian 8.1      Konsep pencemaran alam sekitara 8.2      Jenis pencemaran alam sekitar di kawasan kajian 8.3      Punca pencemaran alam sekitar di kawasan kajian. 8.4      Kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian 8.5      Cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian Bahan Grafik 9.0 Rumusan 10.0 Lampiran ·         Foto pencemaran alam sekitar ·         Borang soal selidik 11.0 Rujukan

BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD

Nama Bangunan Nama bangunan ini ialah Bangunan Sultan Abdul Samad. Asalnya hanya disebut sebagai `Bangunan’ sebelum ditukar kepada Bangunan Sultan Abdul Samad. Nama bangunan ini diambil sempena nama DYMM Sultan Negeri Selangor, Almarhum Sultan Abdul Samad Ibni Almarhum Raja Abdullah yang memerintah pada ketika itu (1957 – 1898). Latar Belakang Bangunan Sultan Abdul Samad ialah sebuah bangunan yang penuh dengan warisan dan kebudayaan dan masyhur dengan keunikan dan identiti seni bina dan sentiasa dipandang tinggi oleh negara lain. Ia menjadi salah satu bangunan bersejarah yang menjadi kebanggaan dan sanjungan rakyat Malaysia. Sering kali bangunan ini menjadi mercu tanda yang terkenal dan sangat sinonim dengan bandar raya Kuala Lumpur hatta Negara Malaysia kerana di sinilah tempatnya orang ramai menyambut perayaan-perayaan penting seperti Sambutan Tahun Baru, Sambutan Hari Merdeka, serta acara-acara yang berkaitan dengan pelancongan negara. Asal-usul Sejarah awalnya bermula pada t

FOLIO GEOGRAFI TINGKATAN 1

Bentuk Muka Bumi dan Potensi di Kawasan Setiawangsa  dan Perbandingannya dengan Negara Indonesia Contoh folio ini adalah folio anak saya yang belajar di Tingkatan 1 yang disiapkan dengan bimbingan saya.  Dipaparkan untuk dikongsi bersama. Semoga ia dapat dijadikan contoh kepada anak-anak yang seangkatan dengannya.  PENGHARGAAN Saya dapat menyiapkan folio Geografi  saya dengan sempurna kerana bantuan dan kerjasama daripada beberapa pihak. Sekalung budi kepada guru mata pelajaran Geografi Tingkatan 1 saya iaitu Puan ...................... yang telah memberikan penerangan tentang format folio Geografi, dan memberi tunjuk ajar semasa proses pembuatan folio ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada bapa saya iaitu ……………. dan ibu saya …………….. yang senantiasa member dorongan, galakan, membantu mencari maklumat dan member bantuan kewangan sepanjang saya menjalankan tugasan ini. Selain itu, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan yang sudi berkongsi maklumat b