Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2011

Lukisan 3D

Inilah keunikan seni lukis. Namapun seni.  Tapi bukan semua orang yang dapat menghasilkan lukisan seperti ini.  Ia adalah anugerah kepada seseorang. Inilah adalah antara lukisan 3D yang menakjubkan.  Tidakkah kita terasa sebahagian daripada lukisan ini? Banyak lagi lukisan 3D yang dapat dilihat di web ini.  Sila layari  http://krishnabalagita.wordpress.com/2010/02/28/foto-lukisan-lukisan-3d-yang-menakjubkan/

Jualan Buku di Stesen KL Sentral

Jualan buku dengan harga murah di KL Sentral!  Jualan ini telah berlangsung sejak minggu lalu dan akan berakhir pada 27 November 2011 ini  Harga yang paling mahal hanya RM5.00 saja.  Sempat Kak Noor snap beberapa keping gambar untuk dipaparkan di sini. Lokasinya di lobi Aras 1, stesen Sentral Kuala Lumpur.

Makan-makan di Wangsa Maju

Dah banyak kali juga Kak Noor dan keluarga makan kat sini.  Yang bestnya kat kedai makan ini ada juga menu western food.  So kita ada banyak pilihan.  Kak Noor kalau datang sini mesti makan chicken chop dan beberapa menu western yang lain.  Harganya juga berpatutan.  Berdekatan dengan Jaya Jusco Wangsa Maju.  Nama kedainya..... tak ingat pula.  Tak pe lah... lain kali kalau Kak Noor pergi, Kak Noor tengok nama kedainya ok!  Betul lah jugak, kat Wangsa Maju tu kan banyak kedai makan. Dah kenyang, sampai ngantuk Hai... dah ngantuk ni... makan tak sampai-sampai lagi! Menu wajib, ABC tapi kureng ummp sebab x ada ais krim

Sistem Tiket Baharu RapidKL

Hari ini Kak Noor nak cerita sikit mengenai sistem tiket baharu yang diperkenalkan oleh Rapid KL.  Kak Noor merupakan pelanggan tetap RapidKL sejak tahun 2003 lagi.  Tiap-tiap hari  berulang alik menggunakan LRT Aliran Kelana Jaya dari stesen Setiawangsa ke stesen KL Sentral. Maklumlah tempat kerja Kak Noor kat KL Sentral dan rumah Kak Noor kat Setiawangsa. Bersyukur sangat sebab sejak 8 tahun yang lalu, inilah mod pengangkutan yang Kak Noor gunakan.  LRT Putra  itulah nama yang mula-mula dikenali untuk pengangkutan LRT ini, dan ia masih dikenali dengan nama ini sehingga kini walaupun telah ditukarkan kepada Aliran Kelana Jaya (AKJ).   Walaupun Kak Noor bekerja dengan salah sebuah syarikat pengangkutan rel di Malaysia, namun Kak Noor `salute' dengan perkhidmatan yang diberikan oleh RapidKL.  Rata-rata amat memuaskan walaupun  orang terpaksa bersesak-sesak, bahkan sebahagian ada yang terpaksa menunggu tren yang lain kerana ruang kosong untuk berd...

Great Motivational Thoughts

Goodness Honesty Humility Consideration Hard Work Forgiveness THE TONGUE CAN BE YOUR WORST ENEMY!   Your words, your dreams, and your thoughts have power to create conditions in your life.  What you speak about, you can bring about. If you keep saying you can't stand your job,  you might lose your job. If you keep saying you can't stand your body,  your body can become sick. If you keep saying that you are sick or ill,  guess what you will stay sick or ill.   If you keep saying you can't stand your car,  your car could be stolen or just stop operating. If you keep saying you're broke, guess what?  You'll always be broke. If you keep saying you can't trust a man or trust a woman, you will always find someone  in your life to hurt and betray you.  If you keep saying you can't find a job, you will remain unemployed. If you keep saying you can't find someone to love you or believe in you.  Your very th...

The Unique of Arts

BURJ KHALIFA

B urj Khalifa  (Arab:  برج خليفة ‎ "Menara  Khalifa "), dahulunya dikenali sebagai  Burj Dubai , ialah sebuah pencakar langit teramat tinggi yang didirikan di  Dubai ,  Emiriah Arab Bersatu , dan juga struktur binaan manusia tertinggi yang pernah dibina dalam sejarah, pada 828m (2,717ka). Pembinaan bermula pada 21 September 2004, sehingga struktur luarannya disiapkan pada 1 Oktober 2009, dan dibuka secara rasmi pada 4 Januari 2010. Bangunan ini merupakan sebahagian projek pembangunan besar-besaran seluas 2km 2  (490-ekar) yang dikenali sebagai  Downtown Burj Khalifa  di "Persilangan Pertama" di sepanjang Jalan Sheikh Zayed, berhampiran kawasan perniagaan utama Dubai. Skidmore, Owings dan Merrill , LLP(Chicago) merupakan jurubina dan jurutera menara ini.  Bill Baker , Ketua Jurutera Struktur projek ini, mencipta sistem struktur teras bersagang untuk membolehkan menara ini mencapai ketinggian luar bia...

JUADAH PADA HARI RAYA AIDUL ADHA

Selamat Hari Raya Aidul Adha kepada semua. Seronok yang dapat balik kampung merayakan hari raya aidul adha ini bersama ibu, ayah, adik, dan kakak dan saudara mara yang lain.  Tetapi bagi Kak Noor,  hanya beraya di Kuala Lumpur sahaja.  Bukan tak ada ibu dan saudara mara di Utara sana, tetapi perlu juga mengambil kira kebajikan anak Kak Noor yang akan menduduki SPM yang akan bermula pada 14 November ini. Pagi-pagi lagi Kak Noor dah mula memasak.  Suami Kak Noor ditugaskan oleh majikan menghadiri majlis gotong royong korban di Bukit Antarabangsa.  Kak Noor masak tak banyak; hanya untuk seiisi keluarga dan untuk diberi kepada jiran-jiran yang tidak balik kampung. Juadah yang disajikan ialah nasi tomato bersama rendang pedas daging, jelatah sos kacang, dan papadom.  Nasi empet turut menjadi sajian sampingan, dicicah dengan rendang. Untuk resepi nasi tomato, rendang pedas daging, dan jelatah sos kacang sila layari  http://sajiandapurbonda.blogspot...