Langkau ke kandungan utama

Sistem Tiket Baharu RapidKL

Hari ini Kak Noor nak cerita sikit mengenai sistem tiket baharu yang diperkenalkan oleh Rapid KL.  Kak Noor merupakan pelanggan tetap RapidKL sejak tahun 2003 lagi.  Tiap-tiap hari  berulang alik menggunakan LRT Aliran Kelana Jaya dari stesen Setiawangsa ke stesen KL Sentral. Maklumlah tempat kerja Kak Noor kat KL Sentral dan rumah Kak Noor kat Setiawangsa. Bersyukur sangat sebab sejak 8 tahun yang lalu, inilah mod pengangkutan yang Kak Noor gunakan. 

LRT Putra  itulah nama yang mula-mula dikenali untuk pengangkutan LRT ini, dan ia masih dikenali dengan nama ini sehingga kini walaupun telah ditukarkan kepada Aliran Kelana Jaya (AKJ).  

Walaupun Kak Noor bekerja dengan salah sebuah syarikat pengangkutan rel di Malaysia, namun Kak Noor `salute' dengan perkhidmatan yang diberikan oleh RapidKL.  Rata-rata amat memuaskan walaupun  orang terpaksa bersesak-sesak, bahkan sebahagian ada yang terpaksa menunggu tren yang lain kerana ruang kosong untuk berdiri pun sudah tidak ada.  Keadaan ini Kak Noor alami sendiri bila tren tiba di Setiawangsa. Kebiasaannya jam 7.30 pagi ke atas tren mesti penuh.  So... kalau tak ingin bersesak-sesak, kenalah berkorban sedikit tunggu sebelum 7.30 pagi. Kadang-kadang terdapat juga gangguan perjalanan yang menyumbang kepada kesesakan di platform.  Tetapi rata-rata penumpang masih boleh bersabar sebab pada setiap kali berlaku gangguan perjalanan,  pengumuman akan dibuat dan penumpang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa perkembangan terkini.  Penumpang boleh membuat keputusan sendiri sama ada memilih alternatif pengangkutan lain ataupun setia menunggu sehingga perjalanan pulih seperti sedia kala.

Cerita di atas tadi mengenai perjalanan tren.  Macam mana pula dengan tiket perjalanan?  Kak Noor pernah guna tiket manual harian, tiket magnetik, pas bulanan manual, dan pas bulanan  Touch N' Go.  Banyak peningkatan yang telah dibuat oleh RapidKL untuk sistem tiketnya. Terbaharu, RapidKL telah memperkenalkan Rapid Pass yang menggunakan sistem Touch N' Go dan token menggantikan tiket. Hari Sabtu lalu, Kak Noor sempat melihat mesin tiket baharu yang ditempatkan di stesen LRT Masjid Jamek.  Kalau beli tiket melalui mesin tu dah perkara biasa, tetapi kali ini beli token melalui mesin.  Patutlah Kak Noor tengok pada mesin pengimbas tu ada tertulis token. Selama ini tertanya-tanya juga bagaimana rupanya token itu dan bagaimana ia digunakan di mesin pengimbas.  Sempatlah Kak Noor bertanya kepada petugas-petugas RapidKL di stesen Masjid Jamek yang ketika itu sedang memberi tunjuk ajar kepada pengguna-pengguna LRT bagaimana menggunakan mesin baharu untuk membeli token. Menurut mereka, token ini diperkenalkan untuk menggantikan tiket magnetik.  Canggih.... canggih.... syarikat pengangkutan yang Kak Noor kerja pun belum sampai ke tahap ini.  Syabas diucapkan kepada Rapid KL yang senantiasa melaksanakan sesuatu yang baharu untuk keselesaan dan kebaikan penggunanya.





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

FOLIO GEOGRAFI TINGKATAN 2 (2012)

1.0         TAJUK PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI TAMAN KERAMAT AU3, KUALA LUMPUR, WILAYAH PERSEKUTUAN 2.0         SENARAI KANDUNGAN Bil Perkara/Butiran Halaman/Muka Surat 1.0 Tajuk 2.0 Senarai kandungan 3.0 Penghargaan 4.0 Pendahuluan 5.0 Objektif kajian 6.0 Kawasan kajian 7.0 Kaedah kajian 8.0 Dapatan Kajian 8.1      Konsep pencemaran alam sekitara 8.2      Jenis pencemaran alam sekitar di kawasan kajian 8.3      Punca pencemaran alam sekitar di kawasan kajian. 8.4      Kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian 8.5      Cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian Bahan Grafik 9.0 Rumusan 10.0 Lampiran ·         Foto pencemaran alam sekitar ·         Borang soal selidik 11.0 Rujukan

BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD

Nama Bangunan Nama bangunan ini ialah Bangunan Sultan Abdul Samad. Asalnya hanya disebut sebagai `Bangunan’ sebelum ditukar kepada Bangunan Sultan Abdul Samad. Nama bangunan ini diambil sempena nama DYMM Sultan Negeri Selangor, Almarhum Sultan Abdul Samad Ibni Almarhum Raja Abdullah yang memerintah pada ketika itu (1957 – 1898). Latar Belakang Bangunan Sultan Abdul Samad ialah sebuah bangunan yang penuh dengan warisan dan kebudayaan dan masyhur dengan keunikan dan identiti seni bina dan sentiasa dipandang tinggi oleh negara lain. Ia menjadi salah satu bangunan bersejarah yang menjadi kebanggaan dan sanjungan rakyat Malaysia. Sering kali bangunan ini menjadi mercu tanda yang terkenal dan sangat sinonim dengan bandar raya Kuala Lumpur hatta Negara Malaysia kerana di sinilah tempatnya orang ramai menyambut perayaan-perayaan penting seperti Sambutan Tahun Baru, Sambutan Hari Merdeka, serta acara-acara yang berkaitan dengan pelancongan negara. Asal-usul Sejarah awalnya bermula pada t

FOLIO GEOGRAFI TINGKATAN 1

Bentuk Muka Bumi dan Potensi di Kawasan Setiawangsa  dan Perbandingannya dengan Negara Indonesia Contoh folio ini adalah folio anak saya yang belajar di Tingkatan 1 yang disiapkan dengan bimbingan saya.  Dipaparkan untuk dikongsi bersama. Semoga ia dapat dijadikan contoh kepada anak-anak yang seangkatan dengannya.  PENGHARGAAN Saya dapat menyiapkan folio Geografi  saya dengan sempurna kerana bantuan dan kerjasama daripada beberapa pihak. Sekalung budi kepada guru mata pelajaran Geografi Tingkatan 1 saya iaitu Puan ...................... yang telah memberikan penerangan tentang format folio Geografi, dan memberi tunjuk ajar semasa proses pembuatan folio ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada bapa saya iaitu ……………. dan ibu saya …………….. yang senantiasa member dorongan, galakan, membantu mencari maklumat dan member bantuan kewangan sepanjang saya menjalankan tugasan ini. Selain itu, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan yang sudi berkongsi maklumat b