Langkau ke kandungan utama

Lawatan ke Pusat Sains Negara

Sempena Festival Sains 2012, semalam aku telah mengambil kesempatan ini membawa anakku ke Pusat Sains Negara yang terletak di Persiaran Bukit Kiara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Festival ini berlangsung dari 10 Disember 2012 dan berakhir pada 16 Disember 2012, bermula dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Masuk adalah percuma.

Latar belakang PSN:

Pusat Sains Negara telah dibuka secara rasmi oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Yang Amat Berbahagia  Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 29 November 1996. PSN yang terletak di Bukit Kiara, Kuala Lumpur, sebuah kawasan yang aman permai dan harmoni, merupakan mercu tanda kebangsaan yang mempunyai reka bentuk bangunan yang unik menyerupai sebuah kon yang terpotong kemuncaknya dan ditutupi dengan sebuah kubah geodesik. Sebagai sebuah institusi pembelajaran tidak formal, Pusat ini berharap dapat meningkatkan minat, penghargaan dan kefahaman orang ramai terhadap Sains dan Teknologi demi peningkatan ilmiah rakyat Malaysia.

Pusat ini menyediakan berbagai jenis bahan pameran yang direka untuk menarik, merangsang dan mendorong para pelawat untuk menanam minat aktif terhadap Sains dan Teknologi. Bahan pameran ini ditempatkan di galeri yang berbagai tema di mana galeri-galeri tersebut dikategorikan kepada dua kumpulan iaitu Sains Asas dan Teknologi. Konsep keseluruhan Pusat ini adalah untuk menghubungkan sains dengan nilai-nilai agama dan alam sekitar, seterusnya mengaitkan sains dengan semua aspek kehidupan, pengetahuan dan penggunaannya di dalam kehidupan seharian. 

Walaupun PSN telah dibuka sejak tahun 1996 lagi, tetapi inilah kali pertama aku menjejakkan kaki di sini.  Itupun setelah rakan sepejabat memberitahu aku bahawa terdapat festival sains di PSN dan masuk adalah percuma.  Pada hari Khamis yang lalu, rakan-rakan sepejabat telah mengajak aku ke sana bersama-sama mereka kerana katanya ada makan percuma, terutamanya makan durian musang king.  Walaupun keinginanku untuk makan durian musang king bersemangat membara, tetapi terpaksa dipendamkan sahaja disebabkan komitmenku dengan tugas pejabat.  Tak apelah hari Sabtu ini bila aku pergi, kalau ada rezeki, adalah durian musang king tu.  

Seperti yang telah dirancangkan, semalam (Sabtu), setelah selesai kerja pejabat, lebih kurang jam 1.00 petang aku ke Pusat Sains Negara bersama suami dan anakku.  Sesat juga mencari jalan ke PSN ini.  Berkali-kali pusing mencari jalan mengikut signboard.  Almaklumlah aku dan suami tidak pernah sampai di Bukit Kiara dan tidak familiar selok belok jalan di sini.  Aku menghabiskan masa di PSN sehingga jam 4.30 petang.   Pasal makan free durian musang king tu, dah tak ada  Mungkin rezeki rakan-rakanku pada hari Khamis hari itu.  Anyway, aku gembira dapat membawa anakku bongsuku melawat tempat yang banyak memberi ilmu pengetahuan kepadanya.   

Inilah gambar-gambar yang sempat diambil semasa di sana.


Gerai jualan dibuka semasa festival sains 2012
Walaupun malu pada mulanya, anakanda sempat juga bergambar dengan maskot ini.
Akuarium besar di laluan memasuki pameran sains
Cermin klon



Pertunjukkan amali sains
PSN juga menyediakan tempat permainan untuk kanak-kanak yang berkaitan dengan sains


Cermin lucu
Telekomunikasi



Halaman web rasmi Pusat Sains Negara: http://www.psn.gov.my/

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

FOLIO GEOGRAFI TINGKATAN 1

Bentuk Muka Bumi dan Potensi di Kawasan Setiawangsa  dan Perbandingannya dengan Negara Indonesia Contoh folio ini adalah folio anak saya yang belajar di Tingkatan 1 yang disiapkan dengan bimbingan saya.  Dipaparkan untuk dikongsi bersama. Semoga ia dapat dijadikan contoh kepada anak-anak yang seangkatan dengannya.  PENGHARGAAN Saya dapat menyiapkan folio Geografi  saya dengan sempurna kerana bantuan dan kerjasama daripada beberapa pihak. Sekalung budi kepada guru mata pelajaran Geografi Tingkatan 1 saya iaitu Puan ...................... yang telah memberikan penerangan tentang format folio Geografi, dan memberi tunjuk ajar semasa proses pembuatan folio ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada bapa saya iaitu ……………. dan ibu saya …………….. yang senantiasa member dorongan, galakan, membantu mencari maklumat dan member bantuan kewangan sepanjang saya menjalankan tugasan ini. Selain itu, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan yang sudi b...

BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD

Nama Bangunan Nama bangunan ini ialah Bangunan Sultan Abdul Samad. Asalnya hanya disebut sebagai `Bangunan’ sebelum ditukar kepada Bangunan Sultan Abdul Samad. Nama bangunan ini diambil sempena nama DYMM Sultan Negeri Selangor, Almarhum Sultan Abdul Samad Ibni Almarhum Raja Abdullah yang memerintah pada ketika itu (1957 – 1898). Latar Belakang Bangunan Sultan Abdul Samad ialah sebuah bangunan yang penuh dengan warisan dan kebudayaan dan masyhur dengan keunikan dan identiti seni bina dan sentiasa dipandang tinggi oleh negara lain. Ia menjadi salah satu bangunan bersejarah yang menjadi kebanggaan dan sanjungan rakyat Malaysia. Sering kali bangunan ini menjadi mercu tanda yang terkenal dan sangat sinonim dengan bandar raya Kuala Lumpur hatta Negara Malaysia kerana di sinilah tempatnya orang ramai menyambut perayaan-perayaan penting seperti Sambutan Tahun Baru, Sambutan Hari Merdeka, serta acara-acara yang berkaitan dengan pelancongan negara. Asal-usul Sejarah awalnya bermula pada t...

Sistem Gred SPM

Saje nak kongsi mengenai sistem gred SPM ni.  Bagi ibubapa yang mempunyai anak-anak yang bakal menduduki SPM 2011 (termasuk saya) mesti ingin  mengetahui markah dan gred yang telah digunakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.  Tadi saya cuba bertanya kepada rakan-rakan pejabat mengenai perkara ini. Masing-masing x berapa pasti.  Al-maklumlah semuanya dah sebaya saya; zaman 80an dulu ambil SPM.  Saya pun dah x pasti sbb gred dulu berlainan.  Godek punya  godek halaman web dapatlah maklumat ini.  Maklumat ini penting kerana gred baharu ini digunakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk kemasukan ke universiti sejak tahun 2009 lagi. Bolehlah kita jadikan garis panduan dan suruh anak kita buat persediaan untuk skor with`flying colours' subjek-subjek tertentu bagi memenuhi syarat kelayakan kursus yang dimohon di IPTA nanti.  Tapi kalau boleh kita nak anak-anak kita skor semua subjek with flying colours. Insya Allah...