لسلام عليكم ورØمة الله وبركاته
Assalamualaikum dan Selamat Petang, Hari ini nak kongsi tempat makan yang sedap yang terdapat di Wangsa Maju. Kalau anda pergi membeli belah di Carrefour Wangsa Maju yang sekarang ini telah di rebranding namanya kepada Aeon Big, anda mesti terjumpa sebuah kedai makanan francais yang dikenali dengan JOMBALI. Kalau nak cari kedai makan ini, cari butik pakaian First Lady dulu. Kedua-dua kedai ini bertentangan antara satu sama lain. Mungkin dah lama tak ke Carrefour Wangsa Maju, tiba-tiba aje namanya dah bertukar. Selepas selesai shopping bersama Mr. Hubby, perut dah mula berkeroncong. Eloklah tengok jam pun dah pukul 1.30 tengah hari. Patutlah perut dah mula meragam. Kebiasaannya kami menjamu selera di KFC atau medan selera sahaja. Tetapi hari itu ternampak kedai makan JOMBALI ini. Memang ramai orang sedang menjamu selera. Maklumlah lunch time. Berbelah bagi juga sama ada nak masuk ke tak masuk. Takut juga kalau makanannya tak sedap. Kalau mahal, tetapi sedap, kira