Semasa Expo Buku-buku Islam di KL Sentral baru-baru ni, Kak Noor sempat membeli `Ensiklopedia Solat', terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd. Harga asalnya ialah RM100.00. Tetapi dapat diskaun 10% masa beli kat ekspo. So harganya cuma RM90.00. Kelebihan Ensiklopedia Solat ini ialah: Maklumat dan ilmu yang berkaitan dengan solat. Keistimewaan ensiklopedia ini berbanding dengan ensiklopedia lain yang ada dalam pasaran kerana mengandungi pelbagai keterangan daripada aspek, fiqah, falsafah, sejarah, dan saintifik. Setiap entri disampaikan dengan mengintegrasikan semua aspek ilmu supaya sesuai untuk rujukan kontemporari. Disusun mengikut pendekatan mesra pembaca. Disertakan dengan ilustrasi, foto, gambar rajah, peta minda, dan jadual. Semua hadis yang digunakan mempunyai matan, sanad, dan no. hadis untuk memudahkan para pembaca membuat rujukan. Ensiklopedia ini harus menjadi rujukan yang penting bagi kegunaan pusat sumber, perpustakaan awam, pusat pengajian tinggi, sekolah, ...