Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Cerita Anak-anakku

ANGRY BIRD ON 8TH CHEELA's BIRTHDAY

Pada hari Ahad baru-baru ni (23 Oktober 2011), Kak Noor telah mengadakan majlis kecil-kecilan sempena ulang tahun kelahiran anak bongsu Kak Noor, `Cheela'  yang  ke-8 tahun.    Sebenarnya Kak Noor tidak pernah mengadakan majlis hari lahir untuk anak-anak Kak Noor yang lain.  Kebiasaannya Kak Noor hanya akan membeli sebiji kek dan meraikannya di kalangan ahli keluarga sahaja.  Tetapi anak bongsu Kak Noor ni lain sikit (anak zaman ciber lah katakan...), dia  pandai meminta untuk diadakan majlis ini. Sebenarnya tarikh hari lahirnya ialah pada 14 Oktober.  Tetapi disebabkan minggu itu adalah minggu peperiksaan akhir, maka terpaksa ditunda. Sekarang ini di mana-mana saja famous dengan `Angry Bird' di kalangan kanak-kanak.   Cheela demand nak kek Angry Bird for her birthday.  Puas juga Kak Noor cari kat kedai kek dan akses laman-laman web untuk menempah kek Angry Bird ni.  Last sekali Kak Noor tempah kat kawan sekerja Kak Noor yang dike...

Lasaknya anakku Cheela....

Dalam seminggu dua ini anakku yang bongsu sering mengeluh dan berkata `boring' dan asyik mengajakku bercuti.  Rasa-rasanya lepas raya hari itu kami sekeluarga telah pergi bercuti.  Begitulah `feel' anakku Asilah yang sering mengajakku pergi hotel bila bosan.  Mungkin sejak dari kecil lagi Asilah telah didedahkan dengan Cuti-cuti Malaysia, so minat dan kesukaannya lebih cenderung kepada percutian. Sering kali juga anakku mengajakku dan suamiku bermain di taman rekreasi, tapi kami asyik bagi alasan saja. Aku dan suamiku lebih suka menghabiskan masa berehat di rumah saja pada hujung minggu, melainkan kalau ada perkara tertentu, baru kami keluar. So... semalam kami membawa Asilah ke Tesco Ampang untuk membeli barang keperluan.  Seperti biasa, Asilah akan meminta untuk bermain di Taman Permainan Kanak-kanak yang disediakan oleh Tesco.  Dengan bayaran RM3.00  untuk dua jam  bermain, aku melepaskan anakku ke kandang permainan.  So... kita lihat ...

SELAMAT HARI GURU....

Kad Ucapan Hari Guru daripada Nur Asilah untuk ustazahnya... Dicipta menggunakan kreativiti sendiri dengan menggunakan bahan-bahan yang terdapat di rumah pada 17 Mei 2010 (malam) atas permintaan anakku Asilah.  Yang ini memang istimewa khas diberikan kepada Ustazahnya.   Ada dua semuanya.  Satu lagi untuk siapa ye!

KAD UCAPAN HARI IBU

Daripada Asilah untuk ibu.... Kad ucapan ini dihadiahkan oleh anak bongsuku, Nur Asilah yang berusia 7 tahun sepulangnya aku dari kerja.  Terima kasih Cheela.  Ibu sayang.... Cheela.

MINDA TAHUN 1

Terlintas tak di fikiran kita sebagai ibu bapa apa yang difikirkan oleh anak-anak kita yang baru menjejakkan kaki ke tahun 1.  Jika dibandingkan IQ kita dengan anak-anak sekarang memanglah jauh berbeza.  Aku memasuki alam persekolahan Tahun 1 pada tahun 1972.  Inilah pertama kali aku menjejakkan kaki di alam persekolahan.  Mana ada tadika ketika itu.  Our brain 0 masa itu.  Asas ABC dan 123 pun tak tahu.  Sesungguhnya aku amat berbangga dengan pencapaian anak-anak kita di zaman ini.  Tetapi berbeza dengan zaman cyber sekarang. Anakku, Cheela yang bongsu, dua tahun berada di sekolah tadika yang sama.  Aku menghantarnya sejak ia berusia 5 tahun.  Dah kenal huruf ABC dan nombor 123, dan boleh mengeja dua suku kata, dan juga cerdik IT.   Tahun ini anakku memasuki Tahun 1. Aku ingin berkongsi minda anakku dengan rakan-rakan semua.  Bagaimana nak menjawabnya ye! Ibu, kat sekolah Kebangsaan tu, Cheela panas...