Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Info Terkini

Jualan Buku di Stesen KL Sentral

Jualan buku dengan harga murah di KL Sentral!  Jualan ini telah berlangsung sejak minggu lalu dan akan berakhir pada 27 November 2011 ini  Harga yang paling mahal hanya RM5.00 saja.  Sempat Kak Noor snap beberapa keping gambar untuk dipaparkan di sini. Lokasinya di lobi Aras 1, stesen Sentral Kuala Lumpur.

Sistem Tiket Baharu RapidKL

Hari ini Kak Noor nak cerita sikit mengenai sistem tiket baharu yang diperkenalkan oleh Rapid KL.  Kak Noor merupakan pelanggan tetap RapidKL sejak tahun 2003 lagi.  Tiap-tiap hari  berulang alik menggunakan LRT Aliran Kelana Jaya dari stesen Setiawangsa ke stesen KL Sentral. Maklumlah tempat kerja Kak Noor kat KL Sentral dan rumah Kak Noor kat Setiawangsa. Bersyukur sangat sebab sejak 8 tahun yang lalu, inilah mod pengangkutan yang Kak Noor gunakan.  LRT Putra  itulah nama yang mula-mula dikenali untuk pengangkutan LRT ini, dan ia masih dikenali dengan nama ini sehingga kini walaupun telah ditukarkan kepada Aliran Kelana Jaya (AKJ).   Walaupun Kak Noor bekerja dengan salah sebuah syarikat pengangkutan rel di Malaysia, namun Kak Noor `salute' dengan perkhidmatan yang diberikan oleh RapidKL.  Rata-rata amat memuaskan walaupun  orang terpaksa bersesak-sesak, bahkan sebahagian ada yang terpaksa menunggu tren yang lain kerana ruang kosong untuk berd...

EKSPO BUKU ISLAM DI KL SENTRAL

Sekarang ini sedang berlangsung Ekspo Buku Islam bertempat di Aras 2, Stesen Sentral Kuala Lumpur @ KL Sentral. Terdapat buku-buku Islamik terbitan Sinergi Ilmu, Telaga Biru, Galeri Ilmu, Jemari Seni, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia,  Mustread & MMP Communications. Ekspo bermula pada 26/10/2011-1/11/2011. Terdapat pelbagai aktiviti menarik boleh disertai dan dapatkan juga potongan hingga 50% bagi harga buku-buku terpilih.  Memandangkan Kak Noor bekerja di kawasan KL Sentral, maka Kak Noor tidak mahu melepaskan peluang untuk mengunjungi ekspo buku ini.   Antara gambar-gambar yang sempat diabadikan. Booth Telaga Biru Booth Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Buku-buku terbitan Milenia  Antara buku-buku yang diberi potongan diskaun Antara buku-buku yang dipamerkan Pengunjung Ekspo Ekspo di Aras 2, Stesen Sentral Kuala Lumpur Buku-buku juga dipamerkan di rak bagi memudahkan pengunjung membuat pilihan.