Masa Kak Noor sedang mencari maklumat berkaitan kegunaan otak sebelah kiri, Kak Noor terjumpa maklumat ini. Maklumat ini Kak Noor ambil daripada Portal Bahagian Pendidikan, Bahagian Hal Ehwal Agama Terengganu yang dimuatkan oleh seseorang yang telah mengamalkan method ini. Bagi yang mempunyai anak-anak yang sedang membesar, maklumat ini adalah berguna kepada kita dan tidak rugi kalau kita cuba praktikkan . Shichida Methods Beberapa minggu lepas bos aku ada cakap kat aku yang dia hantar anak dia yang berumur dua tahun pergi Kelas Shichida, yakni kelas yang diuruskan oleh Jepun melatih anak-anak berfikir menggunakan otak sebelah kanan. Otak sebelah kanan ni lebih efektif sebenarnya dari otak sebelah kiri, tetapi kena praktis sikitlah penggunaannya. Kelas ni mahal, kalau kelas tadika yg aku nak masukkan tahun depan tu cost nye lebih tinggi dari cost kite satu semester kat ITM, tapi boss aku ni atas kesedaran bahawa ramai sgt cine yang pergi kelas tu untuk ajar anak-anak depa...