Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2012

Fenomena Budak Tahfiz Kutip Derma, tersentuh hati nurani keibuanku..

Fenomena pelajar-pelajar Tahfiz mengutip derma  telah menjadi perkara biasa sekarang ini.   Walaupun perkara ini telah dibangkitkan oleh pelbagai pihak, namun ia semakin berleluasa dan pihak  berkenaan yang menghantar budak-budak ini tidak takut lagi tindakan daripada pihak berkuasa dan mata-mata yang melihat. Aku bukan apa, kasihan sungguh dengan budak-budak ni.  Hati nurani keibuanku terusik setiap kali bila melihat perkara ini. Aku selalu meletakkan anakku dalam situasi begini.  Hai.... kalau ketika ini anak-anak kita sedang bersama kita  menikmati juadah yang sedap-sedap atau sedang santai menonton rancangan-rancangan di TV, tetapi budak-budak Tahfiz ini masih ke hulu ke hilir dengan wajah yang lesu dan penat meminta sumbangan daripada orang ramai.   Aku tak kisah menderma untuk budak-budak Tahfiz ini.  Walaupun rata-rata orang mengatakan bahawa ada dalang yang menghantar budak-budak ini untuk mengutip derma, tetapi aku tetap memberi.  Niat aku cuma satu, nak sedeqah sahaja

HARI KELUARGA DI MES PDRM, GREYSAND RESORT PORT DICKSON

Best gak tempat ni, tapi cuma untuk anggota PDRM ajelah..  Namapun mes PDRM kan! Sempena hari keluarga yang diadakan pada minggu terakhir bulan Jun 2012,  maka berpeluanglah aku bersama keluarga untuk menginap di sini.  Best juga lah.... dari segi penginapan agak selesa sebab ada dua bilik, peti sejuk dan ruang tetamu.  Pemandangannya pun sejuk mata memandang.  Bagi anak-anak kecil yang gemar mandi kolam, terdapat kolam kecil yang disediakan.  Taklah sebesar kolam  di resort yang bertaraf 4 hingga 5 bintang tu... Tetapi itulah kanak-kanak, walaupun kolam itu kecil, mereka masih seronok kerana dapat mandi kolam sehingga tidak mahu ambil bahagian dalam sesetengah acara-acara yang dipertandingkan. So... tak nak ceghite panjang-panjang, kita layan aje gambar-gambar yang sempat di `snap' secara spontan oleh anak-anakku.  Walaupun majlis ini telah lebih kurang tiga bulan berlalu, tetapi hanya pada hari ini aku sempat uploadkan gambar-gambarnya. Pemandangan di belakang resort A

FOLIO GEOGRAFI TINGKATAN 2 (2012)

1.0         TAJUK PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI TAMAN KERAMAT AU3, KUALA LUMPUR, WILAYAH PERSEKUTUAN 2.0         SENARAI KANDUNGAN Bil Perkara/Butiran Halaman/Muka Surat 1.0 Tajuk 2.0 Senarai kandungan 3.0 Penghargaan 4.0 Pendahuluan 5.0 Objektif kajian 6.0 Kawasan kajian 7.0 Kaedah kajian 8.0 Dapatan Kajian 8.1      Konsep pencemaran alam sekitara 8.2      Jenis pencemaran alam sekitar di kawasan kajian 8.3      Punca pencemaran alam sekitar di kawasan kajian. 8.4      Kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian 8.5      Cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian Bahan Grafik 9.0 Rumusan 10.0 Lampiran ·         Foto pencemaran alam sekitar ·         Borang soal selidik 11.0 Rujukan