Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Percutian di Perak

HOT SPRING RESORT, SG. KLAH, SUNGKAI

Bagi memenuhi hasrat suamiku untuk merendam badan dan kaki dalam air panas, maka pada 1 Februari 2011, kesempatan cuti Hari Wilayah Kuala Lumpur aku isikan dengan membawa keluarga ke Hot Spring Resort, Sg. Klah, Sungkai.   Walaupun resortnya jauh ke dalam iaitu kawasan petempatan  Felda, tetapi ketenangan dan panorama flora dan fauna resort telah menggamit kami ke sana untuk kali ketiga. Lagipun harga rumah penginapan pada hari biasa adalah lebih murah jika dibandingkan dengan harga hujung minggu dan cuti am persekutuan. Aku dan keluarga cuma menginap semalam sahaja; keesokan harinya 2 Februari 2011 kami check out.  Antara gambar-gambar yang sempat diambil menggunakan telefon bimbit (kamera suamiku rosak semasa kat resort, nasib baik ada telefon bimbit).  Merendam kaki dalam air panas; mula-mula panas, lepas tu biasa.... Laluan ke kolam air sejuk Landskap pokok menambahkan ketenangan di resort ini.  SPA untuk sesiapa yang berminat.  Merebus t...

FELDA RESIDENCE HOT SPRINGS SUNGAI KLAH

Pada 15 Jun 2008 kami sekeluarga bercuti di Felda Residence Hot Springs Sungai Klah yang terletak di dalam kawasan Felda Sungkai, Perak. Maklumat percutian ini aku dapati daripada halaman web. Bagi pendapat kami sekeluarga, tempat ini memang yang terbaik untuk seisi keluarga bersantai. Info Sebelum 2008, ia dikenali sebagai Taman Rekreasi Air Panas. Selepas pengubahsuaian secara komersial dilakukan oleh Felda Plantation pada Disember 2003, namanya ditukar kepada Felda Residence Hot Springs Sungai Klah. Ia meliputi kawasan seluas 49.3 hektar dan dikelilingi ladang kelapa sawit. Sementara taman air panas pertama Felda itu meliputi enam hektar dengan suhu antara 30 hingga 100 darjah celsius. Satu kelebihan yang terdapat pada tempat ini adalah taman air panas, kolam air mata gunung, laluan refleksologi, perkampungan spa, tapak berkhemah, tapak hari keluarga, tapak merebus telur, spa keluarga yang amat menyeronokkan. H anya berjalan di sekitar kawasan itu, pengunjung dapat menikmati keinda...