Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel APA YANG TERSIRAT

Fenomena Budak Tahfiz Kutip Derma, tersentuh hati nurani keibuanku..

Fenomena pelajar-pelajar Tahfiz mengutip derma  telah menjadi perkara biasa sekarang ini.   Walaupun perkara ini telah dibangkitkan oleh pelbagai pihak, namun ia semakin berleluasa dan pihak  berkenaan yang menghantar budak-budak ini tidak takut lagi tindakan daripada pihak berkuasa dan mata-mata yang melihat. Aku bukan apa, kasihan sungguh dengan budak-budak ni.  Hati nurani keibuanku terusik setiap kali bila melihat perkara ini. Aku selalu meletakkan anakku dalam situasi begini.  Hai.... kalau ketika ini anak-anak kita sedang bersama kita  menikmati juadah yang sedap-sedap atau sedang santai menonton rancangan-rancangan di TV, tetapi budak-budak Tahfiz ini masih ke hulu ke hilir dengan wajah yang lesu dan penat meminta sumbangan daripada orang ramai.   Aku tak kisah menderma untuk budak-budak Tahfiz ini.  Walaupun rata-rata orang mengatakan bahawa ada dalang yang menghantar budak-budak ini untuk mengutip derma, tetapi aku tetap memberi. ...

Hari Tanpa Beg Plastik Pada Hari Sabtu.... adakah semua orang boleh menerimanya?

Terpanggil saya untuk mempertengahkan topik ini.  Saya tak pasti sama ada semua orang peka atau tidak iaitu  pada setiap hari Sabtu telah diistiharkan hari tanpa beg plastik.  Hari Tanpa Beg Plastik adalah satu kempen yang telah dimulakan oleh kerajaan Selangor bermula awal tahun ini bertujuan menyemai semangat sayangkan bumi ini. Ini bererti apabila kita pergi membeli belah di pasar raya kita perlu membawa beg sendiri untuk mengisi barang-barang yang kita beli. Saya dan suami kerap juga pergi membeli belah pada hari Sabtu.  Inilah hari untuk kami membeli keperluan dapur.  Hari-hari lain tak sempat kerana kami bekerja dan balik rumah dah lewat petang.  Pasar raya yang paling dekat dengan kawasan tempat tinggal saya ialah ialah Tesco Ampang, dan Jaya Jusco AU2.  Kalau nak beli barang mentah yang murah, saya rela berhijrah ke NSK Selayang, walaupun terdapat NSK Taman Sri Rampai lebih dekat dengan tempat tinggal aku. Saya ingin berkongsi pengalaman d...

SIAPA DIA?

SIAPA DIA...?? yang menyambutmu pulang... walaupun adakala tiada senyuman terukir di wajah.... pernahkah kamu fikir kenapa?? SIAPA DIA...?? yang siapkan makan minummu... hidangkan padamu... walaupun adakalanya kamu rasa tidak sempurna cara masakan dan hidangannya... SIAPA DIA...?? yang basuhkan, ampaikan, lipatkan dan gosokkan pakaian-pakaianmu... walaupun adakala dia membebel terpaksa mengutip kain bajumu yang bersepah-sepah... SIAPA DIA...?? yang memujuk anak ketika menangis, ketika kamu menangis... tapi adakah kamu memujuknya.. bertanyakan hati dan perasaannya bila dia berdiam diri... sedarkah dalam jiwanya menangis tanpa sedikit IHSAN daripada kamu.. SIAPA DIA...?? yang kamu ingin peluk bila nafsumu melonjak.. sedangkan dia menolak ada kamu fikir... seharian apa yang dia lakukan untuk kamu dan rumahtangga kamu.. penat, letih, lelah...melayan sikap MALASMU dan TIDAK PEDULI kamu tentang perasaannya...   SIAPA DIA...?? yang rutin hariannya dari jam...