Langkau ke kandungan utama

FOLIO GEOGRAFI TINGKATAN 2 (2012)

1.0         TAJUK
PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI TAMAN KERAMAT AU3, KUALA LUMPUR, WILAYAH PERSEKUTUAN

2.0         SENARAI KANDUNGAN

Bil
Perkara/Butiran
Halaman/Muka Surat
1.0
Tajuk

2.0
Senarai kandungan

3.0
Penghargaan

4.0
Pendahuluan

5.0
Objektif kajian

6.0
Kawasan kajian

7.0
Kaedah kajian

8.0
Dapatan Kajian
8.1     Konsep pencemaran alam sekitara
8.2     Jenis pencemaran alam sekitar di kawasan kajian
8.3     Punca pencemaran alam sekitar di kawasan kajian.
8.4     Kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian
8.5     Cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian
Bahan Grafik

9.0
Rumusan

10.0
Lampiran
·        Foto pencemaran alam sekitar
·        Borang soal selidik

11.0
Rujukan


3.0               PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kasih kurnia-NYA, saya berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan dalam tempoh yang ditetapkan atas bantuan dan kerjasama daripada beberapa pihak.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Yusrina bt. Yusof,  guru mata pelajaran Geografi Tingkatan 2 Gigih, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur kerana dengan bantuan dan panduan yang diberikan telah membolehkan saya menjalankan kajian ini mengikut format yang telah ditetapkan.

Ucapan terima kasih juga kepada ibu bapa saya yang telah memberi sokongan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan kajian ini.   Banyak masa yang telah mereka luangkan dan wang ringgit yang telah dibelanjakan demi memastikan tugasan yang diberikan disiapkan dengan jayanya.

Akhir sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk Taman Keramat AU3 kerana sudi memberikan kerjasama yang baik kepada saya serta rakan-rakan seperjuangan kerana sudi berkongsi maklumat serta pihak-pihak yang tidak disebut dalam penghargaan ini sama ada terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Pulau Pandan jauh ketengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi baik dikenang juga.

4.0             PENDAHULUAN
Saya, Muhammad Ashraf bin Mohd Khairi, pelajar  Tingkatan 2 Gigih  di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur telah memilih tajuk  Pencemaran Alam Sekitar di Taman Keramat AU3 untuk Projek Kajian Geografi Tempatan kami. 

Saya memilih Taman Keramat AU3 sebagai kawasan kajian kerana ia menepati kriteria kajian iaitu terdapat beberapa pencemaran yang telah dikenal pasti di kawasan tersebut. Selain itu, tempat tinggal saya terletak di kawasan kajian. Fakta ini memudahkan saya membuat kajian tentang pencemaran alam sekitar di kawasan Taman Keramat AU3.  

Masa yang diberikan untuk menyiapkan kajian ini ialah bermula dari bulan Jun hingga Ogos 2012.  Selepas mengumpulkan semua maklumat yang diperlukan, saya menulis laporan yang lengkap tentang kajian ini secara individu.

Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat khususnya kepada saya dan amnya kepada masyarakat di kawasan tempat tinggal saya.

5.0         OBJEKTIF KAJIAN
Kajian saya ini merangkumi objektif-objektif yang berikut:
1.            Menyatakan konsep pencemaran alam sekitara di kawasan kajian
2.            Mengenal pasti jenis pencemaran alam sekitara di kawasan kajian
3.            Menjelaskanpunca pencemaran alam sekitar di kawasan kajian
4.            Menghuraikan kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian
5.            Menyenaraikan cadangan kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian
6.            Memupuk nilai/unsur patriotise dalam dapatan kajian.

6.0         KAWASAN KAJIAN
Nama Kawasan Kajian
Kawasan kajian saya ialah Taman Keramat AU3, Ulu Klang, Kuala Lumpur yang terletak di dalam Zon 3, daerah Mukim Hulu Kelang. 

Latar Belakang/Sejarah Kawasan Kajian
Sejarah pembentukan daerah Mukim Hulu Kelang ini bermula apabila Gombak yang merupakan salah sebuah daerah di negeri Selangor diwujudkan pada 1 Februari 1974 serentak dengan penubuhan Kuala Lumpur sebagai Wilayah Persekutuan. Daerah Gombak dibahagikan kepada empat (4) mukim iaitu Mukim Rawang,  Mukim Batu, Mukim Hulu Kelang, dan  Mukim Setapak.  Daerah yang terletak di kawasan Lembah Klang ini bersempadankan Daerah Hulu Selangor (Utara), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Selatan), Daerah Kuala Selangor (Barat), Daerah Petaling (Barat Daya) dan Negeri Pahang (Timur).

Lokasi
Taman Keramat AU3 dilingkungi oleh kawasan-kawasan sekitar yang berhampiran iaitu Taman Keramat AU1 yang juga dikenali sebagai Keramat Permai dan Taman Keramat AU2. Kawasan ini merupakan petempatan yang padat dengan pelbagai jenis rumah dan bangunan perniagaan termasuk perindustrian

Pandang Darat Fizikal Kawasan Kajian
Dari segi geografi, perletakan Taman Keramat AU3 ialah pada latitud 3 °9 '55" Utara Khatulistiwa dan longtitud 101 ° 46 dalam peta Malaysia. Kawasan AU3 terletak dalam kawasan tanah beralun dalam Mukim Hulu Kelang di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Dalam jarak 5km persegi, kawasan AU3 ini juga merangkumi sebahagian kecil kawasan Taman Setiawangsa yang terletak dalam kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Jarak
Taman Keramat AU3 ini terletak kira-kira 10 km daripada pusat bandar Kuala Lumpur.  Terdapat beberapa laluan jalan raya yang menghubungkan kawasan ini ke pusat bandar Kuala Lumpur seperti Persiaran Setiawangsa dan Jalan Enggang yang menembusi jalan besar iaitu Jalan Jelatek menuju ke pusat bandar raya. Selain itu, Taman Keramat AU3 dihubungkan melalui Lebuh Raya Bertingkat Ampang – Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), dan Lebuh Raya Duta – Ulu Kelang untuk ke pusat bandar. Pengangkutan awam yang terdapat di kawasan ini ialah bas, teksi, dan LRT. Stesen LRT terdekat adalah LRT Setiawangsa dan LRT Jelatek.


7.0         KAEDAH KAJIAN
Saya menggunakan tiga jenis kaedah sepanjang menjalankan kajian ini.  Kaedah tersebut ialah:

(i)            Pemerhatian
Saya memerhatikan bentuk muka bumi dan punca berlakunya pencemaran alam sekitar di Taman Keramat AU3, Ulu Klang, Kuala Lumpur.  Saya juga telah mengambil beberapa gambar pencemaran yang berlaku di kawasan kajian menggunakan kamera telefon bimbit.

(ii)           Soal Selidik
Saya telah mengedarkan 25 borang soal selidik kepada penduduk sekitar kawasan kajian.  Soalan-soalan yang dikemukakan merupakan soalan tertutup dan soalan terbuka.

(iii)          Rujukan
Saya telah merujuk folio kajian geografi tempatan sebelum ini sebagai panduan untuk menyiapkan aspek 1 hingga 7 .  Saya juga juga telah melayari beberapa lama web untuk mencari maklumat berkaitan kawasan kajian dan maklumat mengenai pencemaran alam sekitar..

8.0         DAPATAN KAJIAN

8.1         Konsep Pencemaran Alam Sekitar
Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil daripada aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan. Contoh pencemaran alam sekitar pada masa kini ialah:

1.Pencemaran udara
2.Pencemaran air
3. Pencemaran bunyi
4. Pencemaran tanah

8.2         Jenis-jenis Pencemaran Alam Sekitar di Taman Keramat AU3
Hasil pemerhatian saya sepanjang menjalankan kajian, saya mendapati terdapat dua jenis pencemaran alam sekitar yang utama di Taman Keramat AU3 iaitu:

(i)            Pencemaran Udara
Banyak asap dan debu berterbangan di udara disebabkan pelepasan asap yang berbahaya dari kenderaan seperti kereta, motosikal, van, lori,  dan bas,  jerebu daripada kesan pembakaran secara terbuka, dan asap daripada serombong-serombong asap di kilang yang berhampiran adalah antara pencemaran udara yang dikenali pasti berlaku di kawasan kajian.

(iii)          Pencemaran Bau
Pencemaran bau disebabkan oleh sampah sarap yang tidak diurus dengan betul. Bau busuk dapat dihidu di beberapa kawasan kajian seperti di kawasan restoran, gerai makan, kedai runcit, longkang, dan di tapak aktiviti perniagaan pasar malam.

8.3         Punca Pencemaran Alam Sekitar di Taman Keramat  AU3
Terdapat beberapa punca yang menyebabkan berlakunya pencemaran alam sekitar di Taman Keramat AU3, Kuala Lumpur.  Antaranya ialah:

(i)            Perkilangan
Terdapat kawasan perkilangan yang dikenali sebagai zon perindustrian bebas Ulu Klang yang beroperasi berhampiran kawasan kajian.   Pelepasan asap dari serombong-serombong asap di kilang-kilang berkenaan telah menyebabkan pencemaran udara.

 (ii)           Kenderaan
Jumlah kenderaan yang keluar masuk setiap hari terutamanya pada hari bekerja di kawasan kajian memberikan kesan serius kepada alam sekitar, sekali gus menyebabkan pencemaran udara. Pencemaran udara berlaku akibat pelepasan asap hasil pembakaran petroleum dan diesel.

(iii)          Pembakaran Terbuka
Terdapat penduduk yang melupuskan sampah sarap mereka dengan cara membakar sampah merata-rata dan secara terbuka tanpa memikirkan perasaan orang lain dan akibatnya.  Mereka suka membakar semak samun yang berhampiran dengan tujuan supaya nyamuk berkurangan.  Antara bahan yang paling banya dibakar ialah plastik,kertas, dan daun-daun kering.  Ada juga penduduk yang membakar bahan seperti tayar terpakai yang menyebabkan pencemaran udara dan pencemaran bau.

(iv)          Sampah Sarap
Pembuangan sampah sarap oleh segelintir penduduk Taman Keramat AU3 terutamanya di tepi jalan, di kawasan tanah terbiar , malahan did alam longkang menunjukkan golongan ini bersikap sambil lewa dalam menjaga kebersihan alam sekitar.

(v)           Pembinaan
Terdapat rumah-rumah yang diubah suai di kawasan kajian.  Kadangkala selepas pengubahsuaian, sisa-sisa pepejal akan diletakkan di tepi-tepi jalan tanpa kebenaran.  Ini akan mencemarkan lagi kawasan tersebut dan kemungkinan menjadi kawasan penternakan nyamuk.

(vi)          Perniagaan
Kawasan perniagaan di Taman Keramat AU3 banyak menyumbang kepada pencemaran alam sekitar.  Jika kita lihat, banyak pengusaha restoran, gerai penjualan makanan, dan premis perniagaan yang gagal untuk menyediakan sistem pembuang sampah yang teratur.  Kekurangan tong-tong sampah di kawasan pasar malam menyebabkan bekas-bekas makanan dan minuman dibuang di merata-rata tempat seperti dilonggokkan di tepi-tepi longkang atau bahu-bahu jalan.  Kadang kala tempat pembuangan sampah yang dikhususkan pun mengeluarkan bau yang sangat busuk, berulat, dan tidak terurus.  Keadaan ini dapat dilihat di kawasan pasar basah, pasar malam, pasar tani,  pasar raya dan kedai-kedai persendirian.

Nilai dan Unsur Patriotisme
Masyarakat hendaklah senantiasa prihatin dan berusaha untuk mencegah pencemaran alam sekitar ini daripada terus berlaku.  Kerjasama penduduk-penduduk setempat akan membuatkan masyarakat akan hidup dalam keadaan selesa dan harmoni.

8.4         Kesan Pencemaran Alam Sekitar di Taman Keramat AU3
Kesan-kesan pencemaran yang telah dikenal pasti berlaku di kawasan kajian, antaranya adalah seperti di bawah:

(i)            Jerebu
Asap kenderaan dan juga asap pembakaran adalah faktor penyumbang kewujudan jerebu di kawasan kajian. Pelepasan asap kenderaan yang mengandungi gas toksik; iaitu karbon monoksida, nitrogen oksida, karbon dioksida ini mencemarkan udara dan meningkatkan suhu atmosfera dan menyebabkan jerebu.  Selain itu, gas ini dapat juga mengancam dan menyerang tisu sistem pernafasan manusia, haiwan, dan tumbuhan.

(ii)           Penyakit
Longgokan sampah-sarap di kawasan pasar malam telah menggalakkan pembiakan lalat, tikus, dan tempat tumpuan anjing-anjing liar mencari makanan.  Keadaan ini tidak sihat dan boleh mengundang penyakit kepada penduduk sekitar.

(iii)          Suhu Meningkat
Pembakaran sampah,  asap dari kenderaan dan jentera berteknologi tinggi telah menyebabkan gas karbon karbon dioksida banyak terkumpul di dalam udara.  Ini menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas.  Penyusutan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian pemanasan global ini di kawasan Setiawangsa.
  
(iv)          Udara Tercemar
Udara tercemar di kawasan kajian akibat daripada pembakaran sampah, asap daripada kenderaan, dan gerai-gerai yang menjual ikan bakar. Kesannya penduduk sering mengalami permasalahan hidung seperti resdung, asma,  dan sebagainya.

(v)           Bau Busuk
Bau busuk akan terhasil apabila sampah sarap yang tidak diselenggarakan dengan baik dibiarkan sahaja.  Kehadiran lalat, ulat, dan bahan-bahan lain menyebabkan sampah ini akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.  Bau yang kurang menyenangkan penduduk setempat juga berlaku apabila petempatan mereka berdekatan dengan tempat pembuangan sampah.

 Nilai dan Unsur Patriotisme
Kesan-kesan negatif yang berlaku akibat pencemaran alam sekitar dapat dihindar jika kita bersama-sama menghargai kebersihan.  Semailah dalam diri, cintailah alam sekitar yang bebas daripada pencemaran.


8.6    Cadangan Untuk Mengurangkan Kesan Pencemaran Alam Sekitar
di Kawasan Taman Keramat AU3

(i)            Kempen Cintai Alam Sekitar
Kempen Cintai Alam Sekitar yang disiarkan dalam TV dan radio, dan juga melalui `road show’ hendaklah dihayati supaya masyarakat lebih sedar pentingnya alam sekitar bagi memenuhi keperluan hidup dalam keadaan yang bersih dan selamat. Bukan itu sahaja, pihak kerajaan juga perlu mengadakan kempen cintai alam sekitar dengan lebih giat lagi seperti `Cintailah Sungai Kita’, kempen kitar semula, dan sebagainya.  .

(ii)           Pendidikan Alam Sekitar
Untuk menanamkan sikap untuk mencintai alam sekitar, kerajaan hendaklah memasukkan pendidikan alam sekitar dalam aktiviti ko-kurikulum sekolah untuk mendidik generasi sekarang untuk mencintai alam sekitar.

(iii)          Petrol Tanpa Plumbum
Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan.  Langkah ini dapat mengurangkan masalah jerebu yang sering berlaku di waktu pagi di kawasan kajian dan juga dapat mengelakkan masalah kesihatan seperti batuk dan selesema.

 (iv)         Catalytic Converter (Pengubah Pemangkin)
Penggunaan alat  catalytic converter ini telah berupaya menukarkan gas beracun seperti karbon monoksida dan nitrogren oksida kepada bentuk gas yang tidak memudaratkan seperti karbon dioksida dan nitrogen sebelum ia dilepaskan ke atmosfera.  Ini akan mengurangkan kadar pengeluaran asap serta memastikan kenderaan terbabit memenuhi standard kadar pelepasan yang dibenarkan.

Nilai dan Unsur Patriotisme
Semua pihak harus memberi kerjasama dan komitmen dalam usaha untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian.  Rasa tanggungjawab memelihara alam sekitar harus disemai dalam diri setiap individu bagi membolehkan setiap cadangan dapat dilaksanakan dan supaya alam sekitar bersih dan selamat untuk generasi akan datang.


9.0         RUMUSAN
Memandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya pencemaran, langkah-langkah wajar dan berkesan patut diambil. Langkah untuk melindungi alam sekitar ini bukanlah tanggungjawab pihak kerajaan sahaja, malah ia adalah tanggungjawab semua pihak. Pengguna memainkan peranan yang terpenting dalam menangani masalah pencemaran. Jika semua pihak ini bekerjasama untuk menangani masalah pencemaran, sudah tentu bumi akan dipanjangkan usianya. Alam sekitar yang bersih dan terlindung mencerminkan masyarakat yang harmonis dan sihat bagi menerajui pembangunan sains dan teknologi negara pada masa akan datang.

10.0       LAMPIRAN
1.  Gambar-gambar pencemaran alam sekitar di Taman Keramat AU3, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan.
2.  Borang soal-selidik (20 helai)

11.0       RUJUKAN
1.            Buku teks Geografi - Berikan nama buku
2.            Internet -  Berikan nama-nama laman web yang telah dilawati


BAHAN GRAFIK -  Bagi menyokong dapatan kajian.

1.                JADUAL
Maklumat di dalam jadual ini diperolehi daripada borang soal-selidik yang telah diedarkan kepada 20 responden yang tinggal di kawasan persekitaran Taman Keramat AU3 bagi mendapatkan maklum balas dan mengenal pasti jenis-jenis pencemaran yang berlaku di kawasan kajian.

No. Responden
Jenis Pencemaran

Udara
Air
Tanih
Bunyi
Bau

1
1
0
0
1
1

2
1
0
0
1
1

3
1
1
1
1
1

4
1
0
0
0
1

5
1
1
0
1
1

6
1
0
0
1
0

7
1
0
0
0
0

8
1
0
1
0
0

9
1
0
0
0
0

10
1
0
0
1
1

11
1
0
0
0
0

12
1
0
0
1
0

13
1
0
1
1
1

14
0
1
1
0
0

15
0
0
1
0
1

16
1
0
0
1
0

17
0
0
0
0
1

18
1
0
0
0
0

19
0
1
0
0
1

20
1
0
0
0
0

Jumlah
16
4
5
9
10


Jenis Pencemaran
Udara
Air
Tanih
Bunyi
Bau
16
4
5
9
10








































2.0     CARTA PAI

Carta Pai di atas menunjukkan jenis-jenis pencemaran yang berlaku di Taman Keramat AU3, Kuala Lumpur.  Berdasarkan jadual dan carta pai di atas, adalah dikenal pasti bahawa jenis pencemaran yang paling banyak berlaku di Taman Keramat AU3 ialah pencemaran udara (36%), diikuti dengan pencemaran bau (23%), pencemaran bunyi (21%), pencemaran tanih (11%), dan pencemaran air (9%).



PETA-PETA - Untuk dimuatkan dalam butiran kawasan kajian.







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD

Nama Bangunan Nama bangunan ini ialah Bangunan Sultan Abdul Samad. Asalnya hanya disebut sebagai `Bangunan’ sebelum ditukar kepada Bangunan Sultan Abdul Samad. Nama bangunan ini diambil sempena nama DYMM Sultan Negeri Selangor, Almarhum Sultan Abdul Samad Ibni Almarhum Raja Abdullah yang memerintah pada ketika itu (1957 – 1898). Latar Belakang Bangunan Sultan Abdul Samad ialah sebuah bangunan yang penuh dengan warisan dan kebudayaan dan masyhur dengan keunikan dan identiti seni bina dan sentiasa dipandang tinggi oleh negara lain. Ia menjadi salah satu bangunan bersejarah yang menjadi kebanggaan dan sanjungan rakyat Malaysia. Sering kali bangunan ini menjadi mercu tanda yang terkenal dan sangat sinonim dengan bandar raya Kuala Lumpur hatta Negara Malaysia kerana di sinilah tempatnya orang ramai menyambut perayaan-perayaan penting seperti Sambutan Tahun Baru, Sambutan Hari Merdeka, serta acara-acara yang berkaitan dengan pelancongan negara. Asal-usul Sejarah awalnya bermula pada t

FOLIO GEOGRAFI TINGKATAN 1

Bentuk Muka Bumi dan Potensi di Kawasan Setiawangsa  dan Perbandingannya dengan Negara Indonesia Contoh folio ini adalah folio anak saya yang belajar di Tingkatan 1 yang disiapkan dengan bimbingan saya.  Dipaparkan untuk dikongsi bersama. Semoga ia dapat dijadikan contoh kepada anak-anak yang seangkatan dengannya.  PENGHARGAAN Saya dapat menyiapkan folio Geografi  saya dengan sempurna kerana bantuan dan kerjasama daripada beberapa pihak. Sekalung budi kepada guru mata pelajaran Geografi Tingkatan 1 saya iaitu Puan ...................... yang telah memberikan penerangan tentang format folio Geografi, dan memberi tunjuk ajar semasa proses pembuatan folio ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada bapa saya iaitu ……………. dan ibu saya …………….. yang senantiasa member dorongan, galakan, membantu mencari maklumat dan member bantuan kewangan sepanjang saya menjalankan tugasan ini. Selain itu, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan yang sudi berkongsi maklumat b