Langkau ke kandungan utama

Permaisuri Resort, Port Dickson

Idea untuk bersantai di Permaisuri Resort, Port Dickson ini timbul apabila aku terbaca blog yang memaparkan percutian di tempat ini.  Dalam blog berkenaan ada menyatakan bahawa kakitangan kerajaan mendapat harga istimewa apabila menginap di sini. Lagipun gambar-gambar percutian yang dipaparkan membuat aku semakin teruja untuk menginap di sana.  Bukan aku dan keluarga tidak pernah pergi bercuti dan menginap di resort-resort di Port Dickson, tetapi nama hotel tersebut amat baru bagiku.  Aku dan keluarga pernah bercuti di Tiara Beach Resort, Guoman Resort (sekarang ini Thistle), Sunshine Bay Resort, Corus, Casa Rachado, Ancasa Resort All Suites, Bayu Beach Resort, Glory Beach Resort, dan beberapa resort lain.  Tetapi aku tidak pernah mendengar dan mengetahui tentang kewujudan resort ini.  Hanya baru-baru ini bila aku cuba mencari hotel baharu yang terdapat di Port Dickson, aku terjumpa halaman web resort ini.

Seperti biasa aku menelefon pihak hotel untuk bertanyakan mengenai resort ini. Memang resort ini baru, tetapi baru dari segi pengurusannya.  Dahulu resort ini adalah rumah peranginan persekutuan kerajaan.  Di bawah pengurusan baru, bangunan blok baru telah dibina; ada bilik studio, apartment 1 bilik, apartment 2 bilik, apartment 3 bilik, dan apartment 3 bilik VIP.  Walau bagaimanapun, kakitangan kerajaan masih dapat menikmati keistimewaan harga bilik yang ditawarkan oleh pihak resort.

Memandangkan suamiku adalah seorang kakitangan kerajaan, maka aku mengambil peluang ini untuk menempah apartmen 3 bilik yang aku rasa amat selesa untuk kami seramai 7 orang. Harga yang ditawarkan amat berbaloi jika dibandingkan dengan harga yang diwartakan untuk orang luar yang bukan kakitangan kerajaan.  Dalam masa yang sama, aku mempelawa rakan sepejabatku untuk bersama-sama beristirehat di sana. Beliau juga menempah apartmen 3 bilik.  Apartmen 3 bilik ini memang besar, lebih-lebih lagi bilik utama

Bagi sesiapa yang berminat untuk beristirehat di resort ini, sila layari laman web http://www.mitcchainhotel.com/


Di lobi hotel
  
 
 Semua bilik `seaview'

 Ruang dapur dalam apartmen 3 bilik

Dining Hall



Promosi `coconut milk shake' 

 Jambatan yang merupakan sebahagian daripada lanskap kolam renang

 Pemandangan kolam renang yang diambil dari atas bilik

Taman mainan di tepi kolam renang.  Anak-anak tentu suka!

 
 
BBQ pun boleh... tapi hari itu kita buat masa nak makan tengah hari

 
 Gerai di tepi pantai, dibuka dari waktu petang sehingga jam 12.00 malam
  
Mandi laut!

 Bermain pasir di pantai

 Gazebo, tempat untuk beristirehat di waktu petang sambil melihat pemandangan laut

Jetski juga disediakan dengan sewa yang berpatutan

Pemandangan waktu senja tatkala matahari terbenam, romantik suasana.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

FOLIO GEOGRAFI TINGKATAN 1

Bentuk Muka Bumi dan Potensi di Kawasan Setiawangsa  dan Perbandingannya dengan Negara Indonesia Contoh folio ini adalah folio anak saya yang belajar di Tingkatan 1 yang disiapkan dengan bimbingan saya.  Dipaparkan untuk dikongsi bersama. Semoga ia dapat dijadikan contoh kepada anak-anak yang seangkatan dengannya.  PENGHARGAAN Saya dapat menyiapkan folio Geografi  saya dengan sempurna kerana bantuan dan kerjasama daripada beberapa pihak. Sekalung budi kepada guru mata pelajaran Geografi Tingkatan 1 saya iaitu Puan ...................... yang telah memberikan penerangan tentang format folio Geografi, dan memberi tunjuk ajar semasa proses pembuatan folio ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada bapa saya iaitu ……………. dan ibu saya …………….. yang senantiasa member dorongan, galakan, membantu mencari maklumat dan member bantuan kewangan sepanjang saya menjalankan tugasan ini. Selain itu, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan yang sudi b...

Sistem Gred SPM

Saje nak kongsi mengenai sistem gred SPM ni.  Bagi ibubapa yang mempunyai anak-anak yang bakal menduduki SPM 2011 (termasuk saya) mesti ingin  mengetahui markah dan gred yang telah digunakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.  Tadi saya cuba bertanya kepada rakan-rakan pejabat mengenai perkara ini. Masing-masing x berapa pasti.  Al-maklumlah semuanya dah sebaya saya; zaman 80an dulu ambil SPM.  Saya pun dah x pasti sbb gred dulu berlainan.  Godek punya  godek halaman web dapatlah maklumat ini.  Maklumat ini penting kerana gred baharu ini digunakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk kemasukan ke universiti sejak tahun 2009 lagi. Bolehlah kita jadikan garis panduan dan suruh anak kita buat persediaan untuk skor with`flying colours' subjek-subjek tertentu bagi memenuhi syarat kelayakan kursus yang dimohon di IPTA nanti.  Tapi kalau boleh kita nak anak-anak kita skor semua subjek with flying colours. Insya Allah...

FOLIO GEOGRAFI TINGKATAN 2 (2012)

1.0         TAJUK PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI TAMAN KERAMAT AU3, KUALA LUMPUR, WILAYAH PERSEKUTUAN 2.0         SENARAI KANDUNGAN Bil Perkara/Butiran Halaman/Muka Surat 1.0 Tajuk 2.0 Senarai kandungan 3.0 Penghargaan 4.0 Pendahuluan 5.0 Objektif kajian 6.0 Kawasan kajian 7.0 Kaedah kajian 8.0 Dapatan Kajian 8.1      Konsep pencemaran alam sekitara 8.2      Jenis pencemaran alam sekitar di kawasan kajian 8.3      Punca pencemaran alam sekitar di kawasan kajian. 8.4      Kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian 8.5      Cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian Bahan Grafik 9.0 ...