Langkau ke kandungan utama

Kelip-Kelip di Kampung Kuantan

Kita berbicara lagi....

Oh ya! Kesinambungan percutian kami sekeluarga di Pantai Indah Seaview Resort, Sg. Sembilang pada 1 Julai 2011.  Pada malam hari, aku dan keluarga berkesempatan ke Kampung Kuantan yang terletak di Kuala Selangor untuk melihat kelip-kelip. Kalau dah sampai ke Kuala Selangor, rugi kalau tak pergi tengok kelip-kelip.  Memandangkan kami tidak mahir dengan jalan menuju ke Kg. Kuantan, maka kami berkonvoi mengikut rakan yang baru kami temui di resort berkenaan. Kami bertolak dari resort lebih kurang jam 9.00 malam.  Perjalanan dari resort ke Kg. Kuantan mengambil masa lebih kurang 30 minit. 

Untuk melihat kelip-kelip,  kami perlu menaiki sampan  menyusuri sungai.  Tambang yang dikenakan ialah RM40.00 untuk sebuah sampan yang boleh memuatkan empat orang penumpang. Ini adalah pengalaman pertamaku menaiki sampan menyusuri sungai.  Memang takut teramat sangat dan tidak berani untuk  menaiki sampan pada mulanya.  Tapi suamiku telah membeli tiket untuk kami sekeluarga. Terasa rugi pula kalau tak bersama-sama merasai pengalaman yang julung-julung kali ini. Sebelum menaiki sampan, kami diwajibkan memakai jaket keselamatan Aku gagahi juga mencecahkan kakiku di dalam perut sampan dengan bantuan suamiku.  Bagi anak-anakku, ini juga merupakan pengalaman pertama bagi mereka kerana selama ini mereka hanya didedahkan dengan percutian resort sahaja. Suasana tatkala menyusuri sungai  memang gelap gelita.   Dalam suasana gelap,  aku sempat `snap' beberapa gambar untuk diabadikan.

Kelip-kelip dapat dilihat di pokok berembang yang terdapat di sepanjang sungai.  Perjalanan pergi dan balik mengambil masa 40 minit; 20 minit pergi dan 20 minit balik. Banyak informasi  yang kami perolehi daripada tuan  pendayung sampan yang  tugasnya bukan sahaja setakat mendayung, tetapi juga selaku pemandu pelancong yang memberikan informasi mengenai habitat kelip-kelip di sini.  Menurut beliau, kelip-kelip hanya aktif pada waktu malam dan akan lebih banyak kelihatan selepas hujan.  Makanannya ialah  daun-daun pokok berembang. Kelip-kelip jantan berkelip lebih pantas daripada kelip-kelip betina iaitu sijantan berkelip 3 kali dalam 1 saat, manakala sibetina berkelip 1 kali dalam 3 saat. Kelip-kelip juga tidak akan berkelip sekiranya terkena cahaya, contohnya seperti flash kamera.   Sebab itulah gambar kelip-kelip yang dipaparkan tidak kelihatan kerlipannya.

Gambar-gambar yang sempat diabadikan dalam santai kali ini....

Entrance

Jalan masuk ke jeti untuk  menaiki sampan

\
Menaiki jaket keselamatan sebelum menaiki sampan

Kelip-kelip di pokok berembang

Suasana sungai yang gelap gelita

Informasi mengenai kelip-kelip Kg. Kuantan

Jeti

Sampan yang digunakan untuk membawa penumpang
Dewan Berembang

Taman permainan kanak-kanak
  
Pengalaman pertama  anak-anakku menaiki sampan

Kelip-kelip lagi

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

FOLIO GEOGRAFI TINGKATAN 1

Bentuk Muka Bumi dan Potensi di Kawasan Setiawangsa  dan Perbandingannya dengan Negara Indonesia Contoh folio ini adalah folio anak saya yang belajar di Tingkatan 1 yang disiapkan dengan bimbingan saya.  Dipaparkan untuk dikongsi bersama. Semoga ia dapat dijadikan contoh kepada anak-anak yang seangkatan dengannya.  PENGHARGAAN Saya dapat menyiapkan folio Geografi  saya dengan sempurna kerana bantuan dan kerjasama daripada beberapa pihak. Sekalung budi kepada guru mata pelajaran Geografi Tingkatan 1 saya iaitu Puan ...................... yang telah memberikan penerangan tentang format folio Geografi, dan memberi tunjuk ajar semasa proses pembuatan folio ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada bapa saya iaitu ……………. dan ibu saya …………….. yang senantiasa member dorongan, galakan, membantu mencari maklumat dan member bantuan kewangan sepanjang saya menjalankan tugasan ini. Selain itu, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan yang sudi b...

Sistem Gred SPM

Saje nak kongsi mengenai sistem gred SPM ni.  Bagi ibubapa yang mempunyai anak-anak yang bakal menduduki SPM 2011 (termasuk saya) mesti ingin  mengetahui markah dan gred yang telah digunakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.  Tadi saya cuba bertanya kepada rakan-rakan pejabat mengenai perkara ini. Masing-masing x berapa pasti.  Al-maklumlah semuanya dah sebaya saya; zaman 80an dulu ambil SPM.  Saya pun dah x pasti sbb gred dulu berlainan.  Godek punya  godek halaman web dapatlah maklumat ini.  Maklumat ini penting kerana gred baharu ini digunakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk kemasukan ke universiti sejak tahun 2009 lagi. Bolehlah kita jadikan garis panduan dan suruh anak kita buat persediaan untuk skor with`flying colours' subjek-subjek tertentu bagi memenuhi syarat kelayakan kursus yang dimohon di IPTA nanti.  Tapi kalau boleh kita nak anak-anak kita skor semua subjek with flying colours. Insya Allah...

FOLIO GEOGRAFI TINGKATAN 2 (2012)

1.0         TAJUK PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI TAMAN KERAMAT AU3, KUALA LUMPUR, WILAYAH PERSEKUTUAN 2.0         SENARAI KANDUNGAN Bil Perkara/Butiran Halaman/Muka Surat 1.0 Tajuk 2.0 Senarai kandungan 3.0 Penghargaan 4.0 Pendahuluan 5.0 Objektif kajian 6.0 Kawasan kajian 7.0 Kaedah kajian 8.0 Dapatan Kajian 8.1      Konsep pencemaran alam sekitara 8.2      Jenis pencemaran alam sekitar di kawasan kajian 8.3      Punca pencemaran alam sekitar di kawasan kajian. 8.4      Kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian 8.5      Cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian Bahan Grafik 9.0 ...