Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2011

Sistem Gred SPM

Saje nak kongsi mengenai sistem gred SPM ni.  Bagi ibubapa yang mempunyai anak-anak yang bakal menduduki SPM 2011 (termasuk saya) mesti ingin  mengetahui markah dan gred yang telah digunakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.  Tadi saya cuba bertanya kepada rakan-rakan pejabat mengenai perkara ini. Masing-masing x berapa pasti.  Al-maklumlah semuanya dah sebaya saya; zaman 80an dulu ambil SPM.  Saya pun dah x pasti sbb gred dulu berlainan.  Godek punya  godek halaman web dapatlah maklumat ini.  Maklumat ini penting kerana gred baharu ini digunakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk kemasukan ke universiti sejak tahun 2009 lagi. Bolehlah kita jadikan garis panduan dan suruh anak kita buat persediaan untuk skor with`flying colours' subjek-subjek tertentu bagi memenuhi syarat kelayakan kursus yang dimohon di IPTA nanti.  Tapi kalau boleh kita nak anak-anak kita skor semua subjek with flying colours. Insya Allah...

Enjoy Life - It Has An Expiration Date

(Thrillon of thanks to my dearest friend ITA from IJN for this email) I had an X-ray done today, and they found you in my heart.  The doctor said if they took you out, I would die, because  I could not live without you as a friend, or e-mail buddy!!! NOW,  TELL YOUR FRIENDS that they are important to you (INCLUDING ME).  TOMORROW IS NOT PROMISED. SO... cherish your friends! GO!   
Ni la kalau istilah salah digunakan..walaupun bahasa melambangkan bangsa nak jugak guna..huuhu,,apa2 pun layan jela..kelakor plak tuh... 1. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah 2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan 3. Tiada rotan, pelempang berguna juga 4. Biar lambat asalkan tak cepat 5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi 6. Di mana ada gula di situ adalah gula-gula 7. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar 8. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock 9. Secupak takkan jadi 18 cupak 10. Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati meninggalkankulit, manusia mati meninggal dunia 11. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut. 12. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap 13. Alang-alang mandi biar guna sabun 14. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras 15. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun 16. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang bisu 17. Hidup segan mati di tanam 18

Nama Kuih dan Persamaannya...

Pernahkah Anda Terfikir Persamaannya?  Macam-macam ada.  Layan ajelah just for jokes.... Kuih paling gangster = Lompat Tikam Kuih paling sexy = Puteri Mandi Kuih paling busuk = Taik Itik Kuih bajet cute= Cek Mek Molek Kuih untuk awet muda= Seri Muka Kuih paling alim= Kuih Ketayap Kuih penyakit lelaki kronik= Batang Buruk Kuih suka pukul= Kuih Lompang Kuih dalam zoo= Badak Berendam Kuih untuk Sam Polis Trafik = Kuih Sampreeeeettttt Kuih boleh berdiri = Kuih Bangkit Kuih org x mandi = Kuih Bau-lu Kuih paling tenteram = Kuih Makmur Kuih paling lembap = Kuih Siput Kuih pengacara majlis = kuih Cara Kuih yg suka api = Kuih Bakar kuih atas langit = kuih kapai terbang kuih pandai menari = kuih goyang Kuih paling ganas = kuih BoooMM..!! Kuih xbulih makan tp org suka makan = kuih sarang semut Kueh yang lama tertinggal orang tak makan = kueh abuk-abuk Kuih yg banyak buat dosa = kuih talam dua muka Kuih yang ayu = kuih putri ayu Kuih ada terang = kuih tepung pelita Kuih

AL-FATIHAH UNTUK ARWAH YANG KITA SAYANGI...

ROH DI BULAN RAMADHAN "Walau setinggi mana kasih sayangku, sesungguhnya Allah lebih berhak menyayangimu, Damai lah engkau disana di bawah limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya, Sesungguhnya kami semua akan menyusulmu di kemudian hari...  Al-Fatihah buat semua muslimin dan muslimat yang telah pergi mendahului kita" Aku menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith Rasulullah (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini) menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka

KASIH IBU

Cerita ini Kak Noor terima melalui emel daripada rakan sepejabat.  Dipaparkan untuk tatapan bersama. Ada lagu yang mengatakan andai bumi terbelah aku tetap cinta padamu, ada yang mengatakan hanya kau yang kucinta di dunia.. tapi sayang ..orang yang paling dan patut kita sayangi di dunia ini ialah IBU kita .. bukan kekasih.. yang hanya datang sekejap dalam hidup kita.. FIKIRKANLAH... Itulah pengorbanan seorang ibu....sedih.....sayangilah ibu anda selagi dia masih hidup. Cerita dari seorang kawan : Cerita betul yang menyayat hati..... Hari ini semua adik beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah beraya di kampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi setelah mendengar abang dan akak-kakak hendak datang beraya, ibu gagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datang nanti. Aku yang bongsu tinggal di rumah sambil menolong apa yang patut memerhati kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak kakinya semakin menjadi-jadi semenjak

Hari Tanpa Beg Plastik Pada Hari Sabtu.... adakah semua orang boleh menerimanya?

Terpanggil saya untuk mempertengahkan topik ini.  Saya tak pasti sama ada semua orang peka atau tidak iaitu  pada setiap hari Sabtu telah diistiharkan hari tanpa beg plastik.  Hari Tanpa Beg Plastik adalah satu kempen yang telah dimulakan oleh kerajaan Selangor bermula awal tahun ini bertujuan menyemai semangat sayangkan bumi ini. Ini bererti apabila kita pergi membeli belah di pasar raya kita perlu membawa beg sendiri untuk mengisi barang-barang yang kita beli. Saya dan suami kerap juga pergi membeli belah pada hari Sabtu.  Inilah hari untuk kami membeli keperluan dapur.  Hari-hari lain tak sempat kerana kami bekerja dan balik rumah dah lewat petang.  Pasar raya yang paling dekat dengan kawasan tempat tinggal saya ialah ialah Tesco Ampang, dan Jaya Jusco AU2.  Kalau nak beli barang mentah yang murah, saya rela berhijrah ke NSK Selayang, walaupun terdapat NSK Taman Sri Rampai lebih dekat dengan tempat tinggal aku. Saya ingin berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan semua mengenai h

FOLIO GEOGRAFI TINGKATAN 1

Bentuk Muka Bumi dan Potensi di Kawasan Setiawangsa  dan Perbandingannya dengan Negara Indonesia Contoh folio ini adalah folio anak saya yang belajar di Tingkatan 1 yang disiapkan dengan bimbingan saya.  Dipaparkan untuk dikongsi bersama. Semoga ia dapat dijadikan contoh kepada anak-anak yang seangkatan dengannya.  PENGHARGAAN Saya dapat menyiapkan folio Geografi  saya dengan sempurna kerana bantuan dan kerjasama daripada beberapa pihak. Sekalung budi kepada guru mata pelajaran Geografi Tingkatan 1 saya iaitu Puan ...................... yang telah memberikan penerangan tentang format folio Geografi, dan memberi tunjuk ajar semasa proses pembuatan folio ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada bapa saya iaitu ……………. dan ibu saya …………….. yang senantiasa member dorongan, galakan, membantu mencari maklumat dan member bantuan kewangan sepanjang saya menjalankan tugasan ini. Selain itu, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan yang sudi berkongsi maklumat b