Terpanggil saya untuk mempertengahkan topik ini. Saya tak pasti sama ada semua orang peka atau tidak iaitu pada setiap hari Sabtu telah diistiharkan hari tanpa beg plastik. Hari Tanpa Beg Plastik adalah satu kempen yang telah dimulakan oleh kerajaan Selangor bermula awal tahun ini bertujuan menyemai semangat sayangkan bumi ini. Ini bererti apabila kita pergi membeli belah di pasar raya kita perlu membawa beg sendiri untuk mengisi barang-barang yang kita beli.
Saya dan suami kerap juga pergi membeli belah pada hari Sabtu. Inilah hari untuk kami membeli keperluan dapur. Hari-hari lain tak sempat kerana kami bekerja dan balik rumah dah lewat petang. Pasar raya yang paling dekat dengan kawasan tempat tinggal saya ialah ialah Tesco Ampang, dan Jaya Jusco AU2. Kalau nak beli barang mentah yang murah, saya rela berhijrah ke NSK Selayang, walaupun terdapat NSK Taman Sri Rampai lebih dekat dengan tempat tinggal aku.
Saya dan suami kerap juga pergi membeli belah pada hari Sabtu. Inilah hari untuk kami membeli keperluan dapur. Hari-hari lain tak sempat kerana kami bekerja dan balik rumah dah lewat petang. Pasar raya yang paling dekat dengan kawasan tempat tinggal saya ialah ialah Tesco Ampang, dan Jaya Jusco AU2. Kalau nak beli barang mentah yang murah, saya rela berhijrah ke NSK Selayang, walaupun terdapat NSK Taman Sri Rampai lebih dekat dengan tempat tinggal aku.
Saya ingin berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan semua mengenai hari tanpa beg plastik. Dari pengalaman saya membeli belah di ketiga-tiga pasar raya ini, semuanya menggunakan `method' yang berlainan untuk menyokong kempen ini. Tesco, Ampang memberi mata ganjaran berupa `poin' kepada pelanggan-pelanggannya yang membawa beg plastik sendiri. (beg plastik yang kita simpan di rumah ketika membeli barang-barang di kedai tak semestinya beg plastik Tesco). `Poin' ini akan dimasukkan dalam club card Tesco. Tetapi sekiranya kita tidak membawa apa-apa beg, kita boleh meminta daripada `cashier' dan satu beg plastik akan dikenakan caj 20 sen.
Jaya Jusco saya tidak berapa pasti sebab semasa aku pergi membeli belah di situ, saya tidak membawa beg plastik (Nanti kalau salah fakta, silap-silap kena saman nanti....). Caj 20 sen juga dikenakan bagi setiap beg plastik yang diperlukan oleh pelanggan.
Berlainan pula dengan NSK. Saya rasa ia lebih fleksibel dan tidak menyusahkan pelanggan. Mereka menyediakan tabung di setiap kaunter pembayaran. Juruwang akan memberi tahu kita sekiranya kita memerlukan beg plastik, kita hanya perlu menderma secara ikhlas dengan memasukkan duit dalam tabung yang disediakan sebagai menyokong kempen hari tanpa beg plastik. Beg plastik yang diberikan untuk mengisi barang-barang adalah tidak terhad. Pada aku, kalau setakat RM1.00 atau RM2.00 itu tak kisah sangat.... asalkan ia tidak menyusahkan kita semua.
Tetapi.... baru-baru ini (minggu lalu), semasa aku di kaunter pembayaran, aku melihat seorang pakcik yang bertelagah dengan juruwang mengenai sumbangan ikhlas yang perlu dimasukkan di dalam tabung untuk melayakkan dirinya mendapat beg plastik. Kecoh dan bising juga.....Antara kata-katanya yang jelas kedengaran ialah `apalah... nak beg plastik pun kena derma. Macam mana nak isi barang-barang ni kalau tak nak bagi beg plastik? Dalam masa yang sama aku lihat pakcik ini cuba mendapatkan sokongan mengenai kata-katanya daripada pelanggan-pelanggan lain yang berbaris di belakangnya? Selepas itu, aku tahu apa yang terjadi dengan pakcik itu. Adakah dia mendapat beg plastik tanpa menderma ataupun dia akur dengan kempen yang dijalankan dan menderma, dan layak untuk mendapat beg plastik.
Saya tidak menyalahkan pakcik tu. Mungkin di tempat lain pada hari Sabtu dia diberikan beg pastik tanpa syarat. Situasi yang sama berlaku kepada saya ketika dulu, tapi taklah bising-bising kat kaunter pembayaran. Cuma tertanya-tanya kenapa pasar raya ni tak nak beri beg plastik. Ketika itu, tiada langsung poster ataupun flyers mengenai kempen ini.
Saya rasa walaupun kempen ini sudah lama dilancarkan, pasar raya-pasar raya yang mengambil bahagian dalam kempen ini perlu mengambil inisiatif sendiri dengan melekat poster ataupun flyers di setiap kaunter pembayaran dan di pintu masuk pasar raya.
Apa pula pandangan anda?
Ulasan