Langkau ke kandungan utama

Mind Map

Kak Noor tertarik dengan satu  halaman web ini iaitu MyCitizen.blogspot.  Ia berlainan daripada halaman web tutorial yang pernah dilawati.  Pembelajarannya menggunakan `mind map'. Bagi anak-anak yang sukar untuk memahami sesuatu pelajaran, `mind map' dapat membantu dan menarik minat anak-anak untuk belajar.  Terdapat subjek seperti Matematik, Sains, Inggeris, Muzik, Simpulan Bahasa, dan Pendidikan Moral.  Kak Noor ingin mengucapkan tahniah di atas initiatif dan idea bernas pihak-pihak yang berkenaan mewujudkan halaman web seperti ini.

Di sini Kak Noor paparkan salah satu `mind map' simpulan bahasa yang terdapat dalam blog berkenaan.  Seronok dan tidak membosankan. Apa kata kita cetak mind map ini dalam bentuk warna dan laminate untuk anak-anak kita.  Satu lagi usaha kita untuk membantu anak-anak supaya mudah mengingati.

Ulasan

YEE berkata…
Terima kasih kerana memperkenalkan blog saya. Harap contoh peta minda ini dapat memberikan satu idea untuk mereka yang ingin meningkatkan daya ingatan mereka dalam sesuatu matapelajaran. Selamat mencuba!

Catatan popular daripada blog ini

FOLIO GEOGRAFI TINGKATAN 1

Bentuk Muka Bumi dan Potensi di Kawasan Setiawangsa  dan Perbandingannya dengan Negara Indonesia Contoh folio ini adalah folio anak saya yang belajar di Tingkatan 1 yang disiapkan dengan bimbingan saya.  Dipaparkan untuk dikongsi bersama. Semoga ia dapat dijadikan contoh kepada anak-anak yang seangkatan dengannya.  PENGHARGAAN Saya dapat menyiapkan folio Geografi  saya dengan sempurna kerana bantuan dan kerjasama daripada beberapa pihak. Sekalung budi kepada guru mata pelajaran Geografi Tingkatan 1 saya iaitu Puan ...................... yang telah memberikan penerangan tentang format folio Geografi, dan memberi tunjuk ajar semasa proses pembuatan folio ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada bapa saya iaitu ……………. dan ibu saya …………….. yang senantiasa member dorongan, galakan, membantu mencari maklumat dan member bantuan kewangan sepanjang saya menjalankan tugasan ini. Selain itu, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan yang sudi b...

Sistem Gred SPM

Saje nak kongsi mengenai sistem gred SPM ni.  Bagi ibubapa yang mempunyai anak-anak yang bakal menduduki SPM 2011 (termasuk saya) mesti ingin  mengetahui markah dan gred yang telah digunakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.  Tadi saya cuba bertanya kepada rakan-rakan pejabat mengenai perkara ini. Masing-masing x berapa pasti.  Al-maklumlah semuanya dah sebaya saya; zaman 80an dulu ambil SPM.  Saya pun dah x pasti sbb gred dulu berlainan.  Godek punya  godek halaman web dapatlah maklumat ini.  Maklumat ini penting kerana gred baharu ini digunakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk kemasukan ke universiti sejak tahun 2009 lagi. Bolehlah kita jadikan garis panduan dan suruh anak kita buat persediaan untuk skor with`flying colours' subjek-subjek tertentu bagi memenuhi syarat kelayakan kursus yang dimohon di IPTA nanti.  Tapi kalau boleh kita nak anak-anak kita skor semua subjek with flying colours. Insya Allah...

FOLIO GEOGRAFI TINGKATAN 2 (2012)

1.0         TAJUK PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI TAMAN KERAMAT AU3, KUALA LUMPUR, WILAYAH PERSEKUTUAN 2.0         SENARAI KANDUNGAN Bil Perkara/Butiran Halaman/Muka Surat 1.0 Tajuk 2.0 Senarai kandungan 3.0 Penghargaan 4.0 Pendahuluan 5.0 Objektif kajian 6.0 Kawasan kajian 7.0 Kaedah kajian 8.0 Dapatan Kajian 8.1      Konsep pencemaran alam sekitara 8.2      Jenis pencemaran alam sekitar di kawasan kajian 8.3      Punca pencemaran alam sekitar di kawasan kajian. 8.4      Kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian 8.5      Cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian Bahan Grafik 9.0 ...