Langkau ke kandungan utama

Shichida Methods - Latih Guna Otak Belah Kanan

Masa Kak Noor sedang mencari maklumat berkaitan kegunaan otak sebelah kiri, Kak Noor terjumpa maklumat ini. Maklumat ini Kak Noor ambil daripada Portal Bahagian Pendidikan, Bahagian Hal Ehwal Agama Terengganu yang dimuatkan oleh seseorang yang telah mengamalkan method ini.  Bagi yang mempunyai anak-anak yang sedang membesar, maklumat ini adalah berguna kepada kita dan tidak rugi kalau kita cuba praktikkan.


Shichida Methods

Beberapa minggu lepas bos aku ada cakap kat aku yang dia hantar anak dia yang berumur dua tahun pergi Kelas Shichida, yakni kelas yang diuruskan oleh Jepun melatih anak-anak berfikir menggunakan otak sebelah kanan. Otak sebelah kanan ni lebih efektif sebenarnya dari otak sebelah kiri, tetapi kena praktis sikitlah penggunaannya. Kelas ni mahal, kalau kelas tadika yg aku nak masukkan tahun depan tu cost nye lebih tinggi dari cost kite satu semester kat ITM, tapi boss aku ni atas kesedaran bahawa ramai sgt cine yang pergi kelas tu untuk ajar anak-anak depa dan melayu cuma setengah kerat aje…dia pun bersetuju dengan niat ikhlasnya untuk ajar aku dan staf melayu yg lain.
Aku pun nak korang praktiskan bende ni kat anak korang, sebab baru seminggu aku buat kat anak aku…dah nampak keberkesanannya.

1. Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat die sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak soleh, dia budak kuat, tak sakit , dia budak pandai dsb. Sbb during
tidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur dah, tapi kena buat seikhlas hati…kalau tengah marah ..tak jadi. kalau anak korang tu dah tidur , ramas-ramas jari atau tangan dia, macam picitlah
supaya dia kembali berada dalam tidur2 ayam punya situation. Aku buat kat anak aku sebab die bangun pagi lambat pas tu siap melalak-lalak lagi, aku cakap hari-hari kat dia, dia budak baik, dia suka pergi sekolah, dia budak sihat, dia nak bangun awal….sekarang 6.30 dah bukak mata termasuk sabtu n ahad.

2. Start guna cards untuk ajar anak. Aku ajar ABC-Z guna card seminggu je, sekarang dah kenal semua huruf dah siap boleh eja perkataan pendek-pendek. . buat card banyak-banyak dan tunjuk kat dia orang
cepat-cepat. . macam..a..b. .c…d..e, insya Allah cepat die dapat sebab bila kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat otak kanan die bekerja keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk tu…kita boleh buat card
1,2,3, gambar-gambar…potonglah gambar kat mana-mana dsb.

3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so ajar anak korang main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, origami dsb. memang le kite yang kene mengemas tapi takpe……… satu lagi
cuba korang lukis gambar, contohnye rama2, tapi sebelah sahaja dan suruh die orang sambung lukis ikut apa yg korang lukis tu kat sebelah lagi…ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan….Korang tau
kenapa cine, ngan jepun pandai-pandai ….sebab depa makan guna chopstik…chopstik tu mengaktifkan kerja tangan and as well gerakkan otak kanan.

4. Jgn marah-marah atau tengking anak……..sebab depa boleh simpan semuanya dalam otak kiri…….kalau termarah depa, pi balik kat cara no 1 tadi, and mintak maaf kat die…..

5. Satu lagi develop they all punya imagination by start bercerita kat die orang dan suruh depa sambung cerite tu, walaupun cerita tu memang lah merapu takpa………kita pun bukan tak biasa merapu…….

6. Main teka-teki ngan they all, taruk satu barang dalam kotak tissue and suruh depa teka apa benda tu. First few times boleh bagi option macam….bagi tau colour, bunyi, lama-lama depa boleh develop six sence
by concentrating depa boleh teka apa benda dlm kotak tissue tu……..ni semua utk aktifkan otak sebelah kanan. Tapi ingat…..semua game yg hangpa nak buat ngan dia tu cuma boleh buat setengah jam sehari..tak
payah lama-lama.

Sebelum buat exercise ni, kena tarik nafas dalam-dalam and relaks…tak boleh buat time tengah nak masak ka, basuh kain ka tengok tv ka, tak jadi….Buat kena ikhlas , and merendah diri sikitlah bila dah terror
ini semua satu cara yng Tuhan lagi Maha Mengetahui kalau Dia izin anak kite nak pandai Alhamdulillah tapi kita kena berusaha, dan bersyukur kalau dah berhasil sebab bila2 Dia boleh tarik balik..betui dak……Aku
pun tengah try lagi ni…

Lagi satu untuk berkongsi sesama pembaca…. Kaunselor UTM, Dr, Syed Mohd. Shafek pun ada cakap benda yang sama dan dia ada ckp ttg perkataan jangan kat anak-anak.. kalau kita banyak sangat guna perkataan jangan kat anak-anak …..itu lah yang anak akan buat…..so lepas nie kena ganti perkataan jangan tu kepada perkataan lain plak…contohnya….Tolong senyap Abang, berbanding Jangan bising bang..

Dlm Islam sendiripun menggalakkan kita ibubapa bercakap2/berdoa dgn anak2 ketika mrk dlm proses nak tidur sbb pada ketika itulah di antara waktu2 doa dimakbulkan. 

Selamat Mencuba.... Kak Noor dah cuba kat anak perempuan yang berumur lapan tahun semalam.  Eeek... pagi  bangun awal pula daripada kita. Adakah ini tanda-tanda awal cara Shichida ini berhasil?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sistem Gred SPM

Saje nak kongsi mengenai sistem gred SPM ni.  Bagi ibubapa yang mempunyai anak-anak yang bakal menduduki SPM 2011 (termasuk saya) mesti ingin  mengetahui markah dan gred yang telah digunakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.  Tadi saya cuba bertanya kepada rakan-rakan pejabat mengenai perkara ini. Masing-masing x berapa pasti.  Al-maklumlah semuanya dah sebaya saya; zaman 80an dulu ambil SPM.  Saya pun dah x pasti sbb gred dulu berlainan.  Godek punya  godek halaman web dapatlah maklumat ini.  Maklumat ini penting kerana gred baharu ini digunakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk kemasukan ke universiti sejak tahun 2009 lagi. Bolehlah kita jadikan garis panduan dan suruh anak kita buat persediaan untuk skor with`flying colours' subjek-subjek tertentu bagi memenuhi syarat kelayakan kursus yang dimohon di IPTA nanti.  Tapi kalau boleh kita nak anak-anak kita skor semua subjek with flying colours. Insya Allah...

FOLIO GEOGRAFI TINGKATAN 1

Bentuk Muka Bumi dan Potensi di Kawasan Setiawangsa  dan Perbandingannya dengan Negara Indonesia Contoh folio ini adalah folio anak saya yang belajar di Tingkatan 1 yang disiapkan dengan bimbingan saya.  Dipaparkan untuk dikongsi bersama. Semoga ia dapat dijadikan contoh kepada anak-anak yang seangkatan dengannya.  PENGHARGAAN Saya dapat menyiapkan folio Geografi  saya dengan sempurna kerana bantuan dan kerjasama daripada beberapa pihak. Sekalung budi kepada guru mata pelajaran Geografi Tingkatan 1 saya iaitu Puan ...................... yang telah memberikan penerangan tentang format folio Geografi, dan memberi tunjuk ajar semasa proses pembuatan folio ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada bapa saya iaitu ……………. dan ibu saya …………….. yang senantiasa member dorongan, galakan, membantu mencari maklumat dan member bantuan kewangan sepanjang saya menjalankan tugasan ini. Selain itu, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan yang sudi b...

FOLIO GEOGRAFI TINGKATAN 2 (2012)

1.0         TAJUK PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI TAMAN KERAMAT AU3, KUALA LUMPUR, WILAYAH PERSEKUTUAN 2.0         SENARAI KANDUNGAN Bil Perkara/Butiran Halaman/Muka Surat 1.0 Tajuk 2.0 Senarai kandungan 3.0 Penghargaan 4.0 Pendahuluan 5.0 Objektif kajian 6.0 Kawasan kajian 7.0 Kaedah kajian 8.0 Dapatan Kajian 8.1      Konsep pencemaran alam sekitara 8.2      Jenis pencemaran alam sekitar di kawasan kajian 8.3      Punca pencemaran alam sekitar di kawasan kajian. 8.4      Kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian 8.5      Cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian Bahan Grafik 9.0 ...