Hari ini Kak Noor nak cerita sikit mengenai sistem tiket baharu yang diperkenalkan oleh Rapid KL. Kak Noor merupakan pelanggan tetap RapidKL sejak tahun 2003 lagi. Tiap-tiap hari berulang alik menggunakan LRT Aliran Kelana Jaya dari stesen Setiawangsa ke stesen KL Sentral. Maklumlah tempat kerja Kak Noor kat KL Sentral dan rumah Kak Noor kat Setiawangsa. Bersyukur sangat sebab sejak 8 tahun yang lalu, inilah mod pengangkutan yang Kak Noor gunakan.
LRT Putra itulah nama yang mula-mula dikenali untuk pengangkutan LRT ini, dan ia masih dikenali dengan nama ini sehingga kini walaupun telah ditukarkan kepada Aliran Kelana Jaya (AKJ).
Walaupun Kak Noor bekerja dengan salah sebuah syarikat pengangkutan rel di Malaysia, namun Kak Noor `salute' dengan perkhidmatan yang diberikan oleh RapidKL. Rata-rata amat memuaskan walaupun orang terpaksa bersesak-sesak, bahkan sebahagian ada yang terpaksa menunggu tren yang lain kerana ruang kosong untuk berdiri pun sudah tidak ada. Keadaan ini Kak Noor alami sendiri bila tren tiba di Setiawangsa. Kebiasaannya jam 7.30 pagi ke atas tren mesti penuh. So... kalau tak ingin bersesak-sesak, kenalah berkorban sedikit tunggu sebelum 7.30 pagi. Kadang-kadang terdapat juga gangguan perjalanan yang menyumbang kepada kesesakan di platform. Tetapi rata-rata penumpang masih boleh bersabar sebab pada setiap kali berlaku gangguan perjalanan, pengumuman akan dibuat dan penumpang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa perkembangan terkini. Penumpang boleh membuat keputusan sendiri sama ada memilih alternatif pengangkutan lain ataupun setia menunggu sehingga perjalanan pulih seperti sedia kala.
Cerita di atas tadi mengenai perjalanan tren. Macam mana pula dengan tiket perjalanan? Kak Noor pernah guna tiket manual harian, tiket magnetik, pas bulanan manual, dan pas bulanan Touch N' Go. Banyak peningkatan yang telah dibuat oleh RapidKL untuk sistem tiketnya. Terbaharu, RapidKL telah memperkenalkan Rapid Pass yang menggunakan sistem Touch N' Go dan token menggantikan tiket. Hari Sabtu lalu, Kak Noor sempat melihat mesin tiket baharu yang ditempatkan di stesen LRT Masjid Jamek. Kalau beli tiket melalui mesin tu dah perkara biasa, tetapi kali ini beli token melalui mesin. Patutlah Kak Noor tengok pada mesin pengimbas tu ada tertulis token. Selama ini tertanya-tanya juga bagaimana rupanya token itu dan bagaimana ia digunakan di mesin pengimbas. Sempatlah Kak Noor bertanya kepada petugas-petugas RapidKL di stesen Masjid Jamek yang ketika itu sedang memberi tunjuk ajar kepada pengguna-pengguna LRT bagaimana menggunakan mesin baharu untuk membeli token. Menurut mereka, token ini diperkenalkan untuk menggantikan tiket magnetik. Canggih.... canggih.... syarikat pengangkutan yang Kak Noor kerja pun belum sampai ke tahap ini. Syabas diucapkan kepada Rapid KL yang senantiasa melaksanakan sesuatu yang baharu untuk keselesaan dan kebaikan penggunanya.
Ulasan