Langkau ke kandungan utama

ANGRY BIRD ON 8TH CHEELA's BIRTHDAY

Pada hari Ahad baru-baru ni (23 Oktober 2011), Kak Noor telah mengadakan majlis kecil-kecilan sempena ulang tahun kelahiran anak bongsu Kak Noor, `Cheela'  yang  ke-8 tahun.    Sebenarnya Kak Noor tidak pernah mengadakan majlis hari lahir untuk anak-anak Kak Noor yang lain.  Kebiasaannya Kak Noor hanya akan membeli sebiji kek dan meraikannya di kalangan ahli keluarga sahaja.  Tetapi anak bongsu Kak Noor ni lain sikit (anak zaman ciber lah katakan...), dia  pandai meminta untuk diadakan majlis ini. Sebenarnya tarikh hari lahirnya ialah pada 14 Oktober.  Tetapi disebabkan minggu itu adalah minggu peperiksaan akhir, maka terpaksa ditunda.

Sekarang ini di mana-mana saja famous dengan `Angry Bird' di kalangan kanak-kanak.   Cheela demand nak kek Angry Bird for her birthday.  Puas juga Kak Noor cari kat kedai kek dan akses laman-laman web untuk menempah kek Angry Bird ni.  Last sekali Kak Noor tempah kat kawan sekerja Kak Noor yang dikenali sebagai Kak Cah.  Kek ini adalah inspirasi daripadanya. Oleh itu sesiapa yang nak tempah kek Angry Bird ni bolehlah tanya Kak Noor ok! 

Untuk hadiah hari lahirnya, Kak Noor belikan beg sekolah Angry Bird.  Banyak jugalah hadiah yang dia dapat, dan yang bestnya semuanya berkaitan dengan Angry Bird.  Suke sangat dia...

Kek ini beratnya lebih kurang 5 kg.  Berat tu....  memang berbaloi sampai makan tak habis

Sukar juga untuk mencari posesi yang sesuai untuk memulakan potongan kek ini.
My sweetheart Cheela (kiri) bersama kawan karibnya Noni (kanan)
Antara kawan-kawan terdekat yang hadir
Antara menu yang disajikan:
Bihun Singapore 

Laksa Penang 
Agar-agar merah nata de coco (strawberry)
Muffin vanilla dan coklat
Sandwich sardin dan nugget + sosej
Bagi mendapatkan resepi bihun singapore dan laksa Penang yang special,  sila lawati http://www.sajiandapurbonda.blogspot.com

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

FOLIO GEOGRAFI TINGKATAN 1

Bentuk Muka Bumi dan Potensi di Kawasan Setiawangsa  dan Perbandingannya dengan Negara Indonesia Contoh folio ini adalah folio anak saya yang belajar di Tingkatan 1 yang disiapkan dengan bimbingan saya.  Dipaparkan untuk dikongsi bersama. Semoga ia dapat dijadikan contoh kepada anak-anak yang seangkatan dengannya.  PENGHARGAAN Saya dapat menyiapkan folio Geografi  saya dengan sempurna kerana bantuan dan kerjasama daripada beberapa pihak. Sekalung budi kepada guru mata pelajaran Geografi Tingkatan 1 saya iaitu Puan ...................... yang telah memberikan penerangan tentang format folio Geografi, dan memberi tunjuk ajar semasa proses pembuatan folio ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada bapa saya iaitu ……………. dan ibu saya …………….. yang senantiasa member dorongan, galakan, membantu mencari maklumat dan member bantuan kewangan sepanjang saya menjalankan tugasan ini. Selain itu, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan yang sudi b...

BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD

Nama Bangunan Nama bangunan ini ialah Bangunan Sultan Abdul Samad. Asalnya hanya disebut sebagai `Bangunan’ sebelum ditukar kepada Bangunan Sultan Abdul Samad. Nama bangunan ini diambil sempena nama DYMM Sultan Negeri Selangor, Almarhum Sultan Abdul Samad Ibni Almarhum Raja Abdullah yang memerintah pada ketika itu (1957 – 1898). Latar Belakang Bangunan Sultan Abdul Samad ialah sebuah bangunan yang penuh dengan warisan dan kebudayaan dan masyhur dengan keunikan dan identiti seni bina dan sentiasa dipandang tinggi oleh negara lain. Ia menjadi salah satu bangunan bersejarah yang menjadi kebanggaan dan sanjungan rakyat Malaysia. Sering kali bangunan ini menjadi mercu tanda yang terkenal dan sangat sinonim dengan bandar raya Kuala Lumpur hatta Negara Malaysia kerana di sinilah tempatnya orang ramai menyambut perayaan-perayaan penting seperti Sambutan Tahun Baru, Sambutan Hari Merdeka, serta acara-acara yang berkaitan dengan pelancongan negara. Asal-usul Sejarah awalnya bermula pada t...

Sistem Gred SPM

Saje nak kongsi mengenai sistem gred SPM ni.  Bagi ibubapa yang mempunyai anak-anak yang bakal menduduki SPM 2011 (termasuk saya) mesti ingin  mengetahui markah dan gred yang telah digunakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.  Tadi saya cuba bertanya kepada rakan-rakan pejabat mengenai perkara ini. Masing-masing x berapa pasti.  Al-maklumlah semuanya dah sebaya saya; zaman 80an dulu ambil SPM.  Saya pun dah x pasti sbb gred dulu berlainan.  Godek punya  godek halaman web dapatlah maklumat ini.  Maklumat ini penting kerana gred baharu ini digunakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk kemasukan ke universiti sejak tahun 2009 lagi. Bolehlah kita jadikan garis panduan dan suruh anak kita buat persediaan untuk skor with`flying colours' subjek-subjek tertentu bagi memenuhi syarat kelayakan kursus yang dimohon di IPTA nanti.  Tapi kalau boleh kita nak anak-anak kita skor semua subjek with flying colours. Insya Allah...