Best gak tempat ni, tapi cuma untuk anggota PDRM ajelah.. Namapun mes PDRM kan! Sempena hari keluarga yang diadakan pada minggu terakhir bulan Jun 2012, maka berpeluanglah aku bersama keluarga untuk menginap di sini. Best juga lah.... dari segi penginapan agak selesa sebab ada dua bilik, peti sejuk dan ruang tetamu. Pemandangannya pun sejuk mata memandang. Bagi anak-anak kecil yang gemar mandi kolam, terdapat kolam kecil yang disediakan. Taklah sebesar kolam di resort yang bertaraf 4 hingga 5 bintang tu... Tetapi itulah kanak-kanak, walaupun kolam itu kecil, mereka masih seronok kerana dapat mandi kolam sehingga tidak mahu ambil bahagian dalam sesetengah acara-acara yang dipertandingkan.
So... tak nak ceghite panjang-panjang, kita layan aje gambar-gambar yang sempat di `snap' secara spontan oleh anak-anakku. Walaupun majlis ini telah lebih kurang tiga bulan berlalu, tetapi hanya pada hari ini aku sempat uploadkan gambar-gambarnya.
|
Pemandangan di belakang resort |
|
Ada jual burger jugak! |
|
Kolam, entertainment untuk kanak-kanak |
|
Berjumpa kawan-kawan baharu semasa di kolam |
|
BBQ, sempat dianjurkan oleh beberapa keluarga pada malam hari |
|
Acara Kanak-kanak |
|
Taman Permainan Kanak-kanak |
|
Peraduan Melukis |
|
Tempat ke-5, pertandingan mewarna. Apa hadiahnya lagi yek? |
|
Terima hadiah, terima kasih kepada PDRM. |
|
Antara beberapa acara dewasa yang dipertandingkan |
|
Acara tarik tali |
|
PEACE..... |
|
Para hadirin |
|
Juara tarik tali perseorangan |
|
Pesta durian runtuh.... pakat semua makan sampai give up |
|
Dah tinggal kulit durian aje.... |
|
Dahaganya.... |
|
Makan apa tu? |
|
Makan ini le.... otak-otak. |
|
Dapat makan ais krim percuma juga |
Ulasan