Assalamualaikum dan Selamat Petang,
Hari ini nak kongsi tempat makan yang sedap yang terdapat di Wangsa Maju. Kalau anda pergi membeli belah di Carrefour Wangsa Maju yang sekarang ini telah di
rebranding namanya kepada Aeon Big, anda mesti terjumpa sebuah kedai makanan francais yang dikenali dengan JOMBALI. Kalau nak cari kedai makan ini, cari butik pakaian First Lady dulu. Kedua-dua kedai ini bertentangan antara satu sama lain.
Mungkin dah lama tak ke Carrefour Wangsa Maju, tiba-tiba aje namanya dah bertukar. Selepas selesai shopping bersama Mr. Hubby, perut dah mula berkeroncong. Eloklah tengok jam pun dah pukul 1.30 tengah hari. Patutlah perut dah mula meragam. Kebiasaannya kami menjamu selera di KFC atau medan selera sahaja. Tetapi hari itu ternampak kedai makan JOMBALI ini. Memang ramai orang sedang menjamu selera. Maklumlah lunch time. Berbelah bagi juga sama ada nak masuk ke tak masuk. Takut juga kalau makanannya tak sedap. Kalau mahal, tetapi sedap, kira berbaloi juga. Tetapi amacam kalau tak sedap? Stop sekejap, tengok display menu yang memaparkan menu JOMBALI. Nampak sedap-sedap belaka, ada local food dan western food. Harganya pun boleh tahan jugalah, setanding dengan harga makanan di secret receipe dan kedai makanan francais yang lain.
Teruja dengan menu terbaharu iaitu mee goreng wantan, terus order. Minuman pula air ribena soda laici. Encik hubby pula pilih chicken chop with fried rice, and his favourite drink; bandung ais. Dalam masa 15 minit, menu yang dipesan pun sampai. Hai.... masih berasap, membangkitkan selera yang memang tengah lapar ni! Selepas membaca doa makan, sesuap masuk ke mulut. Hm.... memang SEDAP!! Thumbs up for JOMBALI! Memenuhi my citarasa and my hubby.
Next time boleh makan lagi kat sini, Insya Allah.
|
Menu wantan mee goreng yang membuat saya teruja untuk mencubanya. |
|
JOMBALI terletak bertentangan dengan butik pakaian First Lady |
|
Suasana dalam kedai yang memang selesa |
|
My order, mee wantan goreng dan minuman ribena + laici + soda. Mee sedap dan air pun sedap!
|
|
Order hubby, chicken chop with fried rice, and bandung ais. Cukup menyelerakan! |
|
Sembang, makan, sembang makan... tak sabar dah licin. Alhamdulillah.... next time boleh datang lagi. |
MOMENT OF HAPPINESS.... sesekali dapat berdua-duaan dengan hubby; shopping and eating together.
Ulasan