Bagi sesiapa yang berminat untuk bercuti dalam suasana perkampungan ala dusun, Agro Semuji Resort adalah pilihan yang tepat. Aku dan famili sempat bercuti di resort ini pada penghujung bulan Jun yang lalu. Inilah kali pertama kami sekeluarga menginap di resort dalam dusun seperti ini.
Mungkin dah rezeki, masa tu musim durian kat resort ni. Setibanya di resort, kami dijamu dengan buah durian. Em.. nyam-nyam. Apalagi kami tidak melepaskan peluang ini. Makan sampai kenyang. Lepas tu check in kat chalet. Aku mengambil dua chalet berkembar. Sebuah untuk anak-anakku dan sebuah lagi untuk aku dan hubby. Yang paling best chalet-chalet di sini dikelilingi oleh pokok durian. Menurut pihak resort, kami boleh mengutip buah durian yang luruh di sini untuk dimakan.
Bagi kami sekeluarga, percutian kali ini adalah lain daripada lain. Bagus juga sekali-sekali bercuti dalam suasana perkampungan seperti ini; nyaman dan damai. Anak-anakku semua dibesarkan dalam suasana bandar di Kuala Lumpur. Percutian kali ini mendedahkan mereka semua dalam suasana kehidupan kampung. Lebih-lebih lagi suamiku, dia cukup gembira dapat menginap di resort ini kerana ini mengembalikan nostalagia kehidupannya di besarkan dalam suasana kampung dusun.
Aktiviti yang paling menyeronokkan ialah selepas subuh; suami dan anak-anakku telah turun untuk mengutip durian yang luruh di belakang chalet. Banyak juga durian yang dapat dikumpul selama tiga hari dua malam kami menginap di sini. Alhamdulillah, sampai kekenyangan makan durian.
Apa kata kita lihat gambar-gambar yang sempat dirakamkan semasa kami sekeluarga menginap di sini.
KLIK SANTAI

Inilah durian yang dikutip oleh anakku, Ashraf. Banyak ooo...
Suasana dalam kamar, air-con kurang ke..
Ulasan