Langkau ke kandungan utama

FELDA RESIDENCE HOT SPRINGS SUNGAI KLAH

Pada 15 Jun 2008 kami sekeluarga bercuti di Felda Residence Hot Springs Sungai Klah yang terletak di dalam kawasan Felda Sungkai, Perak. Maklumat percutian ini aku dapati daripada halaman web. Bagi pendapat kami sekeluarga, tempat ini memang yang terbaik untuk seisi keluarga bersantai.

Info
Sebelum 2008, ia dikenali sebagai Taman Rekreasi Air Panas. Selepas pengubahsuaian secara komersial dilakukan oleh Felda Plantation pada Disember 2003, namanya ditukar kepada Felda Residence Hot Springs Sungai Klah.Ia meliputi kawasan seluas 49.3 hektar dan dikelilingi ladang kelapa sawit. Sementara taman air panas pertama Felda itu meliputi enam hektar dengan suhu antara 30 hingga 100 darjah celsius. Satu kelebihan yang terdapat pada tempat ini adalah taman air panas, kolam air mata gunung, laluan refleksologi, perkampungan spa, tapak berkhemah, tapak hari keluarga, tapak merebus telur, spa keluarga yang amat menyeronokkan. Hanya berjalan di sekitar kawasan itu, pengunjung dapat menikmati keindahan alam semulajadi sambil menghirup udara yang menyegarkan. Mata juga mudah terpesona dengan kehijauan persekitaran dengan anak sungai mengalir dengan menerbitkan wap air panas. Seperti diketahui, khasiat kolam air panas semula jadi tidak boleh dinafikan terutama mengubati pelbagai jenis penyakit kulit.
Ia juga dapat mengurangkan kesan penyakit kronik seperti lelah, lemah jantung, kencing manis dan darah tinggi setelah pesakit terlibat merendam kaki mereka dalam tempoh masa tertentu. Keadaan air panas di situ begitu jernih kerana ‘ditapis’ oleh empat lapisan batu dari jenis mazisy, shared, kuaza dan akhir sekali batu granit. Di sini terdapat lebih 2,000 punca mata air. Bermula dari laluan titian kayu, pengunjung dapat melihat keadaan air panas itu mengalir sehingga memenuhi kolam-kolam air panas, pusat-pusat spa dan kawasan refleksologi. Selain bermandi-manda, pengunjung juga boleh melakukan aktiviti seperti merebus telur di dalam takungan air panas dalam suhu 100 darjah celsius. Dalam pada itu, kehadiran lumut-lumut di batu granit sekitar aliran air panas itu juga begitu bermanfaat bagi mereka yang mempunyai masalah kulit dan gemarkan kecantikan.

Pengunjung boleh membuat tempahan untuk urutan tradisional Melayu di Perkampungan Spa. Selain urutan, ia turut menawarkan mandian bunga Melayu, mandian susu, sauna selain pakej dengan harga serendah RM70 hinggga RM210.

Pengunjung juga boleh mencuba rawatan Ayuverda, urutan tradisional India bermula dari pangkal leher, bahu, dan kepala sehingga ke seluruh badan bermula dari RM45 hingga RM100 dalam tempoh 30 hingga 60 minit. Felda Residence Hot Springs juga berkemampuan untuk menawarkan 32 unit katil kelamin dan 32 unit katil berkembar di hotel. Bagi yang inginkan lebih privacy boleh membuat tempahan vila keluarga yang turut mempunyai jakuzi tersendiri.

KLIK SANTAI


Air panas bertingkat

Taman air panas

Kolam air mata gunung

Berendam dalam kolam air panas, suhu antara 30 - 35 darjah celcius.

Aktiviti merebus telur dalam takungan air panas dalam suhu 100 darjah celcius.


Papan tanda menuju ke Taman Terapi

Laluan refleksologi








<

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

FOLIO GEOGRAFI TINGKATAN 1

Bentuk Muka Bumi dan Potensi di Kawasan Setiawangsa  dan Perbandingannya dengan Negara Indonesia Contoh folio ini adalah folio anak saya yang belajar di Tingkatan 1 yang disiapkan dengan bimbingan saya.  Dipaparkan untuk dikongsi bersama. Semoga ia dapat dijadikan contoh kepada anak-anak yang seangkatan dengannya.  PENGHARGAAN Saya dapat menyiapkan folio Geografi  saya dengan sempurna kerana bantuan dan kerjasama daripada beberapa pihak. Sekalung budi kepada guru mata pelajaran Geografi Tingkatan 1 saya iaitu Puan ...................... yang telah memberikan penerangan tentang format folio Geografi, dan memberi tunjuk ajar semasa proses pembuatan folio ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada bapa saya iaitu ……………. dan ibu saya …………….. yang senantiasa member dorongan, galakan, membantu mencari maklumat dan member bantuan kewangan sepanjang saya menjalankan tugasan ini. Selain itu, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan yang sudi b...

BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD

Nama Bangunan Nama bangunan ini ialah Bangunan Sultan Abdul Samad. Asalnya hanya disebut sebagai `Bangunan’ sebelum ditukar kepada Bangunan Sultan Abdul Samad. Nama bangunan ini diambil sempena nama DYMM Sultan Negeri Selangor, Almarhum Sultan Abdul Samad Ibni Almarhum Raja Abdullah yang memerintah pada ketika itu (1957 – 1898). Latar Belakang Bangunan Sultan Abdul Samad ialah sebuah bangunan yang penuh dengan warisan dan kebudayaan dan masyhur dengan keunikan dan identiti seni bina dan sentiasa dipandang tinggi oleh negara lain. Ia menjadi salah satu bangunan bersejarah yang menjadi kebanggaan dan sanjungan rakyat Malaysia. Sering kali bangunan ini menjadi mercu tanda yang terkenal dan sangat sinonim dengan bandar raya Kuala Lumpur hatta Negara Malaysia kerana di sinilah tempatnya orang ramai menyambut perayaan-perayaan penting seperti Sambutan Tahun Baru, Sambutan Hari Merdeka, serta acara-acara yang berkaitan dengan pelancongan negara. Asal-usul Sejarah awalnya bermula pada t...

Sistem Gred SPM

Saje nak kongsi mengenai sistem gred SPM ni.  Bagi ibubapa yang mempunyai anak-anak yang bakal menduduki SPM 2011 (termasuk saya) mesti ingin  mengetahui markah dan gred yang telah digunakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.  Tadi saya cuba bertanya kepada rakan-rakan pejabat mengenai perkara ini. Masing-masing x berapa pasti.  Al-maklumlah semuanya dah sebaya saya; zaman 80an dulu ambil SPM.  Saya pun dah x pasti sbb gred dulu berlainan.  Godek punya  godek halaman web dapatlah maklumat ini.  Maklumat ini penting kerana gred baharu ini digunakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk kemasukan ke universiti sejak tahun 2009 lagi. Bolehlah kita jadikan garis panduan dan suruh anak kita buat persediaan untuk skor with`flying colours' subjek-subjek tertentu bagi memenuhi syarat kelayakan kursus yang dimohon di IPTA nanti.  Tapi kalau boleh kita nak anak-anak kita skor semua subjek with flying colours. Insya Allah...