Langkau ke kandungan utama

MINDA TAHUN 1

Terlintas tak di fikiran kita sebagai ibu bapa apa yang difikirkan oleh anak-anak kita yang baru menjejakkan kaki ke tahun 1.  Jika dibandingkan IQ kita dengan anak-anak sekarang memanglah jauh berbeza.  Aku memasuki alam persekolahan Tahun 1 pada tahun 1972.  Inilah pertama kali aku menjejakkan kaki di alam persekolahan.  Mana ada tadika ketika itu.  Our brain 0 masa itu.  Asas ABC dan 123 pun tak tahu.  Sesungguhnya aku amat berbangga dengan pencapaian anak-anak kita di zaman ini. 

Tetapi berbeza dengan zaman cyber sekarang. Anakku, Cheela yang bongsu, dua tahun berada di sekolah tadika yang sama.  Aku menghantarnya sejak ia berusia 5 tahun.  Dah kenal huruf ABC dan nombor 123, dan boleh mengeja dua suku kata, dan juga cerdik IT.   Tahun ini anakku memasuki Tahun 1.

Aku ingin berkongsi minda anakku dengan rakan-rakan semua.  Bagaimana nak menjawabnya ye!
  • Ibu, kat sekolah Kebangsaan tu, Cheela panas lah... berpeluh-peluh.  Cheela tak duduk bawah kipas.  Kawan Cheela saja yang sejuk, cikgu kasi dia duduk bawah kipas.  Kenapa sekolah tak pasang air- con?  Sejuk macam kat hotel tu.  Ah... nyaman.
  • Ibu, kenapa sekolah  tak buat lif yang boleh tekan-tekan naik tu ! (Anakku ditempatkan di Tingkat 3).  Cheela tak larat lah nak naik tangga hari-hari.  Sakit kaki Cheela.  Beg ni berat.  Hari tu Cheela jatuh, kawan tolak.
  • Bila aku bertanyakan Cheela kenapa dia tak nak baca buku cerita yang aku belikan, jawapannya ialah, banyak perkara yang dia kena fikir untuk menghabiskan buku cerita tu.
  • Suatu hari Cheela memaklumkan bahawa dia penat berfikir sebab sebelum dia habis berfikir mengenai satu perkara yang ustazah ajarkan, ustazah telah beralih kepada perkara lain.  Lepas tu, kawannya di sebelah asyik mengganggunya ketika itu.  Apalagi Cheela tumbuklah dia!  Dia kacau Cheela sedang berfikir.
  • Hari ini Cheela belanja kawan kat sekolah agama.  Kesian, kawan Cheela tak ada duit.
Ini adalah mungkin sebahagian  perkara-perkara yang berada di kotak minda mereka yang kita ketahui melalui luahan perasaan mereka.  So.. setiap kali pulang dari sekolah tanyalah anak-anak kita apa yang berlaku pada hari ini di sekolah.  Mereka akan ceritakan...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

FOLIO GEOGRAFI TINGKATAN 1

Bentuk Muka Bumi dan Potensi di Kawasan Setiawangsa  dan Perbandingannya dengan Negara Indonesia Contoh folio ini adalah folio anak saya yang belajar di Tingkatan 1 yang disiapkan dengan bimbingan saya.  Dipaparkan untuk dikongsi bersama. Semoga ia dapat dijadikan contoh kepada anak-anak yang seangkatan dengannya.  PENGHARGAAN Saya dapat menyiapkan folio Geografi  saya dengan sempurna kerana bantuan dan kerjasama daripada beberapa pihak. Sekalung budi kepada guru mata pelajaran Geografi Tingkatan 1 saya iaitu Puan ...................... yang telah memberikan penerangan tentang format folio Geografi, dan memberi tunjuk ajar semasa proses pembuatan folio ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada bapa saya iaitu ……………. dan ibu saya …………….. yang senantiasa member dorongan, galakan, membantu mencari maklumat dan member bantuan kewangan sepanjang saya menjalankan tugasan ini. Selain itu, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan yang sudi b...

BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD

Nama Bangunan Nama bangunan ini ialah Bangunan Sultan Abdul Samad. Asalnya hanya disebut sebagai `Bangunan’ sebelum ditukar kepada Bangunan Sultan Abdul Samad. Nama bangunan ini diambil sempena nama DYMM Sultan Negeri Selangor, Almarhum Sultan Abdul Samad Ibni Almarhum Raja Abdullah yang memerintah pada ketika itu (1957 – 1898). Latar Belakang Bangunan Sultan Abdul Samad ialah sebuah bangunan yang penuh dengan warisan dan kebudayaan dan masyhur dengan keunikan dan identiti seni bina dan sentiasa dipandang tinggi oleh negara lain. Ia menjadi salah satu bangunan bersejarah yang menjadi kebanggaan dan sanjungan rakyat Malaysia. Sering kali bangunan ini menjadi mercu tanda yang terkenal dan sangat sinonim dengan bandar raya Kuala Lumpur hatta Negara Malaysia kerana di sinilah tempatnya orang ramai menyambut perayaan-perayaan penting seperti Sambutan Tahun Baru, Sambutan Hari Merdeka, serta acara-acara yang berkaitan dengan pelancongan negara. Asal-usul Sejarah awalnya bermula pada t...

Sistem Gred SPM

Saje nak kongsi mengenai sistem gred SPM ni.  Bagi ibubapa yang mempunyai anak-anak yang bakal menduduki SPM 2011 (termasuk saya) mesti ingin  mengetahui markah dan gred yang telah digunakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.  Tadi saya cuba bertanya kepada rakan-rakan pejabat mengenai perkara ini. Masing-masing x berapa pasti.  Al-maklumlah semuanya dah sebaya saya; zaman 80an dulu ambil SPM.  Saya pun dah x pasti sbb gred dulu berlainan.  Godek punya  godek halaman web dapatlah maklumat ini.  Maklumat ini penting kerana gred baharu ini digunakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk kemasukan ke universiti sejak tahun 2009 lagi. Bolehlah kita jadikan garis panduan dan suruh anak kita buat persediaan untuk skor with`flying colours' subjek-subjek tertentu bagi memenuhi syarat kelayakan kursus yang dimohon di IPTA nanti.  Tapi kalau boleh kita nak anak-anak kita skor semua subjek with flying colours. Insya Allah...