Percutian Keluarga di Tekam Plantation Resort, Jerantut, Pahang (26 Disember 2009)
Jauh juga perjalanan masuk ke resort ini, melalui kawasan Felda, Jengka. Anyway kami sampai juga ke sini dengan mengikut tunjuk arah jalan. Kawasan ini besar dan dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan hijau. Seni tamannya amat menarik dan sejuk mata memandang. Sesuai untuk relaks daripada keriuhan dan kesibukan kota.
Kami disambut dengan senyuman mesra oleh kakitangan di receptionist hall. Kakitangan di sini banyak membantu memberi maklumat. Al-maklumlah inilah kali pertama kali kami menjejakkan kaki di Jerantut. Kami sempat bertanyakan jalan keluar untuk menuju ke Gambang kerana nak menghantar anakku ke UMP Gambang keesokan harinya.
Pandangan sisi receptionist hall
Acoi dan Cheela dalam bilik penginapan
Kolam renang
Rumah penginapan
Santai di kolam renang, paling yang digemari oleh anak-anakku
Acap sempat bergambar bersama basikal tua yang ditempatkan di receptionist hall
Sempat bergambar di pintu masuk rumah penginapan
Ulasan