Langkau ke kandungan utama
 PANTAI INDAH SEAVIEW RESORT


Minggu lalu (1 Julai 2011), aku dan suami berkesempatan membawa anak-anakku bersantai di sebuah resort yang aku temui semasa aku melayari internet.  Memandangkan aku bercadang untuk menginap semalam sahaja demi untuk memenuhi permintaan anak bongsuku yang ingin pergi bercuti, maka pencarianku bertumpu  kepada resort yang terdapat di dalam negeri Selangor sahaja.

Akhirnya aku berjumpa dengan halaman web resort ini. Terdapat gambar bangunan yang tersergam indah dengan beberapa kemudahan yang dinyatakan.  Harga bilik pula amat berpatutan iaitu RM100.00 dan RM120.00; jauh lebih murah jika dibandingkan dengan bilik yang pernah kami menginap.  Bagi kakitangan kerajaan, diskaun 10% diberikan daripada harga asal.  Aku menempah bilik apartment 3 bilik yang mempunyai kemudahan microwave dan peti sejuk dengan harga RM108.00 sahaja.  Murahkan!

Aku dan suami tertanya-tanya di manakah tempat ini?  Kami mencetak map yang terdapat dalam halaman web resort ini sebagai panduan.  Memandangkan hari itu hari Jumaat, maka kami daftar masuk agak lewat iaitu lebih kurang jam 3.30 petang kerana suamiku singgah di masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

Tempatnya agak sunyi dan jauh dari kemelut kota.  Walaupun hotel ini dikategorikan sebagai hotel bajet, dan  tidak seindah resort 5 bintang, tetapi pada hari Sabtu hotel ini senantiasa penuh.  Kami sempat berbual dengan seorang pengunjung tetap resort ini.  Menurut beliau, tiap-tiap bulan beliau dan saudara mara terdekat akan bersantai di sini. Suasana yang tenang dan damai menjadi tarikan mereka.   Terdapat kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak, taman permainan, gymnasium, dan kemudahan untuk aktiviti beriadah.    Berdekatan dengan hotel pula, terdapat kolam ikan yang menjadi tarikan kepada tetamu dan juga orang luar untuk memancing ikan.  Terdapat juga tempat makan di sini.

Tetapi apa yang paling adventure dalam percutian kali ini ialah kami berpeluang ke Kampung Kuantan, Kuala Selangor untuk melihat kelip-kelip dengan menaiki sampan.  Perjalanan dari resort ke Kampung Kuantan mengambil masa lebih kurang 30 minit.  Sila ikuti cerita kelip-kelip di paparan seterusnya.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web resort ini di http://www.seaviewresort.com.my


Antara gambar-gambar yang sempat diabadikan dalam percutian kali ini.

The resort.....
 Apartment 3 bilik Hanya bilik utama mempunyai penghawa dingin.
Bilik 2 dan bilik 2 hanya mempunyai kipas


 Kolam renang
 Pemandangan sunset
Pandangan pantai dari bilik penginapan
Kondominium

Kolam ikan berdekatan dengan resort
 Tempat yang sesuai untuk program Hari Keluarga
Taman permainan

Kemudahan barbeque

Aktiviti riadah

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

FOLIO GEOGRAFI TINGKATAN 1

Bentuk Muka Bumi dan Potensi di Kawasan Setiawangsa  dan Perbandingannya dengan Negara Indonesia Contoh folio ini adalah folio anak saya yang belajar di Tingkatan 1 yang disiapkan dengan bimbingan saya.  Dipaparkan untuk dikongsi bersama. Semoga ia dapat dijadikan contoh kepada anak-anak yang seangkatan dengannya.  PENGHARGAAN Saya dapat menyiapkan folio Geografi  saya dengan sempurna kerana bantuan dan kerjasama daripada beberapa pihak. Sekalung budi kepada guru mata pelajaran Geografi Tingkatan 1 saya iaitu Puan ...................... yang telah memberikan penerangan tentang format folio Geografi, dan memberi tunjuk ajar semasa proses pembuatan folio ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada bapa saya iaitu ……………. dan ibu saya …………….. yang senantiasa member dorongan, galakan, membantu mencari maklumat dan member bantuan kewangan sepanjang saya menjalankan tugasan ini. Selain itu, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan yang sudi b...

BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD

Nama Bangunan Nama bangunan ini ialah Bangunan Sultan Abdul Samad. Asalnya hanya disebut sebagai `Bangunan’ sebelum ditukar kepada Bangunan Sultan Abdul Samad. Nama bangunan ini diambil sempena nama DYMM Sultan Negeri Selangor, Almarhum Sultan Abdul Samad Ibni Almarhum Raja Abdullah yang memerintah pada ketika itu (1957 – 1898). Latar Belakang Bangunan Sultan Abdul Samad ialah sebuah bangunan yang penuh dengan warisan dan kebudayaan dan masyhur dengan keunikan dan identiti seni bina dan sentiasa dipandang tinggi oleh negara lain. Ia menjadi salah satu bangunan bersejarah yang menjadi kebanggaan dan sanjungan rakyat Malaysia. Sering kali bangunan ini menjadi mercu tanda yang terkenal dan sangat sinonim dengan bandar raya Kuala Lumpur hatta Negara Malaysia kerana di sinilah tempatnya orang ramai menyambut perayaan-perayaan penting seperti Sambutan Tahun Baru, Sambutan Hari Merdeka, serta acara-acara yang berkaitan dengan pelancongan negara. Asal-usul Sejarah awalnya bermula pada t...

Sistem Gred SPM

Saje nak kongsi mengenai sistem gred SPM ni.  Bagi ibubapa yang mempunyai anak-anak yang bakal menduduki SPM 2011 (termasuk saya) mesti ingin  mengetahui markah dan gred yang telah digunakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.  Tadi saya cuba bertanya kepada rakan-rakan pejabat mengenai perkara ini. Masing-masing x berapa pasti.  Al-maklumlah semuanya dah sebaya saya; zaman 80an dulu ambil SPM.  Saya pun dah x pasti sbb gred dulu berlainan.  Godek punya  godek halaman web dapatlah maklumat ini.  Maklumat ini penting kerana gred baharu ini digunakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk kemasukan ke universiti sejak tahun 2009 lagi. Bolehlah kita jadikan garis panduan dan suruh anak kita buat persediaan untuk skor with`flying colours' subjek-subjek tertentu bagi memenuhi syarat kelayakan kursus yang dimohon di IPTA nanti.  Tapi kalau boleh kita nak anak-anak kita skor semua subjek with flying colours. Insya Allah...