Langkau ke kandungan utama

Hari Tanpa Beg Plastik Pada Hari Sabtu.... adakah semua orang boleh menerimanya?

Terpanggil saya untuk mempertengahkan topik ini.  Saya tak pasti sama ada semua orang peka atau tidak iaitu  pada setiap hari Sabtu telah diistiharkan hari tanpa beg plastik.  Hari Tanpa Beg Plastik adalah satu kempen yang telah dimulakan oleh kerajaan Selangor bermula awal tahun ini bertujuan menyemai semangat sayangkan bumi ini. Ini bererti apabila kita pergi membeli belah di pasar raya kita perlu membawa beg sendiri untuk mengisi barang-barang yang kita beli.

Saya dan suami kerap juga pergi membeli belah pada hari Sabtu.  Inilah hari untuk kami membeli keperluan dapur.  Hari-hari lain tak sempat kerana kami bekerja dan balik rumah dah lewat petang.  Pasar raya yang paling dekat dengan kawasan tempat tinggal saya ialah ialah Tesco Ampang, dan Jaya Jusco AU2.  Kalau nak beli barang mentah yang murah, saya rela berhijrah ke NSK Selayang, walaupun terdapat NSK Taman Sri Rampai lebih dekat dengan tempat tinggal aku.

Saya ingin berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan semua mengenai hari tanpa beg plastik. Dari pengalaman saya membeli belah di ketiga-tiga pasar raya ini, semuanya menggunakan `method' yang berlainan untuk menyokong kempen ini.  Tesco, Ampang memberi mata ganjaran berupa `poin' kepada pelanggan-pelanggannya yang membawa beg plastik sendiri. (beg plastik yang kita simpan di rumah ketika membeli barang-barang di kedai tak semestinya beg plastik Tesco).  `Poin' ini akan dimasukkan dalam club card Tesco. Tetapi sekiranya kita tidak membawa apa-apa beg, kita boleh meminta daripada `cashier' dan satu beg plastik akan dikenakan caj 20 sen.  

Jaya Jusco saya tidak berapa pasti sebab semasa aku pergi membeli belah di situ, saya tidak membawa beg plastik (Nanti kalau salah fakta,  silap-silap kena saman nanti....).  Caj 20 sen juga dikenakan bagi setiap beg plastik yang diperlukan oleh pelanggan.

Berlainan pula dengan NSK.  Saya rasa ia lebih fleksibel dan tidak menyusahkan pelanggan.  Mereka menyediakan tabung di setiap kaunter pembayaran.  Juruwang akan memberi tahu kita sekiranya kita memerlukan beg plastik, kita hanya perlu menderma secara ikhlas dengan memasukkan duit dalam tabung yang disediakan sebagai menyokong kempen hari tanpa beg plastik.  Beg plastik yang diberikan untuk mengisi barang-barang adalah tidak terhad.  Pada aku, kalau setakat RM1.00 atau RM2.00 itu tak kisah sangat.... asalkan ia tidak menyusahkan kita semua.

Tetapi.... baru-baru ini (minggu lalu), semasa aku di kaunter pembayaran, aku melihat seorang pakcik yang bertelagah dengan juruwang mengenai sumbangan ikhlas yang perlu dimasukkan di dalam tabung untuk melayakkan dirinya mendapat beg plastik.  Kecoh dan bising juga.....Antara kata-katanya yang jelas kedengaran ialah `apalah... nak beg plastik pun kena derma.  Macam mana nak isi barang-barang ni kalau tak nak bagi beg plastik?  Dalam masa yang sama aku lihat pakcik ini cuba mendapatkan sokongan mengenai kata-katanya daripada pelanggan-pelanggan lain yang berbaris di belakangnya?  Selepas itu, aku tahu apa yang terjadi dengan pakcik itu.  Adakah dia mendapat beg plastik tanpa menderma ataupun dia akur dengan kempen yang dijalankan dan menderma, dan layak untuk mendapat beg plastik.

Saya tidak menyalahkan pakcik tu.  Mungkin di tempat lain pada hari Sabtu dia diberikan beg pastik tanpa syarat.  Situasi yang sama berlaku kepada saya ketika dulu, tapi taklah bising-bising kat kaunter pembayaran.  Cuma tertanya-tanya kenapa pasar raya ni tak nak beri beg plastik.  Ketika itu, tiada langsung poster  ataupun flyers mengenai kempen ini.

Saya rasa walaupun kempen ini sudah lama dilancarkan, pasar raya-pasar raya yang mengambil bahagian dalam kempen ini perlu mengambil inisiatif sendiri dengan melekat poster ataupun flyers di setiap kaunter pembayaran dan di pintu masuk pasar raya.

Apa pula pandangan anda?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

FOLIO GEOGRAFI TINGKATAN 1

Bentuk Muka Bumi dan Potensi di Kawasan Setiawangsa  dan Perbandingannya dengan Negara Indonesia Contoh folio ini adalah folio anak saya yang belajar di Tingkatan 1 yang disiapkan dengan bimbingan saya.  Dipaparkan untuk dikongsi bersama. Semoga ia dapat dijadikan contoh kepada anak-anak yang seangkatan dengannya.  PENGHARGAAN Saya dapat menyiapkan folio Geografi  saya dengan sempurna kerana bantuan dan kerjasama daripada beberapa pihak. Sekalung budi kepada guru mata pelajaran Geografi Tingkatan 1 saya iaitu Puan ...................... yang telah memberikan penerangan tentang format folio Geografi, dan memberi tunjuk ajar semasa proses pembuatan folio ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada bapa saya iaitu ……………. dan ibu saya …………….. yang senantiasa member dorongan, galakan, membantu mencari maklumat dan member bantuan kewangan sepanjang saya menjalankan tugasan ini. Selain itu, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan yang sudi b...

BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD

Nama Bangunan Nama bangunan ini ialah Bangunan Sultan Abdul Samad. Asalnya hanya disebut sebagai `Bangunan’ sebelum ditukar kepada Bangunan Sultan Abdul Samad. Nama bangunan ini diambil sempena nama DYMM Sultan Negeri Selangor, Almarhum Sultan Abdul Samad Ibni Almarhum Raja Abdullah yang memerintah pada ketika itu (1957 – 1898). Latar Belakang Bangunan Sultan Abdul Samad ialah sebuah bangunan yang penuh dengan warisan dan kebudayaan dan masyhur dengan keunikan dan identiti seni bina dan sentiasa dipandang tinggi oleh negara lain. Ia menjadi salah satu bangunan bersejarah yang menjadi kebanggaan dan sanjungan rakyat Malaysia. Sering kali bangunan ini menjadi mercu tanda yang terkenal dan sangat sinonim dengan bandar raya Kuala Lumpur hatta Negara Malaysia kerana di sinilah tempatnya orang ramai menyambut perayaan-perayaan penting seperti Sambutan Tahun Baru, Sambutan Hari Merdeka, serta acara-acara yang berkaitan dengan pelancongan negara. Asal-usul Sejarah awalnya bermula pada t...

Sistem Gred SPM

Saje nak kongsi mengenai sistem gred SPM ni.  Bagi ibubapa yang mempunyai anak-anak yang bakal menduduki SPM 2011 (termasuk saya) mesti ingin  mengetahui markah dan gred yang telah digunakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.  Tadi saya cuba bertanya kepada rakan-rakan pejabat mengenai perkara ini. Masing-masing x berapa pasti.  Al-maklumlah semuanya dah sebaya saya; zaman 80an dulu ambil SPM.  Saya pun dah x pasti sbb gred dulu berlainan.  Godek punya  godek halaman web dapatlah maklumat ini.  Maklumat ini penting kerana gred baharu ini digunakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk kemasukan ke universiti sejak tahun 2009 lagi. Bolehlah kita jadikan garis panduan dan suruh anak kita buat persediaan untuk skor with`flying colours' subjek-subjek tertentu bagi memenuhi syarat kelayakan kursus yang dimohon di IPTA nanti.  Tapi kalau boleh kita nak anak-anak kita skor semua subjek with flying colours. Insya Allah...