Langkau ke kandungan utama
HOTEL MEGA VIEW, KUANTAN PAHANG

Kepemergianku ke Kuantan pada 10 September 2011 adalah untuk menghantar anak sulungku ke Universiti Malaysia Pahang, Gambang untuk kemasukan tahun ketiga, semester 5.  Sehari sebelum tarikh pergi, aku telah melayari internet untuk mencari  tempat penginapan di sana.  Walaupun terdapat hotel yang berdekatan dengan Gambang dan UMP iaitu Bukit Gambang Resort City yang pernah aku dan keluarga menginap, tetapi kali ini tumpuan aku adalah di bandar Kuantan.  Lagipun kami sampai di sana telah lewat petang, dan tidak berbaloi untuk `check in' di BGRC dengan harga RM200 ke atas semalam.  Setelah melayari beberapa halaman web mengenai penginapan di bandar Kuantan dan membaca ulasan-ulasan mengenai beberapa hotel di sekitar Kuantan, aku mengambil keputusan menempah penginapan di Hotel Mega View melalui telefon.  Memandangkan suamiku bekerja di Jabatan Kerajaan, maka harga yang aku perolehi adalah `government rate' iaitu RM135.00 semalam untuk `twin bed' dengan dua sarapan pagi.

Aku bertolak dari kampus UMP lebih kurang jam 7.30 malam menuju ke bandar Kuantan.  Setibanya di bandar Kuantan, jalan raya agak sesak.  Macam ada perarakan pancaragam.  Memandangkan aku dan suamiku tidak `familiar' dengan selok belok  jalan di bandar Kuantan, maka berkali-kali kami berpusing mencari hotel Mega View ini.  Tiada satu pun tunjuk arah yang menunjukkan laluan ke  hotel ini. Yang aku nampak hotel Cityview, Grand Continental, M.S. Garden, Shahzan Inn, Hotel Suraya dan The Zenith. 

Lama juga kami berlegar-legar mencari hotel ini.  Masa itu jam telah menunjukkan jam 9.00 malam. Keletihan mula terasa, lebih-lebih lagi suamiku.  Perutpun dah rasa lapar.  Akhirnya aku dan suami mengambil keputusan untuk menginap di Hotel Grand Continental sahaja.  Dah `surrender' untuk cari hotel Mega View ini.  Salah aku juga kerana tidak mengambil nombor telefon hotel berkenaan semasa membuat tempahan semalam.   Aku dan suamiku ke kaunter pendaftaran dan bertanyakan harga bilik.  Dalam masa yang sama aku memberitahu resepsi kaunter bahawa aku telah buat tempahan di Hotel Mega View dan tidak berjumpa dengan hotel yang dimaksudkan.   Di sini aku memuji sikap dua orang yang bertugas di kaunter pendaftaran yang sanggup membantu kami dengan memberikan nombor telefon hotel Mega View dan menerangkan lokasi hotel tersebut.  Akhirnya kami daftar masuk ke hotel Mega View pada jam lebih kurang 10.00 malam.  Semasa aku daftar masuk aku sempat melihat di `display board' bahawa majlis perkahwinan akan diadakan di hotel ini pada keesokan hari; `Chinese Wedding'.  Patulah aku tengok ramai orang China berkumpul di hotel ini. Selepas daftar masuk, kami sekeluarga terus ke kedai makan yang berhampiran dengan Hotel Grand Continenal untuk makan malam.  

Pada pendapat aku, Hotel Mega View merupakan satu-satunya hotel yang terletak di tepi sungai Kuantan.  Harga bilik yang ditawarkan berpatutan dengan perkhidmatan yang diberikan. Layanan yang mesra dan tidak lokek senyuman.  Kawasan hotel yang cantik, bersebelahan dengan muara sungai dan menjadi tumpuan kaki pancing pada waktu malam.  Jalan keluar dan masuk yang mudah dan berdekatan dengan kawasan-kawasan tarikan pelancong seperti kompleks membeli belah, Telok Chempedak dan Tanjong Lumpur. Keluasan bilik sederhana dengan hiasan ringkas tetapi kemas dan bersih.  Terdapat dua katil `super single' di bilik Deluxe; muat untuk kami berlima melelapkan mata setelah keletihan seharian. 

Sarapan pagi ala bufe yang disediakan oleh pihak hotel walaupun pilihan makanannya terhad, tetapi menunya agak memuaskan.  Harga RM15.00 untuk dewasa dan RM10.00 untuk kanak-kanak.  Puas juga kami anak beranak makan. yang terhad untuk sarapan pagi tapi memuaskan. Layanan yang mesra dan tidak lokek senyuman.   Lebih-lebih lagi cafe berkenaan mengadap muara sungai.  Bertambah berseleralah kami anak beranak bersarapan sambil melihat pemandangan sungai. 

Selepas bersarapan pagi, kami sekeluarga sempat berjalan di kawasan hotel dan melihat pemandangan sungai.  Agak menarik dan panorama indah di muara sungai sudah tentu menggamit pengunjung ke hotel ini.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai hotel ini sila layari  http://www.megaviewhotel.com/,  Lokasi hotel berkenaan adalah di No. 567 Jalan Besar, Kuantan . No. Telefon  09-5171888.

Beberapa gambar yang sempat diambil menggunakan telefon bimbit Nokia E5 untuk tatapan bersama.


Lobi hotel
Bilik tetamu

Sarapan pagi di kafe





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

FOLIO GEOGRAFI TINGKATAN 2 (2012)

1.0         TAJUK PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI TAMAN KERAMAT AU3, KUALA LUMPUR, WILAYAH PERSEKUTUAN 2.0         SENARAI KANDUNGAN Bil Perkara/Butiran Halaman/Muka Surat 1.0 Tajuk 2.0 Senarai kandungan 3.0 Penghargaan 4.0 Pendahuluan 5.0 Objektif kajian 6.0 Kawasan kajian 7.0 Kaedah kajian 8.0 Dapatan Kajian 8.1      Konsep pencemaran alam sekitara 8.2      Jenis pencemaran alam sekitar di kawasan kajian 8.3      Punca pencemaran alam sekitar di kawasan kajian. 8.4      Kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian 8.5      Cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian Bahan Grafik 9.0 Rumusan 10.0 Lampiran ·         Foto pencemaran alam sekitar ·         Borang soal selidik 11.0 Rujukan

BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD

Nama Bangunan Nama bangunan ini ialah Bangunan Sultan Abdul Samad. Asalnya hanya disebut sebagai `Bangunan’ sebelum ditukar kepada Bangunan Sultan Abdul Samad. Nama bangunan ini diambil sempena nama DYMM Sultan Negeri Selangor, Almarhum Sultan Abdul Samad Ibni Almarhum Raja Abdullah yang memerintah pada ketika itu (1957 – 1898). Latar Belakang Bangunan Sultan Abdul Samad ialah sebuah bangunan yang penuh dengan warisan dan kebudayaan dan masyhur dengan keunikan dan identiti seni bina dan sentiasa dipandang tinggi oleh negara lain. Ia menjadi salah satu bangunan bersejarah yang menjadi kebanggaan dan sanjungan rakyat Malaysia. Sering kali bangunan ini menjadi mercu tanda yang terkenal dan sangat sinonim dengan bandar raya Kuala Lumpur hatta Negara Malaysia kerana di sinilah tempatnya orang ramai menyambut perayaan-perayaan penting seperti Sambutan Tahun Baru, Sambutan Hari Merdeka, serta acara-acara yang berkaitan dengan pelancongan negara. Asal-usul Sejarah awalnya bermula pada t

FOLIO GEOGRAFI TINGKATAN 1

Bentuk Muka Bumi dan Potensi di Kawasan Setiawangsa  dan Perbandingannya dengan Negara Indonesia Contoh folio ini adalah folio anak saya yang belajar di Tingkatan 1 yang disiapkan dengan bimbingan saya.  Dipaparkan untuk dikongsi bersama. Semoga ia dapat dijadikan contoh kepada anak-anak yang seangkatan dengannya.  PENGHARGAAN Saya dapat menyiapkan folio Geografi  saya dengan sempurna kerana bantuan dan kerjasama daripada beberapa pihak. Sekalung budi kepada guru mata pelajaran Geografi Tingkatan 1 saya iaitu Puan ...................... yang telah memberikan penerangan tentang format folio Geografi, dan memberi tunjuk ajar semasa proses pembuatan folio ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada bapa saya iaitu ……………. dan ibu saya …………….. yang senantiasa member dorongan, galakan, membantu mencari maklumat dan member bantuan kewangan sepanjang saya menjalankan tugasan ini. Selain itu, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan yang sudi berkongsi maklumat b