AMALAN YANG BAIK OLEH IBUBAPA SUPAYA ANAK-ANAK DAPAT MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN DENGAN MUDAH DAN TENANG
Assalamualaikum rakan-rakanku...
Minggu ini adalah `demam' peperiksaan. Tidak kira anak-anak yang belajar di sekolah rendah mahupun menengah, semuanya sedang menghadapi peperiksaan akhir tahun. Bagi keluarga Kak Noor, Kak Noor mempunyai seorang anak di sekolah rendah dan dua orang anak di sekolah menengah. Salah seorang anak Kak Noor bakal menduduki peperiksaan SPM yang akan bermula pada 14 November ini.
Justeru itu sebagai ibubapa yang prihatin dan mahukan anak-anaknya berjaya, sudah tentu kita akan cuba membantu anak-anak kita untuk mencapai apa yang mereka impikan. Doa ibu bapa amat mujarab, dan oleh itu Kak Noor ingin kongsi dan war-warkan kepada rakan-rakan semua mengenai amalan baik ini di mana ia dilakukan oleh ibubapa ketika anak-anak sedang menjawab soalan di Dewan Peperiksaan. Ibu atau bapa yang berada di rumah boleh melakukan amalan ini supaya anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan mudah dan tenang.
KETIKA ANAK-ANAK SEDANG MENJAWAB SOALAN DI DEWAN PEPERIKSAAN.
Ibu atau bapa di rumah pula lakukan amalan ini:-
1. Ambil wudhuk.
2. Mengadap kiblat.
3. Baca Syahadah - 3x
4. Al- Fatihah - 1x
5. 3 Qul- 1x
6. Surah Insyirah - 1x
7. Selawat Atas Nabi - 10x
8. Baca Surah Yassin - 1x
9. Baca Surah Insyirah 100x.
Surah Insyirah |
Contoh:
Waktu peperiksaan bermula jam 0800 pagi. Ibu atau bapa di rumah boleh mula melakukan. Semuga anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan baik serta beroleh kejayaan yang besar.
Sumber:
Amalan ini diberikan oleh seorang guru wanita yang sudah bersara 4 tahun yang lalu iaitu Cikgu Rohana dari Sekolah Menengah Hutan Melintang. Anak-anak beliau kesemuanya telah berjaya dalam akademik. Alhamdulillah kita dapat berkongsi.
Ulasan