Langkau ke kandungan utama

Asikah Telefon Anda?

Emel ini Kak Noor terima daripada rakan sepejabat.  Tak tahu sama ada benar atau tidak, tetapi tidak rugi kalau kita mencuba.

Telefon bimbit sekarang ni bukan lagi dianggap sebagai barang luxury tetapi sudah dianggap sebagai satu keperluan. Rasanya, sekarang ini kalau keluar rumah tanpa membawa telefon bimbit seperti ada yang tidak lengkap. Ramai yang sanggup berpatah balik ke rumah semata-mata untuk mengambil telefon bimbit yang tertinggal. Begitulah pentingnya telefon bimbit sekarang ini kepada kita.

Permintaan yang terlalu besar oleh pengguna terhadap telefon bimbit menjadikan barangan tersebut dijual secara berleluasa di pasaran.Harga telefon bimbit ada yang mahal dan ada yang murah mengikut jenama dan fungsi-fungsi sampingan yang terdapat pada telefon tersebut. Kerana permintaan yang tinggi, ramai penjual telefon bimbit yang mengambil peluang untuk menjual telefon-telefon bimbit yang tidak berkualiti kepada pelanggan untuk mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda.

Sekali pandang, telefon-telefon yang dijual di kaunter itu sangat sukar untuk dikenal pasti kualitinya. Di sini terdapat satu info atau tips yang berguna yang saya mahu kongsi dengan anda semua sekiranya hendak membeli telefon bagi mengetahui kualiti telefon tersebut.

Ianya tidak sukar. Anda boleh cuba lakukannya di kaunter sebelum membeli telefon bimbit tersebut. Tips ini juga boleh digunakan untuk anda mengetahui kualiti telefon anda yang anda guna sekarang ini samada ianya adalah sebuah telefon bimbit yang berkualiti ataupun tidak.

Caranya mudah sahaja :

1. Tekan *#06# .( pastikan anda tekan butang * dan # itu. Caranya mudah seperti anda mahu check baki kredit anda.)

2. Selepas anda tekan butang send. Secara automatik no siri sebanyak 15 angka akan keluar di skrin telefon anda.. Contohnya seperti ini : 356255019116425 (nombor siri ini adalah contoh/ nombor siri anda mungkin berlainan)

3. Apa yang anda perlu lakukan sekarang ini adalah tengok angka yang ke-7 dan ke-8 dari nombor siri tersebut. Dari contoh nombor siri di atas nombor yang ke-7 adalah yang berwarna merah dan nombor yang ke-8 adalah yang berwarna biru.

4. Sekarang perhatikan kedua nombor tersebut. (Sekiranya merujuk nombor di atas maka nombor yang ke-7 dan ke-8 adalah 01).

5. Dari nombor ke-7 dan ke-8 inilah anda akan tahu kod negera pengeluar telefon bimbit anda. Negara pengeluar inilah yang menjadi ukuran kualiti telefon anda sebenarnya.

Jika nombor ke-7 dan ke-8 dari nombor siri anda adalah 01 atau 10 (seperti di atas) maka negara pengeluar telefon bimbit anda adalah Finland. Negara ini adalah pengeluar telefon bimbit yang berkualiti.Ini bermakna tahniah. Telefon anda berkualiti tinggi.

Jika nombornya 08 atau 80 bermakna ianya berasal dari Jerman. Kualitinya juga bagus.

Jika nombornya 00 bermakna ianya dari Perancis dan kualiti terbaik!

Namun,

Jika nombornya adalah 02 atau 20, ini bermakna telefon anda kemungkinan besarnya adalah dibuat di Asia. (Taiwan atau China) dan kualitinya kurrrengg sikit dari kualiti telfon yang dikeluarkan di negara-negara Eropah di atas.

Dan jika nombor ke-7 atau ke-8 dari nombor siri telefon anda tiada satu pun di atas.Contohnya 05 atrau 03 ini bermakna kemungkinan besar telefon anda adalah telefon tiruan atau telefon rekondisi. Kualitinya, faham-faham sahajalah.

Anda boleh mencuba tips ini sewaktu membeli telefon atau anda boleh mencubanya sekarang untuk mengetahui sejauh mana kualiti telefon bimbit anda. Tips ini amat berguna bagi pengguna telefon NOKIA dan beberapa telefon bimbit yang lain.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

FOLIO GEOGRAFI TINGKATAN 1

Bentuk Muka Bumi dan Potensi di Kawasan Setiawangsa  dan Perbandingannya dengan Negara Indonesia Contoh folio ini adalah folio anak saya yang belajar di Tingkatan 1 yang disiapkan dengan bimbingan saya.  Dipaparkan untuk dikongsi bersama. Semoga ia dapat dijadikan contoh kepada anak-anak yang seangkatan dengannya.  PENGHARGAAN Saya dapat menyiapkan folio Geografi  saya dengan sempurna kerana bantuan dan kerjasama daripada beberapa pihak. Sekalung budi kepada guru mata pelajaran Geografi Tingkatan 1 saya iaitu Puan ...................... yang telah memberikan penerangan tentang format folio Geografi, dan memberi tunjuk ajar semasa proses pembuatan folio ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada bapa saya iaitu ……………. dan ibu saya …………….. yang senantiasa member dorongan, galakan, membantu mencari maklumat dan member bantuan kewangan sepanjang saya menjalankan tugasan ini. Selain itu, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan yang sudi b...

BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD

Nama Bangunan Nama bangunan ini ialah Bangunan Sultan Abdul Samad. Asalnya hanya disebut sebagai `Bangunan’ sebelum ditukar kepada Bangunan Sultan Abdul Samad. Nama bangunan ini diambil sempena nama DYMM Sultan Negeri Selangor, Almarhum Sultan Abdul Samad Ibni Almarhum Raja Abdullah yang memerintah pada ketika itu (1957 – 1898). Latar Belakang Bangunan Sultan Abdul Samad ialah sebuah bangunan yang penuh dengan warisan dan kebudayaan dan masyhur dengan keunikan dan identiti seni bina dan sentiasa dipandang tinggi oleh negara lain. Ia menjadi salah satu bangunan bersejarah yang menjadi kebanggaan dan sanjungan rakyat Malaysia. Sering kali bangunan ini menjadi mercu tanda yang terkenal dan sangat sinonim dengan bandar raya Kuala Lumpur hatta Negara Malaysia kerana di sinilah tempatnya orang ramai menyambut perayaan-perayaan penting seperti Sambutan Tahun Baru, Sambutan Hari Merdeka, serta acara-acara yang berkaitan dengan pelancongan negara. Asal-usul Sejarah awalnya bermula pada t...

Sistem Gred SPM

Saje nak kongsi mengenai sistem gred SPM ni.  Bagi ibubapa yang mempunyai anak-anak yang bakal menduduki SPM 2011 (termasuk saya) mesti ingin  mengetahui markah dan gred yang telah digunakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.  Tadi saya cuba bertanya kepada rakan-rakan pejabat mengenai perkara ini. Masing-masing x berapa pasti.  Al-maklumlah semuanya dah sebaya saya; zaman 80an dulu ambil SPM.  Saya pun dah x pasti sbb gred dulu berlainan.  Godek punya  godek halaman web dapatlah maklumat ini.  Maklumat ini penting kerana gred baharu ini digunakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk kemasukan ke universiti sejak tahun 2009 lagi. Bolehlah kita jadikan garis panduan dan suruh anak kita buat persediaan untuk skor with`flying colours' subjek-subjek tertentu bagi memenuhi syarat kelayakan kursus yang dimohon di IPTA nanti.  Tapi kalau boleh kita nak anak-anak kita skor semua subjek with flying colours. Insya Allah...