Langkau ke kandungan utama

Percutian di Cameron Highlands

Memang agak lama Kak Noor tidak menulis mengenai percutian dalam blog ini.  Ini adalah kerana  Kak Noor dan keluarga tidak pergi bercuti, maklumlah sibuk dengan kerja.  Kak Noor lebih suka memaparkan cerita-cerita percutian yang Kak Noor dan keluarga alami sendiri.    Hujung-hujung tahun begini apabila hubby Kak Noor ambil cuti, barulah kami sekeluarga berkesempatan pergi bercuti.  Itupun tidak cukup forum.  Anak Kak Noor yang sulung tak dapat ikut sebab belum cuti semester, anak lelaki Kak Noor yang kedua majikannya tak luluskan cuti.  So tinggalkan kami lima beranak sahaja.  Kalau dulu semasa anak-anak masih kecil, semua mesti ikut sekali.  Tapi sekarang apabila anak-anak telah remaja, masing-masing ada haluan sendiri.

Hujan mengiringi perjalanan pergi dan balik Kak Noor sekeluarga.  Masa pergi mengikut jalan mendaki ke Cameron Highlands dari Tapah melintasi perkampungan orang asli.  Jalan bengkang-bengkok dan anakku yang bongsu sampai termuntah. Kak Noor sendiri pun dah mula pening lalat. Minyak cap kapak kat tangan sahaja.  Bila le... nak sampai ni! Lemah seluruh anggota badan.  Di sepanjang perjalanan, terdapat pondok-pondok orang asli menjual buah-buahan seperti durian dan rambutan.  Terdapat juga petai dan madu.  Sewaktu pulang kami mengikut jalan Simpang Pulai.  Jalan ini tidaklah berbengkang-bengkok seperti jalan masa pergi.

Ini adalah kali kedua Kak Noor bercuti di Cameron Highlands sejak lebih kurang 7 atau 8 tahun yang lalu.  Kali ini Kak Noor menginap di Rumah Persekutuan Cameron Highlands yang terletak di Tanah Rata.  Itupun kira nasib.  Berbulan-bulan juga godek laman web rumah persekutuan ni.  Nasib baiklah dapat satu hari, itupun hari bekerja.  Satu hari pun satu hari lah.  Next day check in kat hotel lain pulak.  Memang susah nak dapat tempat di rumah peranginan persekutuan ni.  Semuanya online dan selalunya penuh. Nasib baik Kak Noor dapat apartmen dua bilik; cuma RM50.00 sahaja.  Berbaloi teramat sangat.  Semua kelengkapan disediakan di apartmen dua bilik ini termasuklah perkakas memasak.  Macam rumah sendiri.   Terdapat juga apartmen satu bilik dengan harga RM25.00 semalam.  Tetapi di aparmen satu bilik tidak dibenarkan memasak. Terdapat juga banglo tiga bilik dengan harga RM100 semalam.  Tetapi ini hanyalah untuk kakitangan kerajaan Gred 48 dan ke atas sahaja.  

Air terjun dan tempat perkelahan Lata Iskandar
Dalam perjalanan pergi, sempat singgah di Lata Iskandar, iaitu sebuah tempat perkelahan.  Singgah sekejap untuk membeli makanan.  Terdapat kedai-kedai menjual buah-buahan, cenderahati, dan makanan.

Lama juga berpusing-pusing di tanah rata untuk mencari rumah persekutuan sebab kekurangan tanda tunjuk arah ke tempat tersebut.  Finally jumpa juga.  Sebelum ini tertanya-tanya juga macam mana le.... rumah persekutuan ni; rumah lama ke... kecik aje ke.... buruk ke.... apa-apa tah lagi. Tapi akhirnya...... inilah rumah persekutuan yang menjadi tanda tanya itu...

Pintu masuk ke Rumah Peranginan Persekutuan
Rumah Peranginan Persekutuan untuk kakitangan Kerajaan sahaja

Ruang tamu yang luas, amat selesa.  Ada channel  Astro lagi...
Dapur yang dilengkapi dengan peralatan memasak.  

Kak Noor menginap di apartmen dua bilik.  Hanya apartmen dua bilik sahaja disediakan kemudahan untuk memasak.  Lihatlah dapurnya.  Memang luas dan selesa. Semua kelengkapan memasak disediakan termasuk periuk nasi elektrik, cerek elektrik, dapur gas, pinggan, mangkuk, dan kuali.  Kita cuma membawa bahan-bahan mentah sahaja.  Amat sesuai untuk gathering bersama keluarga yang ramai.
 
Bilik utama.

Bilik utama pun besar.  Terdapat satu katil kelamin, dua sofa, satu almari solek, satu meja tulis dan satu almari untuk mengisi pakaian dan juga kemudahan bilik air di dalam bilik.  Kalau ramai ahli keluarga yang ikut serta, boleh tidur ramai-ramai dalam bilik ini.  Cuma perlu bawa comforter sahaja.

Ruang makan, ditempatkan meja 10 kerusi.  
Beranda untuk beristirehat dan menikmati pemandangan.  Sejuk dan nyaman dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa.
Tempat permainan kanak-kanak dalam kawasan rumah peranginan.
 
Bersebelah dengan rumah peranginan persekutuan, terdapat Healthy Strawberry Farm.  Di sini para pengunjung boleh membeli buah strawberry segar yang baru dikutip.  Terdapat juga pokok-pokok bunga yang dijual di sini seperti kaktus dan pokok bunga ros yang dijual dengan harga yang berpatutan.

Buah strawberry segar yang baru dikutip dan ditempah oleh pengunjung. 
Kaktus berbagai warna.  Satu pokok harganya RM5.00
Bunga-bungaan segar di Cameron Highlands. 
Kedai menjual cenderahati yang terdapat di Healthy Strawberry Farm
Banglo Dahlia, salah satu banglo yang mempunyai tiga bilik; hanya untuk kakitangan kerajaan Gred 48 dan ke atas.
Pada hari kedua, Kak Noor sekeluarga daftar masuk di Century Pines Resort, Tanah Rata.  Memang agak mahal harga untuk satu bilik Superior iaitu RM254.00 semalam dengan ruang tidur yang agak sempit dan terbatas.  Hotel ini Kak Noor tempah melalui Agoda.  Kadang-kadang info yang kita perolehi tidak sama dengan apa yang kita dapati.


Century Pines Resort, Tanah Rata
Selepas daftar keluar, Kak Noor sekeluarga sempat singgah di sini.  Tak tahu apa nama tempatnya.  Tetapi tertarik dengan replika buah-buahan di taman ini.



Replika buah-buahan yang menarik perhatian pengunjung untuk bergambar di sini.

Tidak banyak tempat yang Kak Noor sekeluarga dapat kunjungi semasa percutian kali ini disebabkan hujan.  Menurut penduduk di sini, cuaca hujan sebegini berlaku dari bulan November sehingga bulan Februari.

Semasa pulang, Kak Noor sekeluarga sempat singgah di Lata Kijang, Cenderiang untuk mandi manda.  Best jugak.  Semasa di Cameron Highlands mana ada swimming pool.  So... anak-anak dah kempunan nak mandi...   Mandi di swimming pool yang ori punye! Ikuti cerita dan gambar-gambar semasa di Lata Kijang di sini.

Ulasan

ekin berkata…
memang hanya untuk kakitangan kerajaan je eh? kalau untuk pelajar taley ke?
Citarasa Santai berkata…
Memang untuk kakitangan kerajaan sahaja. Kalau ibubapa kakitangan kerajaan boleh booking online guna nama dan butiran pekerjaan mereka. Tetapi masa check in nanti, ibu bapa mesti datang kerana perlukan id mereka untuk check ini.
Unknown berkata…
kk noor tempah hotel melalui agoda guna kredit kad ke? bole percaya ke book online ni? sy masih ragu2 la takut ditipu..

Catatan popular daripada blog ini

FOLIO GEOGRAFI TINGKATAN 2 (2012)

1.0         TAJUK PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI TAMAN KERAMAT AU3, KUALA LUMPUR, WILAYAH PERSEKUTUAN 2.0         SENARAI KANDUNGAN Bil Perkara/Butiran Halaman/Muka Surat 1.0 Tajuk 2.0 Senarai kandungan 3.0 Penghargaan 4.0 Pendahuluan 5.0 Objektif kajian 6.0 Kawasan kajian 7.0 Kaedah kajian 8.0 Dapatan Kajian 8.1      Konsep pencemaran alam sekitara 8.2      Jenis pencemaran alam sekitar di kawasan kajian 8.3      Punca pencemaran alam sekitar di kawasan kajian. 8.4      Kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian 8.5      Cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian Bahan Grafik 9.0 Rumusan 10.0 Lampiran ·         Foto pencemaran alam sekitar ·         Borang soal selidik 11.0 Rujukan

BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD

Nama Bangunan Nama bangunan ini ialah Bangunan Sultan Abdul Samad. Asalnya hanya disebut sebagai `Bangunan’ sebelum ditukar kepada Bangunan Sultan Abdul Samad. Nama bangunan ini diambil sempena nama DYMM Sultan Negeri Selangor, Almarhum Sultan Abdul Samad Ibni Almarhum Raja Abdullah yang memerintah pada ketika itu (1957 – 1898). Latar Belakang Bangunan Sultan Abdul Samad ialah sebuah bangunan yang penuh dengan warisan dan kebudayaan dan masyhur dengan keunikan dan identiti seni bina dan sentiasa dipandang tinggi oleh negara lain. Ia menjadi salah satu bangunan bersejarah yang menjadi kebanggaan dan sanjungan rakyat Malaysia. Sering kali bangunan ini menjadi mercu tanda yang terkenal dan sangat sinonim dengan bandar raya Kuala Lumpur hatta Negara Malaysia kerana di sinilah tempatnya orang ramai menyambut perayaan-perayaan penting seperti Sambutan Tahun Baru, Sambutan Hari Merdeka, serta acara-acara yang berkaitan dengan pelancongan negara. Asal-usul Sejarah awalnya bermula pada t

FOLIO GEOGRAFI TINGKATAN 1

Bentuk Muka Bumi dan Potensi di Kawasan Setiawangsa  dan Perbandingannya dengan Negara Indonesia Contoh folio ini adalah folio anak saya yang belajar di Tingkatan 1 yang disiapkan dengan bimbingan saya.  Dipaparkan untuk dikongsi bersama. Semoga ia dapat dijadikan contoh kepada anak-anak yang seangkatan dengannya.  PENGHARGAAN Saya dapat menyiapkan folio Geografi  saya dengan sempurna kerana bantuan dan kerjasama daripada beberapa pihak. Sekalung budi kepada guru mata pelajaran Geografi Tingkatan 1 saya iaitu Puan ...................... yang telah memberikan penerangan tentang format folio Geografi, dan memberi tunjuk ajar semasa proses pembuatan folio ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada bapa saya iaitu ……………. dan ibu saya …………….. yang senantiasa member dorongan, galakan, membantu mencari maklumat dan member bantuan kewangan sepanjang saya menjalankan tugasan ini. Selain itu, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan yang sudi berkongsi maklumat b