Langkau ke kandungan utama

SWEET SOUR CHICKEN BALL

Hari ini Kak Noor ada tugasan di luar.  Pagi-pagi lagi Kak Noor dah bangun dan menyiapkan sarapan untuk keluarga dan sekali gus masak untuk makan tengah hari.  Memandangkan kesuntukan masa dan banyak lagi kerja rumah yang perlu dibereskan (maklumlah hujung minggu), maka Kak Noor hanya menyajikan simple dish sahaja hari ini untuk anak-anak di rumah.  Kak Noor masak sweet sour chicken ball dan gandingannya sup sayur.  


Lauk ini memang favourite anak-anak Kak Noor.  Kalau tak makan dengan nasi, dia orang akan makan chicken ball sahaja.




Bahan-bahannya:
1 kg chicken ball digoreng 3/4 masak
(Boleh dibeli di pasar raya. Jenama ikut citarasa masing-masing.  Kak Noor guna Ayamas)
3 sudu besar gula merah
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
Gula putih dan garam secukup rasa
Perisa (Kak Noor guna perisa Tumix)
Minyak untuk menumis
Bawang goreng.

Bahan-bahan dikisar:
1 mangkuk cili yang telah dikisar (anggaran RM2.00 cili kering)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 biji tomato

Penyediaannya:
1.  Panaskan  minyak minyak dalam periuk.  Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar dan kacau sebati.  Tudung periuk dan masak sehingga terbit minyak.
2.  Setelah terbit minyak, masukkan sos cili, sos tomato, gula merah, gula putih, garam dan perisa.  Kacau sebati.  Kalau pekat sangat, tambahkan sedikit air.
3.  Biarkan mendidih seketika.  Kemudian masukkan chicken ball yang yang telah digoreng dan kacau sebati sehingga bersalut dengan kuah.  Biarkan ia masak.  Tutup api. Kalau suka, boleh taburkan bawang goreng.

Tips:  Masakan ini mesti cukup citarasa masam dan manisnya.  Gula tu... kenalah lebih sikit. Nama pun sweet and sour chicken ball kan...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

FOLIO GEOGRAFI TINGKATAN 1

Bentuk Muka Bumi dan Potensi di Kawasan Setiawangsa  dan Perbandingannya dengan Negara Indonesia Contoh folio ini adalah folio anak saya yang belajar di Tingkatan 1 yang disiapkan dengan bimbingan saya.  Dipaparkan untuk dikongsi bersama. Semoga ia dapat dijadikan contoh kepada anak-anak yang seangkatan dengannya.  PENGHARGAAN Saya dapat menyiapkan folio Geografi  saya dengan sempurna kerana bantuan dan kerjasama daripada beberapa pihak. Sekalung budi kepada guru mata pelajaran Geografi Tingkatan 1 saya iaitu Puan ...................... yang telah memberikan penerangan tentang format folio Geografi, dan memberi tunjuk ajar semasa proses pembuatan folio ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada bapa saya iaitu ……………. dan ibu saya …………….. yang senantiasa member dorongan, galakan, membantu mencari maklumat dan member bantuan kewangan sepanjang saya menjalankan tugasan ini. Selain itu, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan yang sudi b...

Sistem Gred SPM

Saje nak kongsi mengenai sistem gred SPM ni.  Bagi ibubapa yang mempunyai anak-anak yang bakal menduduki SPM 2011 (termasuk saya) mesti ingin  mengetahui markah dan gred yang telah digunakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.  Tadi saya cuba bertanya kepada rakan-rakan pejabat mengenai perkara ini. Masing-masing x berapa pasti.  Al-maklumlah semuanya dah sebaya saya; zaman 80an dulu ambil SPM.  Saya pun dah x pasti sbb gred dulu berlainan.  Godek punya  godek halaman web dapatlah maklumat ini.  Maklumat ini penting kerana gred baharu ini digunakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk kemasukan ke universiti sejak tahun 2009 lagi. Bolehlah kita jadikan garis panduan dan suruh anak kita buat persediaan untuk skor with`flying colours' subjek-subjek tertentu bagi memenuhi syarat kelayakan kursus yang dimohon di IPTA nanti.  Tapi kalau boleh kita nak anak-anak kita skor semua subjek with flying colours. Insya Allah...

FOLIO GEOGRAFI TINGKATAN 2 (2012)

1.0         TAJUK PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI TAMAN KERAMAT AU3, KUALA LUMPUR, WILAYAH PERSEKUTUAN 2.0         SENARAI KANDUNGAN Bil Perkara/Butiran Halaman/Muka Surat 1.0 Tajuk 2.0 Senarai kandungan 3.0 Penghargaan 4.0 Pendahuluan 5.0 Objektif kajian 6.0 Kawasan kajian 7.0 Kaedah kajian 8.0 Dapatan Kajian 8.1      Konsep pencemaran alam sekitara 8.2      Jenis pencemaran alam sekitar di kawasan kajian 8.3      Punca pencemaran alam sekitar di kawasan kajian. 8.4      Kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian 8.5      Cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian Bahan Grafik 9.0 ...